1. Keputusan kononnya meningkat sikit, tapi Ilmu Hisab saya betul-betul mengecewakan. Teringin jumpa Peter Blythe dan belasah dia cukup-cukup.
2. Ashabul Entrepreno sehati sejiwa mahu duit, tak mahu makan, tak mahu hadiah. Teringin mahu mengadap Mem Jijah mahu mintak duit baki Semai Bakti II mana yang ada. Tapi tak cukup kudrat untuk bersilat.
3. Baru habis baca Atap Genting Atap Rumbia. Bahasa orang kebanyakannya amat molek. Teringin mahu lihat Sabri Yunus jadi Pak Abu.
4. Dewan Selera bertukar tender. Menu baru dengan masakan yang diletak garam, lagi ada sambal belacan. Tapi rindu Mak Syam yang senantiasa sedia dengan pangkal peha.
5. Sudah berbual panjang dengan orang Cardiff. Sabtu depan orang Liverpool pula minta jumpa. Teringin mahu pukul orang Glasgow dan orang Manchester.
6. Lari anak 1 pusingan ikut laluan anjing sampai Taman MPS. Afiq kini dilantik jadi Jurulatih Kecergasan. Dia yang beria-ia. Teringin melutut hormat pada Ciman.
7. Apa gila zaman ini orang bakar-bakar gereja. Serupa mahu laga-laga dua puak Samawi ini gayanya. Teringin ikut Elly pergi gereja, tapi rasa lain macam.
8. Lihat-lihat jadual peperiksaan akhir. Ekonomi kertas 2 sama hari dengan Ilmu Hisab kertas 3. Teringin mahu jumpa kepala IBO lalu pukul dia teruk-teruk.
9. Tenggelam dalam kesibukan kerja, kemalasan diri, ketakutan pada kalimat “final exam”, dan amanah bangsa. Teringin mahu berjaya.
10. Sudah berapa entri tulis Bahasa Melayu. Petang ini ada pasar malam di Ampangan. Teringin mahu tulis bahasa Inggeris semula.
4 comments:
sudah turun berapa kg?
"Apa gila zaman ini orang bakar-bakar gereja. Serupa mahu laga-laga dua puak Samawi ini gayanya"
agree.
Islam is peace.
violate pace,violate Islam.
pain;
sjak2 dulu..ada lima kilo
lily;
benar lah kata ibu itu
roti john 1!
Post a Comment