Friday, November 6, 2009

Dilema Penggemar Kopi



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia;

Peh, mukaddimah yg agak poyo.

Exam semester 3 seminggu je lagi. Jadah hape plak aku lepak depan koop terkial-kial mencari line wi-fi dan secara ajaibnye meng-update-kan blog aku?

hmm..sebenarnye banyak mende2 menarik yang aku nk kongsi, tapi takde mood dan takde mase.

Kopi merupakan minuman yang sungguh unik yang sungguh menyegarkan tatkala saat2 mengantuk ataupun dikala simptom2 lalok bermaharajalela. Namun awas, kopi banyak kafein jadi ambilannya tak boleh terlalu kerap.

Menjadi seorang penggemar kopi, aku suke kopi o cap aik cheong. Panas2 dan bergula yang tak keterlaluan. Kopi O aik cheong bukan calang-calang kopi.

Aromanye amat mengiurkan. Wap-wap kopi yang melayangkan aroma biji kopi oleh partikel2 udara itu tatkala melanggar bulu2 hidungku ini adalah satu kenikmatan yang tak dapat digambarkan.

Kopi O bukan seperti para Nescafe 3 in 1 tuuu. BUKAN. Jauh bedanya. Malah Nescafe 3 in 1 yang ramai2 rebutkan itu hanyalah sejenis air kafein yang bertopengkan kopi!

Tidak..tidak..masakan Nescafe 3 in 1 dapat disamakan dengan kopi O Aik Cheong. Aromanya. Warna nya. Kesannya. Kepanasannya. Rasanya. Uihhhh....tak sama!

Kopi O Aik Cheong amat sedap diminum panas2. Tatkala uncangnya dikeluarkan dari paketnya, dan didamparkan pada dasar gelas cenderamata Nadwah Islamiah KMS yang dicuri dari bilik Farhan, bau yang dikeluarkan uncang itu sahaja sudah ampuh untuk membuatkan sesiapa sahaja mencapai orgasme seminit dua.

Uncang itu kemudiannya dihujani dengan gula-gula putih yang paket2nya dicuri daripada McDonald dan juga Hotel Corus Paradise. Lebih baik kalau2 gula itu gula perang. Rasanya lebih mantap. Kemanisannya lebih berlemak dan memenuhi setiap ruang2 dan rongga2 di mulut.

Mantap haram.

Gelas Nadwah itu tadi pula diisi dengan air panas dari mesin Coway di bilik utiliti. Air mesti panas. Bodohlah sape buat kopi guna air sejuk. Sumpah bodoh. Air mesti panas. Lagi panas lagi bagus.

Duuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.............

Mase air tu start kene je uncang kopi tu, dan bercampur dengan sebatian-sebatian kopi dan gula, aroma yang dikeluarkan memang cukup mengasyikkan. Cukup untuk membuatkan setiap tunas rasa di lidah kau menari dangdut, dibasahi ayaq lioq (air liur) yang secara tiba2 terpancar-pancar dari liang2 di mulut anda umpama bomba punya watergun.

Saat wap kopi tu mengusap muka anda, anda akan rasakan satu nikmat yang cukup sempurna.
umpama berjaya menamatkan bola yang sekian lamanya melantun2 dalam permainan beregu ping-pong.

Kopi itu akan lebih sedap dimunum di bilik sendiri, F202, jauh di hujung. Jauh dari kebisingan dan kesesakan serta hingar bingar orang bermain DOTA, jamming, berkebun melawan zombi, memberi komentar sambil menonton supernatural, mengutuk deedat, ataupun nyanyian2 kekonon merdu d tandas.

Air kopi yang pahit-pahit manis ini kemudiannya dihirup sedikit demi sedikit. Tak boleh minum camtu je. tak feel la brader. lagipon panas. melecur lidah.

Disaat air kopi tersebut melalui setiap tunas rasa dilidah anda, disaat wap kopi itu memenuhi ruang2 mulut anda, disaat kopi itu dikecap dan menyentuh lelangit anda, disaat ia mula diteguk dan mndakap anak tekak anda, dan disaat ia lalu di saluran oesophagus anda, memberikan sensasi panas pada dada anda, OHHHH.....nikmat yang tak dapat digambarkan.

Nikmat yang takkan difahami orang laen.

Syiok haram. Lagi-lagi kalau diminum dan dihirup mase tengah menghadap buku dan mentelaah. tumpuan meningkat berkali ganda. Dan suhu air kopi tersebut akan turun dan turun sampai ke fasa panas sikit daripada suam2 kuku yang mana fasa ini amatlah sedap gile babi wa cakap lu.

namun disinilah timbulnya keraguan ataupun unsur gharar dalam aktiviti meminum kopi ini. Andai kata anda bukak buku selama satu jam. dan kopi segelas itu tidak akan kekal panas pada fasa tadi.

suhunya akan turun dan turun. dan semakin turun suhu kopi tersebut, semakin banyak kuantiti setiap hirupan. Jadi, semakin cepatlah kopi itu habis!

sedangkan kopi itu amatlah sedap dan buku harus terus dihadap untuk lagi beberapa puluh minit!!!!!

biarkan saja kopi itu dan kekalkan kuantiti setiap hirupan kopi????

OHHH..TIDAK SAMA SEKALI. Kopi tu dah jadi tak panas dah!! No point la minum kopi O kalau tak panas! kopi tak panas, yang panasnye hati tau! HATI!!

umpama berak tapi takde getah paip kat jamban tu.

umpama dah puasa tapi sejam sebelum berbuka tetibe period. (bg pempuan la..)

umpama makan ayam kat DS, tapi dapat leher.

umpama buat maths, tapi tak bawak kalkulator

umpama pegi vending machine tapi takde syiling.

segala-galanye jadi tak bermakna! Itulah dilema penggemar kopi.

Sama ada menghirupnya dengan banyak semasa tengah panas dan kopi habis dalam masa yang singkat,

ataupun mengambil masa yang lama untuk menghabiskan kopi itu sedikit demi sedikit tetapi kopi itu sudahpun sejuk sekelip mata.

itulah; dilema seorang penggemar kopi yang ketiadaan mesin kopi.
_

6 comments:

Mr Nobody said...

Penggemar teh pon sebegitu juga....Aku minum pelbagai jenis teh. Chinese tea, oolong tea, jasmine tea, green tea, even black tea. Semuanya kena PANAS!! Tak steam la kalo tak panas!

Anonymous said...

anda bukan penggemar kopi sejati
jika anda tak layan kapal api
bisa sampai ke angkasa

HE said...

cube anda bygkan...

anda menikmati aiskrim berjenama walls yg bersuhu 20 darjah celcius...

arghhhh...

hilang kenikmatannya

pja_chan said...

umpama berak xde getah paip kat jamban

wahahahahhahaa

blade said...

gau x nak cakap pe2 beb...
tapi...gua g ds dapat kepak ayam beb...
nothing personal ha...

Lord Hosni the Wise said...

yanial;
haiz..bile kat U mmg wajib la bli mesin kopi tu..

mawie;
rmai yg kate camtu..tp aku x pnah try lg..

hairmen;
maaf2..saya tak begitu gemar aiskrim

pjachan;
tapi analogiaku betol kan?

blade;
uish..takpe bang..saye memang tak trase..