Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Bila Exam Abes

Salam,

Ok la, fine lah, abang mintak maaf k. abang tau ramai peminat-peminat abang tertunggu-tunggu entri abang, marah ngan abang pasal blog dah bersawang, gesa abang update blog. Abang tau semua tu. Abang mintak maaf. yelah, abang kan ade exam. kena la faham siket. Ok?

Abang baru abes exam khamis lepas. Alhamdulillah, syukur pasal dah abes satu peringkat. Result keluar 6 bulan 7 kot. Trimas lah pada semua yang ucap selamat dan doa. Mudah-mudahan adalah rezekinye tu.

ORang laen kalau abeh exam punya la hepi. Tp abang biaso jo. Takdolah hepi sangat, tp lego tu ado la. Tapi malam abaes exam tu terus macam bosan. Macam tadak mood. Rasa hidup macam tadak arah tujuan. Ape tidaknye, exam dah abes, nak balik umah rase membazir, pasal seminggu lagi kene pergi BTN. JAdahnye nak balik buang tenaga buang duit.

Duduk di kolej kalau banyak duit takpe, ini nak kene berjimat jugak. kalau tak jimak la jawabnye. mintak maaf la, abang bukan nak berkasar, tp hidup ni memang kasar!

Namun dalam kebosanan dan kehilangan arah tujuan tu, ade jugaklah aktiviti yang mengisi masa lapang dan kekacauan hati ni. Suko jugak Abang memikirkan eh.


1- Berbekam oleh Deedat plus pakej urutan belakang.

Puas hati gak bekam ngan deedat ni. Walaupun tak rase sangat beza sebelum selepas. Die kate Abang ni banyak penyakit. Darah keluar berpintal, berketul, berwap. tapi tak tau nak percaya ke tidak. Budak tu pun baru abes IB jugak. Biology HL die lebih kurang aku jugak. Takde pon sebut dalam Andrew Allot tu. Tahyul semua tu.


2- Burger Ikan Lahuma

Kat kolej Abang ni ade sorang pakcik jual burger. Kami namakan dia Lahuma sempena watak pipih dinamis dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Burger ikan die mantap kaw2 kuda. Malam abes exam abang melantak sebijik, selang semalam lepas tu dua bijik. Abang pernah berazam satu ketika dulu nak melantak burger die 5 bijik malam abes exam, tapi tak boleh atas sebab acara ketiga dibawah.

3- Ping-pong di malam hari

Peh, ini memang sukan feveret Abang ni. Kena pulak maen malam-malam, dekat dewan exam pulak tu. Maen ber set-set. Memang pueh hati la maen. Pasal dah lame tak sukan sejak-sejak exam kan. Lepas gian. Abang maen pingpong stret lepas abes bekam ngan melantak Burger Ikan Lahuma.


4- Khutbah Jumaat MAsjid Kelana Syed Petra Sendeng, Ampangan, Seremban.

Abang berkira-kira itulah khutbah masjid tu yg terakhir yg Abang akan dengar. (Name masjid tu yg betol Abang x ingat, tp bunyinye macam tulah lebih kurang). KAt masjid ni de sorang khatib ni kalau die bg khutbah, memang mantap kaw2 kuda soc2. Aritu khutbah die pasal APCO tu gila bab la mantap. Ayat die, penyampaian die, delivery die, fuh! Pasal permit judi tu pun same. SElambe dek imam tu sound kerajaan. Biase yg lawan kerajaan ni Imam-imam belah Terengganu Kelantan je.

"..kita dikejutkan dengan satu lagi sandiwara baru di tanah air kita, dengan cadangan seorang menteri mahu menghalalkan judi sempena Piala Dunia Bola Sepak, dengan alasan membendung aktiviti judi haram dan mengutip cukai. Kenyataan ini kita lihat sebagai sungguh MEMUALKAN! Apakah sudah tidak ada erti halal haram??"

Tapi time jumaat terakhir tu khatib laen punya turn pulak. Mak aih, hambar. sungguh menguciwakan. Down baba. Tu kali akhir da gua lepak situ bai. Tensen2.



5- Futsal Petang Jumaat

Dalam banyak-banyak sukan, futsal petang jumaat adalah paling meletihkan. Baik, Abang ngaku Abang ni memang kaki bangku. Itu jujur. Tapi demi semangat batch, dan melihat kerdipan mate Abe Ih yg semangat mengatur bas dan gelanggang, Abang jd cair. Tp pasal dah lame tak maen, memang hampeh la main. Sebelum ni pun hampeh jugak, tp kali ni memang hampeh betul. takpelah. Riadah je kan. Lenjun jugak baju. Lame tak bersukan. Dua tiga hari jugak sengal2 badan hinggap. Bodoh punya gemuk! eh, comel!


6- Babikioq aka Erotic Party

Huih, acara ni la yg abang dok tunggu-tunggu sangat ni. Seronok pasal dapt berkumpul ramai2 berbual mesra, bakar ayam, bakar sosej, rebus kerang, rebus kentang, bakar kentang, bakar iron wool, pusing2 iron wool terbakar, pasang muzik kuat2, gelak2, suka2, kutuk2, emo2, lepak2, hepi2, saya saaaaaaaaaaayyyyannng batch saya!~~~


7- Grand Dinner

this one nearly cost my realtionship, as well as iski's head. Dilantik selaku Ketua Jawatankuasa Protokol, banyak jugak kerje nak kene buat. KAd jemputan lagi, usher lagi, nasib baik orang2 sekeliling banyak tolong. ok la siket. Tapi Abang rase lega dan puas hati sangat bile dah habis. hepi sngat2! rase macam gay pulak!





8- Shrek & KFC Black Pepper

Abang lepak Teminal One tgk Shrek Final Chapter. Sumpah kalar haram. memang tak penah bazir la kalau pi wayang tengok Shrek. Biaq pi org kate boleh download la, nnt kluar HBO la, lepak wayang tgk Shrek memang tak ponah mebosankan. Kono pulak kalau makan KFC lepas tu. Kono pulak Dinner Plate, mak aih, mau dituduh gila senyum sorang2. tp ayam black peper yg bru ni tak stm la. nak Hot and Spicy balik!


9- Interview with Manipal

Interviewnye pukul 9 pagi. Siap ada test kecik lagi. Tapi kejadahnye aku bangun pukul 8.45am ! itupun naseb baek Wajidi datang kejut. Kalau tak tak tau la pe nk jadi ngan mase depan Abang. Ish3. Test die rupenye esei "About Myself" . Jadahnye. Pastu interview Abang kene group pertama pulak tu. Abang, Wajidi, Afiq, Taicho. Sumpah lawak haram Taicho menipu pasal hospital attachment. kene langgar lori la, muntah la, hape la. Tapi interview tu agak rilek la. insyaallah dipermudahkan rezeki.


10- LAst Night in NKI Bistro mamak

Lepak2 minum. memang minum betol pon..tiga jenis ayaq campur nan cheeses sebijik tiba2 harga jadi 8 hinggit lebih. Gilo nate keling. tapi abes2 makan n lepak sana, kami pon amek lah gambr meja kami yang macam 30 org makan tu. sebelum cau kami sempat dulu bergambar ngan akak indon yang keje situ. Mamak2 yang ade pon same2lah menempel dan mengenterframe. Jurukamera nye Shakir. Harap la sangat nk copy gambar tu dr FB masuk ini blog. Lupe pulak menatang Shakir tu mana ada Facebook. Down stret.


11- Bayai

Berangkat ke rumah parent angkat di KG Bayai Permai indah. Naik bas City Liner yang dah macam roller-coaster gayanye. Sampai pon dah maghrib. Tido umah mereka, Pakcik Harun ngan Makcik Saadiah. Pastu melawat umah Mak Maimon, Mak Shimah, Mak Anggut sama itu perpustakaan mini. Library kite boleh tahan best la. Depa bukak tmpat tu tiap2 petang tima pas Asar. Ramai jugak datang. Anak orang, mak orang, bapak orang, yg bukan orang pun ade. tp hampa pasal gelanggang petanque dah bersemak samun.

mase kacik dulu, cukup tak suke kene ikut parent bertandang umah org lame2. cukup stengah jam aku dah resah. Ajak balik. Dah besar ni bru paham, betape susahnye nk susun ayat mohon beransur. ahiyah. terpaksa guna segala skill diplomasi yg ade!



Demikianlah aktiviti2 setakat ni. cadangnye nak pergi Ulu Bendul mandi manda. Tapi tak tau la depa on ke tidak. susah kalau ramai kepala. tp tgk la dulu.

BTN start isnin ni. semoga dipermudahkan Allah..

Amin.

_

Tuesday, March 16, 2010

Cacing anda hilang?

Baru sampai umah sabtu maghrib..10 jam naek bas. memang nak tercabut dah pinggang.

Alice in Wonderland memang tidak memuaskan hati. Tp memang cite die macam tu, tidak sepatutnye aku marah kerana kepenuhan tahyulnya cerita tu..

dah tukaq tiket..balik seremban khamis malam..Jangan aku sampai sane zurin ngan wajidi dah takde pulak..memang aku shoot pakgad (tibe2 beliau menjadi mangsa)

exam lagi 6 minggu, marah dengan diri sendiri kerana masih bengap..

teringat sambutan maulidur rasul, bergendang, berarak, bertasbih, berselawat memuji nabi, bercerita hikayat nabi..kan bagus kalau diiringi sedekah, charity, dan beri-memberi. Nampak signifikan kelahiran nabi. pendapat je.

tak sabar nak habes IB..tp cuak pulak..tiba2 dilantik jwatankuasa hapetah untuk Grand Dinner..Apakah???

hai Ilmu kaji hayat, ilmu kimia, ilmu ekonomi, serta ilmu hisab, ilmu keramat dari geneva, jangan lah kalian susahin aku, silah lah berdamping dengan ku wahai ilmu...

rse trkilan tak gi kenduri pija..aku salahkan bob kerana x tanye pja awal2 die available x 13hb..YES FATSO, I BLAME YOU!

walimatul urus encik ikhwan pensyarah matematik ahad lalu...semoga bahagia ke anak cucu..

mahu kaya..mahu kayaaaaa...mahu jadi ahli sejarah. arkeologi, membuat carigali monumen tertimbus..

sudah tidak ada idea mahu mengarut..terima kasih kerana membuang masa.

_

Tuesday, December 22, 2009

Indonesia Raya

Salam.
Mahu berkongsi dengan kamu satu video. Video lagu kebangsaan asal Indonesia Raya.
HAHA.
Mungkin kelakar, tapi mereka yang kita gelar "indon" ini nyata nampaknya lebih bersemangat pada negara mereka berbanding kita. Ya, mungkin ada yang tidak setuju dengan aku.
Tak apalah. Cuma aku rasa video dan lagu ni menarik.
Tonton ya!
_
_

Tuesday, December 15, 2009

Fenomena Gila Telenovela Amerika Latin

Korang! yang scare sengaje atau tak sengaje menumpang lalu atau menjenguk blog ini!
Ye! Kau le, pandang orang laen buat ape?
Aku nak ko tengok video bawah ni. Sumpah lawak haram.
Afdlin Shauki buat standup comedy pasal fenomena gila telenovela yang satu ketika melanda negara kita ni..
Tengok aku kate! tengok!
alah...kejap je buffering, pastu play la...ok?
Tengok ye..plizzzz (gaya menggoda)

Tuesday, December 1, 2009

Kisah Abang

Zaman Abang tengah bermisai. Masa ni lah masa kegemilangan Abang. Rambut panjang, misai pun ade. Mase tu semua awek-awek dok pakat usha Abang je.
Tu belum Abang pakai spek hitam sambil kuak-kuak rambut Abang time jalan sambil dihembus angin tengah sepoi-sepoi bahasa. Memang diorang jerit-jeirt tak keruan tau. Tapi Abang tak layan. Abang fokus pelajaran.
p/s : Dua ekor mamat tepi tu tak perlu diberi perhatian. Diorang tu memang betul-betul tak betul.

Zaman Abang baru lepas cukur misai. Abang jumpa shaver kat bilik air Abang kat rumah. Lepas cukur rasa muda pulak. Awek-awek sekolah pulak pakat usha Abang. Tapi abang tak layan bawah umur ni. Tak matang.

Dulu Abang ade try nak cukur kat Kolej, tapi kawan Abang yang gemuk name Hazim tu kedekut tanak bagi pinjam shaver. Ape nak buat kalau dah member macam tu punya gaya.

Dah sekian lama kat rumah, mak bapak Abang naik geram tengok rambut Abang. Diorang ni memang dari dulu anti rambut panjang. Abang dah puas berdakwah kat diorang. Abang cakap Nabi dulu pun rambut panjang. Tapi tak makan.


Last-last Abang pun mengalah. Maklumlah Abang kan anak mithali. Korang semua kena ikut contoh tauladan macam Abang ni tau. Jadi anak yang taat.


Abang skang ni setiap kali tengok cermin, Abang rase sedih. Rase nak gelak pon ade. Dah macam tok sami. Kakak Abang cakap macam Doraemon. Tapi makcik-makcik kat surau semua cakap Abang macam Damian dalam cite Banlieu 13.


Abang percaya kat makcik-makcik surau tu.


Abang percaya.


_

Friday, November 27, 2009

Mujo (Apology to Madam Juriah)

Copied From Blog Cikgu Juriah
_

Subject: Mujo - more reasons to love terengganu besides the beautifulislands..Some article about Trengganu..........have fun!!!

Mujo or mujur in Standard Bahasa means "fortunate" or "lucky". InTerengganu it means more than that. Mujo is an attitude, a testament tothe optimism of the Terengganu folks.

I believe that Terengganunese are optimistic. I haven't heard of any suicides there yet. No newswhatsoever of people jumping down from coconut trees or drinking expiredbudu (preserved anchovy thick sauce) neat in order to expire themselves.

You must remember that Terengganu people lived with ferries, morningpapers that came in the night and other things people in the West Coasttake for granted. In spite of doing without 4D shops, discos, malls orHot Spot-enabled coffee houses, they are surviving well without anymental hospital in sight. All because they have mujo .

Like I mentioned previously, mujo encapsulate a philosophy in itself.It means one should thank God that it is not worse. Time for anillustration.

(Cut to a scene of 3 village ladies in their kemban washing clothes bythe village well)

Mok Long Selamoh : Guane doh adik mung Mek?(How is your brother Mek?)

Mok Teh Som :Bakpe pulok adik dia?(What happened to her brother?)

Mok Long Selamoh : Laaa! Mung dok tau ke Som?(You don't know Som?)

Mok Teh Som : Dok tau setarang kita.(I don't know anything)

Mok Long Selamoh : Adik Mek ni kena langgor lori kemareng.(Mek's brother was knocked down by a lorry yesterday)

Mek Beso : Bukang lori Mok Long, beng ikang!(It wasn't a lorry Mok Long, it was a fish van)

Mok Long Selamoh : Mujo bukang lori!(Lucky it wasn't a lorry)

Mok Teh Som : Pah tu? Terok ke?(Then? Was he seriously injured?)

Mek Beso :Kaki patoh sebeloh......(One leg was broken)

Mok Teh Som : Mujo dok patoh dua dua(Lucky both legs weren't broken)

Mok Long Selamoh : Tu pong mujo dreba beng dang brek.(It was lucky that the van driver braked in time)

Mek Beso : Mujo beng tu dok laju..(Lucky the van wasn't going fast..)

(Fade to black.)

If both legs were broken, the response would be "Mujo dok pecoh pala"(Lucky the head wasn't broken).

If the head WAS broken, the response would be "Mujo dok mati" (Lucky he didn't die).

If the worst happenedand the brother died, the mujo would still surface."Mujo lah bukang adik kita" (Lucky it wasn't my brother).

You get thedrift.Mujo . A nice word. Adopt it. Embrace it. It will preserve your sanity.....

_

Monday, June 16, 2008

Tagged By Lily Cartina de Castello

7 facts about me
-male
-dont eat much but luv to eat
-wanna master english, mandarin, cantonese and learn spanish or french
-wanna direct a movie
-have lots to say in my blog but dunno what to say and how to say
-wanna do something meaningful and inspiring
-wanna meet the current mufti perlis n perak, afdlin shauki, mamat khalid, ungku aziz, nik aziz


7 things that frightened me
-Allah
-my parents' anger
-failure
-inability to rise from a failure
-fake fope (or false hope? i dunno the precise term)
-embrassment
-the challenge to raise a family and life


7 songs for the mean time
-i
-am

-not
-interested
-in
-listening
-songs

7 favourite lines for the mean time
-em hai ar ma...ni yao mou kao chor ar
-some people...
-disgusting
-johoreans...
-whats wrong wif the system nowdays?
-"michael, tak bole macam ni..michael, tak bole macam tu"
-Li ti hai me ye lei ga?



7 valuable things for me
-islam
-family
-she
-my brain
-my phone
-my watch
-my wallet


7 first time in my life
-read article by the current mufti perlis recently in june
-read harakah in 1998
-use yahoo messenger in 2004
-signed up friendster in 2004
-achieved GPA above 3.5 (that is 3.64) in june 2007

-enter a cinema in 2004 (lord of the ring 2)
-so scared to know the results of my exam (SPM)

7 lucky persons to be tagged
-i
-still
-dun
-have
-one
-yet
-lah!