Sunday, June 7, 2009

Mutiara Za'ba I

“Kehidupan didunia ini ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang dan berlawan bermati-matian seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap kepada pertolongan orang akan menyempurnakannnya.”

“ Perangai bergantung kepada diri sendiri itu boleh dikata akar tunjang atau umbi kepada kejayaan; kerana asas tempat berdiri segala lemajuan naik untuk meningkat kepada kemenangan. Ia tetap akan mengalakkan siapa2 yang bersifat dengannya itu bekerja keras, dan tetap akan memimpin seseorang itu berusaha dengan cergas dan bersungguh-sungguh. Perangai itu tidak akan memberi peluang kepada tabiat suka bertawakkal buta atau berserah kepada nasib semata2 – iaitu suatu tabiat yang selalu menjadikan orang jauh ketinggalan di belakang, menjauhkan mutu kemanuasiaannya dan merendahkan hal kehidupannya. ”

“ Dalam pada itu tidaklah pula menjadi sifat kekurangan jika kita meminta panduan dan nasihat kepada orang yang lebih akalnya dan yang bijak fikirannya, walau siapa jua asalkan dipercayakan ia sentiasa benar dan tulus ikhlas pada segala perkataannya; kerana dengan jalan demikian nescaya seseorang dapat menambahkan akal-akal lain kepada kalnya sendiri. Hanya tidaklah sayugia ia berbuat demikian hingga kepada had yang menjadikan dia kelesa dan lemah; jika diperbuatynya sampai begitu nescaya hilanglah kesendiriannya dan lucut kekuatannya dan kecergasannya. ”

Dipetik daripada;

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri ( karya Za'ba)

Bab 1 ( Wajibnya mendapat kejayaan ) - Fasal 1

_

3 comments:

jhar said...

hmmm zaaba
aku dah berkali2 dah gi umah dia kot
haha
awek aku punya moyang is zaaba lah

zaaba kan, memula aku pikir la jgk knape org sanjung dia
then aku pula mula wasangka sikit ngan zaaba sbb dia penulis untuk dis one akhbar

last but not least, akhirnya aku mengenali identiti sebenar zaaba.
yeah

Lord Hosni the Wise said...

gila...

aku nak kapel ngan awek ko bole x?

orang kampong said...

aku ade buku nie,,smart2,,
dapat kat pesta buku ri2,,
saje nak capap..
wawa