Tuesday, December 22, 2009
Indonesia Raya
Thursday, December 17, 2009
Cap Dua Lada
Hari ni puasa. Nazar pasal mende tah aku tak ingat. Naseb baek aku ade catat. Arakian petang ni kene tolong mak aku goreng cucur udang. Kakak yang macam Garfield memang tak boleh harap.
Peh, itu cucur kalau kene ngan Sos Keropok Cap Dua Lada tu memang mantap tak terhingga. Juga kene tukarkan roti perancis seminggu lepas kepada kepingan2 roti bawang putih. Jugak kene lah abiskan setin lagi Sup Campbell yang dah sebulan usia beliau.
Tibe-tibe teringat dapur Remy. Remy ni sahabat aku kat Seremban ni. Beliau itu hari ada membawa dapur yang canggih jugaklah. Tak perlu api tau!~ cuma letakkan periuk di atasnya, dan tekan2 butang, lalu masaklah apa saje.
Kadang2 dapur beliau buat perangai jugak. Tapi bisa dibereskan
Kami sangat seronot bila dapur beliau bersama-sama kami. makanan DS tak sedap akan dibawak naik dan di ubah suai menjadi NAsik Goreng Apa Yang Ada dan semestinya SEDAP. Iaitu nasik goreng yang takkan jadi dua kali, pasal dibuat menggunakan bahan2 yang terlihat oleh mata je pade mase itu, dan melalui idea yang timbul sahaja di benak masa itu.
Tentulah, abang aji-na-moto banyak membantu. Short-cut to succes lah katekan.
Namun setelah lama kami bermesra dan bersama-sama dapur tersebut, tibe2 dapur itu tiada ditempatnye di BIlik Utiliti. Yang tinggal hanyalah sekeping kertas nota tampal.
Yang berbunyi;
"Alhamdulillah, dapat Ketua Fellow merasa dapur baru. Nak tuntut kat saya!"
Al-fadhil ketua fellow cakap; "Hang pa buat surat noh.."
HAHA..down!
p/s;Salam Awal Muharram buat para pengunjung. Moga2 tahun baru membawa rahmat berkat keazaman.
_
Tuesday, December 15, 2009
Fenomena Gila Telenovela Amerika Latin
Monday, December 14, 2009
20 Mutiara
1. Padah sungguh bile Sem 3 rilek baba, banyak kerja terbengkalai.
2. Bile banyak kerja terbengkalai, banyak jugak kerja menanti. Maken semput.
3. Dalam kelemasan itu, sifat malas itu tetap bermaharajalela. Makin lama makin malas. makin lama makin tak produktif.
4. Hidup macam tidak bermakna. Cuti yang panjang tapi kosong. Ohh, aku rindu Kuantan.
5. Aku rindu Zaman kecik-kecik dimana akal kreatif ligat berputar. Aku mahu cipta sesuatu, mahu bina helikopter. Tapi aku tak suka fizik. Aku cemburu pada mythbuster.
6. Aku tidak punya suara yang merdu. Tapi ingin sangat jadi penyanyi latar!
7. Aku takut obesiti, tapi terlalu suka makanan. Alangkah baik kalau boleh belajar ilmu Kulinari.
8. Aku baca Bible. Inggeris lama ditambah pepatah yahudi. Jadah haram tak paham. Mahu beli Bible For Dummies. Mahal lah pulak.
9. Aku dapat tahu Melayu dahulu handal bikin senjata api. Meriam, bedil, pemuras, rentaka. Aku sangat mahu jenguk zaman silam.
10. Berbual dengan rakan lama di alam maya. Cemburu lihat mereka bual pasal musim sejuk panas. Sini musim tengkujuh.
11. Aku kagum dengan ilmu tabib orang Tionghua. Aku kagum ilmu tabib orang Hindu. Teringin mahu belajar.
12. Aku sangat teringin memetik ukelele Wajidi. Aku mengidam mahu menuntut ilmu gesekan biola. Gitar? Aku dah lama putus asa.
13. Aku cemburu pada mamat Digging For the Truth. Juga iri pada Abang Duilding Da Vinci.
13. Aku mahu tidur awal dan bangun awal.
14. Ohh..Aku mahu buat banyak perkara di dunia ini.
15. Tapi harus berpijak di bumi nyata. Diriku walaupun besar, tidak boleh dibelah. Kita harus pilih.
16. Pilihan harus ikut keutamaan.
17. Dan keutamaan pada peperiksaan besar yang mendatang.
18. Oh, aku benci arus ini. Namun aku tidak jumpa jalan keluar yang sempurna.
19. Aku mahu buat banyak perkara.
20. Tapi harus berpijak di bumi nyata.
Oh, cuti yang tidak bermakna.
_
Tuesday, December 8, 2009
Bila Di Atas Talian
Saya akan bukak blog saye.
Saye akan bukak facebook.
Saye log in Yahoo Messenger.
Saye akan log in blogger akaun kalau ade komen baru pada entri-entri saya.
Saye akan balas komen-komen di blog saya. (kebiasaannya lah)
Saye bukak blog kelas lame saya.
Saye pon komen apa-apa patut dan yang terlintas di hati.
Saya akan bukak profile page Facebook saya.
Saya akan balas status-status dan apa-apa yang patut.
Saya akan balas apa-apa yang patut pada Wall di Home Page.
Saya akan tulis status baru kalau ada idea.
Saya akan tengok ruangan Courage Comrades di blog saya.
Saya akan lawat blog kawan-kawan saya yang tulis entri baru dalam jangkamasa 3 hari yang lalu.
Saya akan komen apa-apa yang patut. (kebiasaannya lah)
Saya akan bukak Blog Mistisfiles kalau ada entri baru.
Saya save page untuk bacaan masa lapang.
Saye akan balas apa-apa yang ptut di ruangan Confusing Conversation di blog saya.
Kemudian barulah saya akan membuang masa dengan melilau-lilau antara sembang-sembang
YM, Facebook, jelajah jaraingan blog, dan jelajah Youtube.
Agak-agak dah penat, saya tutup segalanya dan buat kerja lain.
_
Thursday, December 3, 2009
Sir Ratanam
My mind started to flash back all the memory of my early years of learning English. Back in my primary school which is in Beserah, Kuantan where it is just a sub-urban area near the South China Sea where most of its people work as fishermen.
For kampong students of SK Beserah like us, even our own Bahasa Melayu was difficult to grasp, as many of us speak Terengganunese. Not to mention English. I remember how our English teacher, an Indian, taught us English.
He was a very dedicated teacher. He has unique methods to teach us so that we can understand better. His name is Sir Ratanam. However, due to our Terengganunese accent, we called him Se Ghak-nang instead !
He taught me English. He taught all my siblings. He also taught all the other sons and daughters of Beserah. He had been teaching in the SK Beserah for years and he spends his last days of service there.
Se Ghak-nang always emphasized on the importance of practicing what we have learnt. So, not a single Malay word was allowed to be uttered. I remember my old friend back in Standard Six says something about “coli mok mu” to my other friend. They were having quarrel that time. Then Se Ghak-nang scolded them and said that the word “coli” in English is bra. You see, even when we wanted to swear, or say nasty things; we only can say it in English.
Se Ghak-nang always encouraged us to stand up and speak in English. He promoted the public speaking. Sometimes he stops you at the corridor and have you tested on public speaking. Everybody was afraid of him. Of course you can speak about anything that you want, but I don’t know, it was so scary that time. He sometimes calls pupils up during the assembly and then; public speaking time!
He also likes to make mistakes in class, so that his pupils will have to correct him. He purposely spells the day incorrectly so that his fellow students will speak in English in order to correct him.
He taught us how to use words like “moreover”, “furthermore”, “in addition” and so on. Even today, whenever I use those words, I remember his voice and face. He always encouraged us to be brave and try to speak in English. He said that it is OK to make mistakes, so that you will learn. It is important to stand tall and speak! Don’t be ashamed of it.
He taught us the meaning of bravery, perseverance, and hard work. He instilled the spirit of wanting to success in every hearts of Beserah’s child.
He taught English to me and all the other sons and daughters of Beserah. He even taught all my siblings. He was a teacher in the SK Beserah for years and he spends his last days of service there.
His wise words are always in my heart. I cannot deny that he is one of the most influential people in making what Lord Hosni the Wise is today.
Dear Se Ghak-nang, I owe you an incalculable debt.

_
Tuesday, December 1, 2009
Kisah Abang
Zaman Abang tengah bermisai. Masa ni lah masa kegemilangan Abang. Rambut panjang, misai pun ade. Mase tu semua awek-awek dok pakat usha Abang je.
Zaman Abang baru lepas cukur misai. Abang jumpa shaver kat bilik air Abang kat rumah. Lepas cukur rasa muda pulak. Awek-awek sekolah pulak pakat usha Abang. Tapi abang tak layan bawah umur ni. Tak matang.Dulu Abang ade try nak cukur kat Kolej, tapi kawan Abang yang gemuk name Hazim tu kedekut tanak bagi pinjam shaver. Ape nak buat kalau dah member macam tu punya gaya.
Dah sekian lama kat rumah, mak bapak Abang naik geram tengok rambut Abang. Diorang ni memang dari dulu anti rambut panjang. Abang dah puas berdakwah kat diorang. Abang cakap Nabi dulu pun rambut panjang. Tapi tak makan.Last-last Abang pun mengalah. Maklumlah Abang kan anak mithali. Korang semua kena ikut contoh tauladan macam Abang ni tau. Jadi anak yang taat.
Abang skang ni setiap kali tengok cermin, Abang rase sedih. Rase nak gelak pon ade. Dah macam tok sami. Kakak Abang cakap macam Doraemon. Tapi makcik-makcik kat surau semua cakap Abang macam Damian dalam cite Banlieu 13.
Abang percaya kat makcik-makcik surau tu.
Abang percaya.
_