Saturday, September 18, 2010

Hogi Barutheene

Perasaan nak fly? Entah lah. Aku masih kabur lagi. Takda lagi perasaan yg hadir dalam jiwa. Dua tahun menunggu. Dua tahun bergelumang dalam kebimbangan. Dan kini apa yg aku impikan hanya menunggu masa menghitung minit. Tapi sikit pun aku tak rase pape.

Excited tidak, sedih tidak, cuak tidak, runsing tidak.

Tapi aku ade rase sedih jugak lah. Nak tinggalkan keluarga. Nak tinggalkan negara. Dan aku masih rasa ragu2 dengan jalan yang aku ambil ni. Perubatan. India. Twinning. Doctor.

Betul ke jalan yang aku amek ni?

Sekarang di rumah kakak aku. Mak aku tengah demam. Lelah die datang balik gara2 batuk. Tadi dah pergi klinik. Usianya yg da makin meningkat melemahkan tubuhnya. Penat raya campur penat travel, itu gamaknya demam tu. Tadi aku urut2 tengkuk die, kepala die. Dulu aku suke picit kaki mak aku. Aku suke dengar mak aku jerit sakit mase aku picit. Jeritan tu buat aku rase aku picit tempat yang betul, dan melegakan mak aku. Rasa macam aku dah berbakti sangat-sangat.

Dah, touching la pulak.

Memori aku seminggu ni asyik memutarkan kisah2 lama. Macam mana aku dulu ketua pelajar sekolah rendah. Macam mana aku dulu asal budak kampong masuk form1 sekolah bandar. Macam mana aku dulu entah apa sebab masuk MRSM. Macam mana aku dulu retak kaki. Macam mana aku dulu main redah amek IB. Macam mana IB mengubah aku. Macam mana aku apply UK. Macam mana MARA taknak taja aku. Macam mana aku jadi guru sementara.

Macam mana aku boleh sampai dimana aku berada hari ini.

Perjalanan masih jauh. 5 tahun tu lama. Tapi 2.5 tahun merasa duduk negeri org tu kejap. Aku tak pinta apa-apa. Aku cuma dahagakan pengalaman. Pengalaman yang mengajar aku erti hidup. Cerita-cerita benar menglipur lara. jenaka-jenaka manis mengukir senyuman. Buat berkongsi dengan anak cucuku.

Doakan aku berjaya. Doakan kami berjaya. Doakan kita semua berjaya.

Sucikan hati, betulkan niat. Tegapkan azam. Pergi negeri orang taknak pulang dengan tangan kosong. Pergi berperang taknak pulang sebagai mayat. Teguhkan jiwa, kentalkan semanagat. Kerutkan dahi, kacipkan geraham. Tubuh berantam, hati berdoa.

Allah bersama-sama kita.


_

*Hogi Barutheene bermaksud selamat tinggal dalam bahasa Kannada, bahasa rasmi negeri Karnataka, India.

.

Monday, September 13, 2010

Minyak Kayu Tas

#1. Melaka

Orang lain balik rumah nak beraya, aku ni menyemak pulak kat rumah org laen. Dah lah pergi Pre-Orientation tu macam takde ape. Tapi orait jugak, dapat visit maktab lama, pusing Mahkota, round Pahlawan, ronda Bandau Melakau, tengok Grown Up dan lepak Bazar Taman Cempaka.

Alkisah Bazar Taman Cempaka ni macam Up Town a.k.a pasar lambak la sebelah Melaka Sentral. Bergerak dalam tu setapak demi setapak di celah lautan manusia. Punya la ramai orang. Skali kat bahagian belakang tu ade org jual ubat. Mula2 dengar jugaklah die nak merepek ape. Macam best.

Tapi makin lama makin mengarut. Air yang dibaca doa Nabi Daud lah, Nabi Sulaiman lah, Minyak Kayu Tas lah, Akar Kayu lah, mengarut gila. Paling tak boleh blah bila die nak jual akar kayu yg kene rendam dalam air, then simbah sekeliling rumah. Kononnya diangkat segala kesusahan dan kesulitan. Peliknya ade jugak orang beli. Puluh-puluh jugak harganya.

Nabi pun semayang sampai bengkak kaki, mung simbah2 air je hidup dah senang. Sudahlah, hapo pun tak bulih. (Tapi Grown Up memang sumpah TERBAEK~)


#2. Raya

Kami anak Terengganu pergi jalang-jalang ghayye. John datang rumah aku, kami gerak ke Manir nak cari Easy. Sekali “sarang tebuan” tu ade kat Kuala Berang. Pusing ke Losong cari Nadhi, ke Dungun pulak beliau. AKhirnya ke Chendering rumah Cikgu Ammar. Sejam lebih jugak tunggu Nasik Arab siap. Melantak tiga pinggan. Macam2 sejarah lama keluar dengan Cikgu Ammar. Warden paling misteri dulu. Haha, rindu Ustaz Jali punya tongkat. Tiba-tiba punggung rasa perit.

Pendek cerita malam tu eksiden lah pulak. Tak banyak, kemek siket je. Tapi sempat jugak bergocoh di tepi jalan. Ape ke bodo reverse kete tak nampak kete kat belakang. Naseb baek aku sempat hon. Tapi dan jugak die bg bontot kat mulut keta bapak aku. Balik memang bapak haku hangin. Tapi naseb baek ade anak sedare aku baru 5 bulan.

Bayi memang ada aura buat kita cair. Lepas ni kalau eksiden terok ke hape ke, stret aku chow Johor Bharu menyorok belakang anak sedara aku.

Ape guna anak sedara kalau tak dipergunakan Pak Su nya.


#3. Fly

Tiket aku 19th September ni. Jam 2210. Kuala Lumpur – Bangalore-Mangalore. Beg tak siap packing, mental pun tak ready. Tapi memang tak sabar nak sambung ke bab baru dalam hidup. Doakan aku Berjaya. Aku pun doakan korang Berjaya.

Aku dahagakan pengalaman, sebagai cerita2 untuk anak cucuku.

_

Thursday, September 9, 2010

Klise' Tapi Ikhlas


-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga Raya anda kali ini penuh bermakna. Laungkanlah takbir memuji Penciptamu. Sesungguhnya telah datang hari kemenangan. Jangan lupa untuk doakan kemudahan dan kesenangan bagi saudara2 kita di Pakistan dan Filistin. Semoga mereka dapat menyambut lebaran dengan aman.

Ampunkan segala salah silap. Ini ucapan raya paling ikhlas pernah aku bagi. Selamat Hari Raya sekali lagi :)

_

Thursday, August 26, 2010

Menjawab Soalan En Ikhwan

Doktor dan Pendidik yang TERBAIK haruslah berkhidmat di kawasan yang daif, kekurangan dan teruk seperti kawasan pedalaman, setinggan, kawasan berisiko tinggi, dan bukannya kawasan selamat seperti di rumah anda. Adakah kamu akan berkhidmat di kawasan ini?

_

1. Jika mendapat arahan kementerian, sudah tentu. Jika tidak, mungkin saya akan pergi. Sebenarnye saya menyimpan cita2 untuk menyertai misi2 kemanusiaan seperti kelolaan MERCY.

2. Tapi sy ada sedikit pendapat yg ingin sy sumbangkan. Sy sedikit bersetuju part pendidik tu tp kurang bersetuju part doktor tu. Perjuangan doktor ni banyak cabang dan caranya.

3. Doktor yang bekerja di hosp2 besar akan berdepan dengan pelbagai kes rumit yang lantas menajamkan kemahirannya. Ini memanfaatkan doktor2 baru dibawah jagaan mereka nanti.

4. Doktor yg terbaik kalau berkerja di hosp2 besar akan mendapat kes2 rumit yang memerlukan kepandaian yg tinggi. Sebarang kejayaan dalam rawatan2 yang rumit akan mecipta kes sandaran untuk rujukan doktor2 lain seluruh dunia.

5. Kehandalan doktor2 ini akan menaikkan nama negara sebagai mempunyai kemudahan perubatan yang hebat. Ini menarik lebih ramai jumlah "pelancong perubatan".

6. Doktor yg terbaik juga patut bekerja di Hosp Universiti disamping melakukan kajian2 terhadap penyakit2. Ini akan menolak sempadan ilmu lebih jauh.

7. Doktor2 luar juga akan memandang tinggi hospital2 dan universiti2 perubatan kita, lalu menarik minat mereka mendalami bidang kepakaran di tempat kita.

8. Peningkatan ilmu dan kolobrasi antara doktor kita dan doktor luar ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perubatan kita, supaya gah di mata dunia, dan dapat bersaing dengan hosp2 terkemuka lain seperti King Faisal dan John Hopkin.

9. Kalau yang nak duduk swasta atau kerja kerajaan takat nak gaji ja tu saya no komen lah.

10. Kalau bab pendidik pulak. memang pendidik2 yg bagus ini patut ke kawasan2 tersebut untuk membawa masyarakat disana keluar dr kepompong kegelapan.

11. Tetapi pendidik yang terbaik juga boleh berkhidmat di sekolah2 dan universiti2 terkemuka atas sebab yg sama yg saya nyatakan dr no2 sampai no8.

12. Pendidik terbaik ini akan merintis lebih banyak kajian2 oleh pelajar2 mereka, dan ini membawa pada penemuan2 lalau menolak sempadan ilmu lebih jauh.

13. Pelajar2 yang dipatron mereka ini bakal menjadi ahli2 professional yang akan menyumbang pada pembangunan negara.

14. Ini dalam konteks pendidik terbaik yang mahukan kemajuan negara lah. Kalau yang jenis suka duduk rilek goyang kaki sambil buat tusyen cari duit ni, saya no komen la.

15. Perjuangan seseorang itu mungkin sama matlamatnye, tapi sudah tentu berlainan cara. Saya tidak kata kenyataan cikgu salah, malah saya juga menyokong sekiranya ada yang mahu berbuat begitu. Tapi saya cuma mahu memberi pandangan lain.
_

Ask me anything. Anything. Really.

Monday, August 23, 2010

KHB, Ceramah Badar, & Ayuslina

'

This week is a hell of a busy week, tho its not over yet. The Form 3s have just finished their Trial Papers and I heard quite a good news for my subject; Kemahiran Hidup. But then, the joy was quickly vanished when the lady from the Academic Department say that not a single penny will be used to pay for three sets of PMR Model Paper that i gave to the students.

Just imagine 120 students times 6 cents. What a ridiculous policy! I then learnt then private school means "sekolah persendirian", not "sekolah kaya".

Supervising a group of students selling stuffs during Ceramah Badar. Too bad it was raining cats and dogs. Yet, they manage to earn profits tho a minuscule one. Hope this could be a pioneering step for these young lads to be an ENTREPRENEUR.

MARA forms and agreements has just arrived. We spent nearly an hour on Skype, conferencing on how to fill up those bloody papers. Each night after that, my ass and hands went cramp filling those shits. Fortunately those shits are my future. If not, I wont give a damn.

Now there comes more problems. Have to be in KL on 30th August and 6th September. I also have to be in Malacca on 4th August. Fortunately there are a night bus ticket from KL to Kuala Terengganu on 6th. Otherwise I will ride on Ayuslina's back, lashing her to carry me all the way to Kuala Terengganu.

It is even more fortunate that I have friends that are willing to shelter me there in KL and Malacca. The trip was not yet planned but the rough ideas are there. I hate crashing their hospitality, yet I am not strong enough to sleep under bridges or roadsides. What more during this fasting month.

Thats all the ramblings. Will be posting a more decent entry (this time about my experience as a teacher) when time permits. Thank you for wasting your time here.

Happy sahuring, fasting, breaking, quran reciting, terawihing, qiyaming and other amal-ing.

Tingkatkan pahala, jauhi neraka. Renung-renungkan dan selamat Beramal~


p/s: Food for thoughts - Everybody do sins. The difference is how big it is, how far we know that it is wrong, and how shame are we at it.


_

Tuesday, August 10, 2010

International Monetary System

'
"....There is only one country in the MUSLIM world today, only ONE, that seems to understood that the INTERNATIONAL MONETARY SYSTEM IS FRAUDULENT. only one leader and he is DR MAHATHIR OF MALAYSIA..."


"...Hanya ada SATU negara di DUNIA ISLAM hari ini, hanya SATU, yang nampaknya faham bahwa SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA ialah satu PENIPUAN. Hanya seorang pemimpin sahaja, dan beliau ialah DR MAHATHIR DARI MALAYSIA...."


-Sheikh Imran Hossein-
_




This lecture by Sheikh Imran Hossein is very insightful and eye-opening. Keep-vid them and listen to them during your free time. It may give you an insight look to the real situation on what is happening to the current economic state. Available in Malay subtitle (the second video). Twelve parts altogether.
_

Monday, August 2, 2010

if u were the prime minister of malaysia, give me one thing of the many possible actions that u want to do first?

one thing?

membawa Malaysia kearah Islam dan pembangunan.

Media dikawal supaya menyiarkan bahan berunsur perjuangan negara, islam, perpaduan antara kaum, kenegaraan dan moral sahaja. Kirenye macam North Korea la siket2. tiada unsur hiburan2 bodoh, artis2 bogel dan yang sewaktu dengannya. Unsur hedonisme dihapuskan sama sekali. Rancangan2 yang berbentuk kependidikan sahaja diutamakan. malah filem2 atau lagu2 juga mesti mempunyai unsur2 yang disebutkan tadi. NO TO HEDONISME. kite lihat kreativiti orang seni macam mana pulak nanti.

Sistem pendidikan diubah supaya melebihkan latihan praktikal bagi menyediakan tenaga buruh untuk produktiviti yang lebih efisien. Bukan lagi belajar sampai nak termuntah kemudian muntah atas kertas OMR. Sistem kroni dan JKKK kampung dihapuskan. Tiap ujung minggu aku akan berucap pada rakyat macam Churchill or Rossevelt untuk bangkitkan semangat cintakan Negara berlandaskan Siasah Syariah. Pembangkang diajak berunding untuk sama-sama membangunkan negara. tiada lagi politik sempit dan yang sewaktu dengannya. Mufti2 tidur dipecat. Warga asing akan lebih dipantau. YB2 sekalian dikehendaki menjelaskan milikan harta mereka. Korupsi dibanteras sehingga ke akar umbi. Sultan2 ditarbiyah supaya sedar diri dan jaga kepentingan rakyat. Kerabat2 tak boleh dah nak mengada guna kemudahan diraja. Nak senang, suruhlah anak Tengku2 sekalian belajar pepandai ye..
_

Ask me anything. Anything. Really.