Wednesday, December 23, 2009

Anjing Dan Kucing

Assalamualaikum pembuka bicara
sengaja berkarya mengisi masa
sudah lama dikarang saya
kini mahu berkongsi semula
kisah dibawa tazkirah berupa
kisah anjing dan juga kucing
asik begaduh kasi org pening
kalau kalian bijak laksana
tentu tahu kucing ini, fi`il nya cemana
time berseronok kuat bunyinya
sampai sekampung dengar projek dia
hal ini malulah adanya
namun ada cerita disebaliknya
cerita bermula dizaman dahulukala
ketika nabi nuh di dalam bahtera
akan banjir berkunjung tiba
naiklah haiwan sejenis berdua
selepas naik pengikut baginda
maka sesaklah didalam bahtera
ruang di dlam, susah nak kata
maka peraturan dibuat baginda
tiada projek sampai berlabuh kita
maka disahut segala isi bahtera
mengaku akan taat setia
selang sudah berapa lama
dilihat lah anjing jantan akan yang betina
tiada terkawal nafsu syahwatnya
ingkarlah anjing dengan baginda
bukan sekali, byk kali pula
namun malang, tiada yang sangka
perbuatan dilihat si kucing pula
bukan sekali, byk kali juga
bila selalu si kucing beranglah pula
pergilah kucing kepada baginda
terus diadu apa yang dilihatnya
dipanggillah anjing akan baginda
disoal-soal, mengakunya tiada
dipanggillah kucing selaku saksinya
berhikayatlah kucing akan segala
"mata hamba yang melihatnya"
si kucing terus berbicara
anjing bertegas menafi segala
tetapi kebenaran menang jua
sedihnya anjing tiada terkira
maka ke langit dilihatnya
anjing melihat seraya berdoa
" ya tuhan rabbul izzati"
"aib keatas ku si kucing beri"
"maka bukakan lah akan aibnya"
"sebagaimana aibku dibuka olehnya"
perkenanlah sudah doa olehNYA
kesannya dapat dilihat lagi
dari dulu sampailah kini
aib si kucing terbuka selalu
sebagaimana dibukanya aib si anjing dulu
karena itu si kucing begitu
bikin itu, sekampung tahu
karena bunyinya , kuat bertalu
hasil doa anjing yang malu
maka pengajaran besar adanya
jagalah aib org, semahu-mahunya
karena sekali dibuka kita aib lain manusia
aib kita dibukaNYA di akhirat sana
sekadar menasihat bukan mencerca
apa yang baik ambil sahaja
tiada diketahui akan sanad nya
kalau palsu maafkan saya
sekian sahaja bermadah bicara
wallahualam penutup kata.

_

2 comments:

bawangmerah said...

aku penah komen.
kalau kau ingat, aku guna nama pena - tukang kayu

Lord Hosni the Wise said...

ingat..
ini pun aku ambil dan ubah sikit dari blog lama