Thursday, May 26, 2011

Carta Snellen

Sejak berada dalam lapangan perubatan sebagai seekor pelajar MBBS ni, gua setiap hari cuba untuk menanamkan azam dalam diri gua untuk meminati bidang yang gua amik. Dan salah satu caranya ialah gua berkongsi apa yang gua tau serba sedikit pasal perubatan ni.

Baru2 ni gua ngan member2 gua belajar pasal visual acuity. Visual acuity ni aku tak reti la melayu panggil ape, tapi kalau nak cerita tu menda ni lebih kurang pasal ketajaman penglihatan mata, yang bergantung kepada ketepatan pemfokusan cahaya pada retina dalam mata dan sensitivity otak dalam menafsirkan penglihatan tersebut

Peh, penat gak nak explain dalam melayu.

Jadi biasa nye kalau pegi kedai spek, doktor2 akan guna satu mesin yang mane u all semua kena tengok dalam mesin tu pastu ade gambar belon past die tekan2 godek2 pastu keluar kertas print cakap power mata sekian2.

Kalau gi kat klinik2, dorang mungkin takde bajet nk pakai mesin ni maka dorang pakai ape yang dinamakan sebagai Carta Snellen. Menatang ni ialah satu poster yang mengandungi huruf E yang dipusing2 menjadi huruf W, M dan nombor 3. Ade jugak yang datang dalam bentuk pelbagai huruf. Macam ni.

Yang bangang nye Snellen ni mase die buat carta ni die tak piker yang bukan semua orang pandai baca. Buat nye ade yang dari kecik hanya tahu huruf jawi, atau arab, atau tulisan cina, atau huruf2 hebrew, maka sudah tentu dorang tak mendapat manfaat daripada Carta Senellen ni.

Begitu lah jugaknye dengan kanak2 yang tak tau membaca. Maka para ilmuwan telah menghasilkan Carta Snellen versi gambar. Macam ni.

Subjek akan disuruh berada 6 meter daripada poster ini dan dikehendaki cuba membaca huruf2 yang ada pada carta ini. Kalau huruf, maka huruflah, kalau gambar, maka kenalpastikanlah gambar2 tersebut. Dari sini doctor dapat menegnal pasti tahap penglihatan seseorang tersebut dan kalau ade yang rabun jauh rabun dekat tu dapat tau lah.

Masa aku ngan member2 aku buat menda ni, kitorang terbayang keadaan yang agak ngeri tapi lawak haram. Cemane kalau kitorang nanti bila dapat jadi doctor (amin) ditugaskan di kawasan desa dan terpaksa menjalankan test ni kepada pakcik makcik yang tak tahu membaca rumi?

Pengalaman aku mengerjakan hospital attachment di Terengganu sedikit sebanyak menolong dalam mebentuk imaginasi kami. Nah aku kongsi siket imaginasi kitorang di pagi Isnin lepas, ketika semua yang tengah Monday blues terpaksa buat praktikal fisilogi.

Konon2nya dapat posting di Hospital Rembau;

Aku; ha makcik duduk elok2, cube tengok gambar yang saya tunjuk, pastu makcik bitau eh?

Makcik: hah yolah.

Aku: Ni apa?

Makcik: itu ayam hah. Acik Nampak jo.

Aku: ni pulak? (sambil menunjukkan saiz yang lebih kecil)

Makcik: yang tu kudo ko, kambing ? acik Nampak macam kudo jo. Ko lombu tah?

Aku; (ignoring) ok yang ni pulak apa?

Makcik: itu ramo-ramo acik Nampak jo. Tapi yang tadi tu kudo ko kambing ko lombu?

Aku; Lembu, makcik

Makcik: apo pulok lombu aih? Kan kudo tu! acik Nampak leher dio cenggitu hah. Mano ado lombu rupo itu!

Aku; Maksudnye makcik tak Nampak la tu.

Makcik: Apo pulak tak nampak! Acik Nampak eh! Memang kudo la tu hah. Kat tompek acik ado orang bela kudo memang rupo itulah kudo eh. Apo pulak lombu?!! (emosi)

___________

Ni pulak imaginasi kalau aku dapat posting kat klinik Hiliran, Kuala Terengganu.

Aku: Hok ni mende ape pok?

Pakcik: Hok tu macang ke rrame..

Aku: hok ning? (sambil menunjukkan saiz yang lebih kecil)

Pakcik: Hok tu napok molek ade. Kudde arr..

Aku; (ignoring) haa, hok ni mnde ape pulok?

Pakcik: eh hok tadi tu kude ke rrimma (harimau) duktor? Napok macang ke rima pung ade.

Aku; Lembu pok eh

Pakcik: Lembu mnape gitu eh? Kalu rrima munasaboh. Duktor dok dekak tok kang dok napok kaki ye cokeng alek nung gitu. Kalu kude munasaboh agi, ni lembu! Kalu lembu mesti ye besor kek..

Aku; sunggoh pok eh. Kalu rima mesti ye bbelang. (terlayan la pulak)

Pakcik: ehh! Pokcik tengok hok dalang tv (national geography) tu molek ade je tadop belang. Nnawok duktor ning!

-__-“ Hampir setiap negeri kami berimaginasi. Tak larat dah nak terburai perut. Tiba2 teringat kat Mak cik Farabi yang suare bass tu.

_

5 comments:

bawangmerah said...

agak-agak kalau kena dengan orang melaka, habeh dia maki kau

Lord Hosni the Wise said...

betol jugak tu...

(berimaginasi)

pakcik: lahabau betol dokter ni! biau bebenau! ape pulak lembunye....kan tu kudau!

ffh said...

HAHA.i kena baca slow the tganu part abru paham.hahahha.thumbs up!

Lord Hosni the Wise said...

Farah;

Hahaha, sori2 memang ade hasrat nak buat terjemahan, tapi takot jadi panjang sangat nnt malas org nk bace..tp boleh paham kannn

Lord Hosni the Wise said...

Farah;

Hahaha, sori2 memang ade hasrat nak buat terjemahan, tapi takot jadi panjang sangat nnt malas org nk bace..tp boleh paham kannn