Wednesday, June 9, 2010

Kenapakah anda gemuk?

Haha.

Soalan ini agak mencabar. jadi saya minta pembaca supaya bersedia mental dan fizikal kerana jawapannya juga mencabar mental dan fizikal dalam pencernaannya.

Sebenarnya kita harus berbalik kepada definisi gemuk itu sendiri. Jikalau gemuk itu diertikan sebagai memiliki wajah atau rupa paras yang menarik, atau dalam satu perkataannya- kacak, maka itulah saya.

Tetapi, menyemak kamus dewan, gemuk didefinisikan sebagai susuk tubuh yang melebihi norma, besar kerana pertumbuhan lapisan lemak dibawah kulit yang berlebihan.

Adakah saya menepati ciri-ciri yang didefinisikan ini? Sudah tentu tidak. Kerana yang dibawah kulit saya ini tidak lain dan tidak bukan ialah otot-otot yang terbina, lantaran kekerapan dan kekuatan aktiviti fizikal yang dilakukan saya, sekaligus lenjadikan otot-otot ini sedikit besar dan menonjol, ditambah pula dengan bilangan myoglobin yang melebihi tahap purata.

Jadi tuan yang bertanya soalan ini sebenarnya harus faham dahulu definisi sesuatu adjektif itu, dan membuat perbandingan dengan pemakainya melalui neraca timbangan akal yang waras dan bijaksana.

Faham tu tuan-tuan?
_

Ask me anything. Anything. Really.

2 comments:

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

Gemuk itu relative je..andaikan aku berdiri sebelah batang penyapu yg diameter die hanya beberapa cm..logiknya org akan cakap wajidi adalah lebih gemuk dari batang penyapu tersebut..jadi jgn risau..masyarakat masih boleh menerima org seperti anda..

lordhosni said...

wajidi;

perkara ini sebenarnye sudah banyak kali dibangkitkan, malah majlis fatwa kebangsaan pun sudah mengeluarkan kenyataan. tapi masih ramai orang awam yang tidak faham. Ini saya fikir ada kaitannya dengan sesetengah pihak yang cuba mengelirukan orang ramai. mereka ini memang tidak bertanggungjawab.