Thursday, July 1, 2010

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu
____________________________


Nasyid daripada kumpulan Raihan ini merupakan puisi yang amat mendalam dan amat memberi makna dari sudut tasauf dan tauhid. Ia melambangkan ketinggian ilmu hakikat serta keikhlasan yang amat agung dalam perjalanan seorang hamba mencari Tuhannya. Semoga membari manfaat.






5 comments:

abbad said...

aku tak tahu kenapa
tapi baru2 ni
aku jadik pembaca setia blog ni
mungkin sebab gmbr yang atas tu hensem sgt barangkali :P

Lord Hosni the Wise said...

abbad;
haha..mungkin jugak..sori kalau bosan..takde mood nk wat decent entries lately..

ffh said...

nice one hosni:)

lordhosni said...

thanx farah..hope u enjoy d meaning

jhar said...

kita kena karaoke lagu ni
haha