Thursday, June 10, 2010

Kenapa ko benci kucing!

Wajidi, (ye, aku tahu kau yg tanya soklan ni)

saya tidak tahu dimanakah anda mendapat fakta ini, tapi saya sememangnya tidak pernah mempunyai masalah dengan kucing, apatah lagi membenci mereka.

saya cuma berpendapat bahawa tidak salah untuk tidak menghiraukan ngiauan-ngiauan mereka di dewan selera meminta makan dari bawah meja.

dan jikalau kucing tersebut mula menggesel kaki orang yang di-minta-makanan-padanya, dan geselan itu menimbulkan kegelian yang mengganggu, maka saya berpendapat adalah tidak salah jika kucing itu disepak.

dan jikalau kucing tersebut berak merata-rata, sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada individu dan orang awam, maka saya fikir tidak salah jika kucing tersebut dibuang, atau disebat "on sight"

dan saya juga berpendapat bahawa kucing tidak layak untuk menjadi topik perbualan yang hangat, seolah-olah hal kucing sama tarafnya dengan hal politik negara atau isu Tipah-Cerai-lagi dan seumpamanya.

sekali lagi saya tegaskan, bahawa saya TIDAK MEMBENCI KUCING. Benar saya mempunyai pendapat tersendiri terhadap isu-isu berkaitan kucing, tapi untuk mengatakan saya membenci kucing, adalah tidak benar sama sekali.
_

Ask me anything. Anything. Really.

4 comments:

HaPPy_MiroHu said...

my opinion definately against yours..

Berak merata2 tu biasa la bagi kucing..memang pelik ah kan kalau kucing tu pandai berak setempat je mcm manusia..Blame human first..mrk bela kucing..dah xnak buang merata..Kasihan kucing tau..

Mereka ialah makluk tuhan yg perlu kan perlindungan dan kasih syg..

satu lagi, awk ingat sepak2 tu bgus ke? Mind u..that cat can cursed u if he want..awk patut bersyukur kalau xde benda jadi apa2 kat awk slps itu..kerana kucing pun boleh berdoa..kudung kaki awk baru tahu! Ada kisah benar tau regarding this...

Mereka gesel2 memang annoying tapi cuba bayangkan perut mereka lapar sgt..It cant be avoided..U try urself..

Seriously awk kena byk muhasabah diri..sy paling benci org yg xhormat makhluk tuhan selemah2 kucing sehingga lah manusia!!

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

I need an amen!...Yeah Lord!

emy said...

bukan kakak ko garfield ke??

Lord Hosni the Wise said...

happy mirohu;

Saya sedikit tersentak dengan komen yang penuh beremosi daripada anda, namun meneliti blog anda, saya cuma mampu berkata "patutlah!"

hahaha, meneliti entri saya, orang yang waras serta baik akal fikirannya dan mempunyai kemahiran bahasa yang munasabah, sudah tentu dapat memahami entri saya yang mana ia hanyalah sinikel dan humor semata-mata!

Jadi nasihat saya kepada anda, silalah membaca dengan hati yang terbuka, necara timbangan akal yang adil serta bebas dari pengaruh emosi yang berat sebelah dan pengambilkiraan unsur2 bahasa kiasan..

Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru pembaca2 dan blogawan2 skalian, supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan2 pembangkang yang sememangnya berniat untuk mencemarkan imej saya.
_