Doktor dan Pendidik yang TERBAIK haruslah berkhidmat di kawasan yang daif, kekurangan dan teruk seperti kawasan pedalaman, setinggan, kawasan berisiko tinggi, dan bukannya kawasan selamat seperti di rumah anda. Adakah kamu akan berkhidmat di kawasan ini?
_
1. Jika mendapat arahan kementerian, sudah tentu. Jika tidak, mungkin saya akan pergi. Sebenarnye saya menyimpan cita2 untuk menyertai misi2 kemanusiaan seperti kelolaan MERCY.
2. Tapi sy ada sedikit pendapat yg ingin sy sumbangkan. Sy sedikit bersetuju part pendidik tu tp kurang bersetuju part doktor tu. Perjuangan doktor ni banyak cabang dan caranya.
3. Doktor yang bekerja di hosp2 besar akan berdepan dengan pelbagai kes rumit yang lantas menajamkan kemahirannya. Ini memanfaatkan doktor2 baru dibawah jagaan mereka nanti.
4. Doktor yg terbaik kalau berkerja di hosp2 besar akan mendapat kes2 rumit yang memerlukan kepandaian yg tinggi. Sebarang kejayaan dalam rawatan2 yang rumit akan mecipta kes sandaran untuk rujukan doktor2 lain seluruh dunia.
5. Kehandalan doktor2 ini akan menaikkan nama negara sebagai mempunyai kemudahan perubatan yang hebat. Ini menarik lebih ramai jumlah "pelancong perubatan".
6. Doktor yg terbaik juga patut bekerja di Hosp Universiti disamping melakukan kajian2 terhadap penyakit2. Ini akan menolak sempadan ilmu lebih jauh.
7. Doktor2 luar juga akan memandang tinggi hospital2 dan universiti2 perubatan kita, lalu menarik minat mereka mendalami bidang kepakaran di tempat kita.
8. Peningkatan ilmu dan kolobrasi antara doktor kita dan doktor luar ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perubatan kita, supaya gah di mata dunia, dan dapat bersaing dengan hosp2 terkemuka lain seperti King Faisal dan John Hopkin.
9. Kalau yang nak duduk swasta atau kerja kerajaan takat nak gaji ja tu saya no komen lah.
10. Kalau bab pendidik pulak. memang pendidik2 yg bagus ini patut ke kawasan2 tersebut untuk membawa masyarakat disana keluar dr kepompong kegelapan.
11. Tetapi pendidik yang terbaik juga boleh berkhidmat di sekolah2 dan universiti2 terkemuka atas sebab yg sama yg saya nyatakan dr no2 sampai no8.
12. Pendidik terbaik ini akan merintis lebih banyak kajian2 oleh pelajar2 mereka, dan ini membawa pada penemuan2 lalau menolak sempadan ilmu lebih jauh.
13. Pelajar2 yang dipatron mereka ini bakal menjadi ahli2 professional yang akan menyumbang pada pembangunan negara.
14. Ini dalam konteks pendidik terbaik yang mahukan kemajuan negara lah. Kalau yang jenis suka duduk rilek goyang kaki sambil buat tusyen cari duit ni, saya no komen la.
15. Perjuangan seseorang itu mungkin sama matlamatnye, tapi sudah tentu berlainan cara. Saya tidak kata kenyataan cikgu salah, malah saya juga menyokong sekiranya ada yang mahu berbuat begitu. Tapi saya cuma mahu memberi pandangan lain.
_
No comments:
Post a Comment