one thing?
membawa Malaysia kearah Islam dan pembangunan.
Media dikawal supaya menyiarkan bahan berunsur perjuangan negara, islam, perpaduan antara kaum, kenegaraan dan moral sahaja. Kirenye macam North Korea la siket2. tiada unsur hiburan2 bodoh, artis2 bogel dan yang sewaktu dengannya. Unsur hedonisme dihapuskan sama sekali. Rancangan2 yang berbentuk kependidikan sahaja diutamakan. malah filem2 atau lagu2 juga mesti mempunyai unsur2 yang disebutkan tadi. NO TO HEDONISME. kite lihat kreativiti orang seni macam mana pulak nanti.
Sistem pendidikan diubah supaya melebihkan latihan praktikal bagi menyediakan tenaga buruh untuk produktiviti yang lebih efisien. Bukan lagi belajar sampai nak termuntah kemudian muntah atas kertas OMR. Sistem kroni dan JKKK kampung dihapuskan. Tiap ujung minggu aku akan berucap pada rakyat macam Churchill or Rossevelt untuk bangkitkan semangat cintakan Negara berlandaskan Siasah Syariah. Pembangkang diajak berunding untuk sama-sama membangunkan negara. tiada lagi politik sempit dan yang sewaktu dengannya. Mufti2 tidur dipecat. Warga asing akan lebih dipantau. YB2 sekalian dikehendaki menjelaskan milikan harta mereka. Korupsi dibanteras sehingga ke akar umbi. Sultan2 ditarbiyah supaya sedar diri dan jaga kepentingan rakyat. Kerabat2 tak boleh dah nak mengada guna kemudahan diraja. Nak senang, suruhlah anak Tengku2 sekalian belajar pepandai ye..
_
Monday, August 2, 2010
if u were the prime minister of malaysia, give me one thing of the many possible actions that u want to do first?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
baca balik 1st paragraph. nampak mcm manifesto sebuah kerajaan komunis yg juga facist
MANE ADE BRADER....BTol la lord ni ckap tntng 1st praghraph tu...
aku suka perenggan kedua.
aku doakan kau jadik ye.
stuju due2 haha tp yg first tu mcm susa sket kot klu nk tgk skrg ni da mcm mne..huhu
demokrasi menjamin freedom of expression. even dalam constitution kita ada bagi freedom mcm artikel 10 yg bagi kita hak untuk bersuara, berorganisasi dan berdemostrasi. kalau bukan demokrasi, apa yg patut kita praktikkan?
afiq;
thank you.
pain;
apsal tak suke yang kedua?
abby;
sebelum merdeka pun ade puak yg rase mustahil untuk kite merdeka.
rasyid;
kita sudah diprogramkan bahawa demokrasi ialah sistem yang paling baik. tapi apa sebenarnya demokrasi? kbebasan bersuara? kebebasan memilih?
amerika yang mendewakan demokrasi sekalipun mengawal media mereka dan politician mereka dikawal bagi kepentingan israel. itu demokrasi? rakyat mereka dilalaikan dengan hiburan, dan ditutup mata mereka oleh media2 mereka sehingga gerakan2 kesedaran baik sosialis atau keagamaan terpaksa menggunakan saluran2 bawah tanah. adakah itu demokrasi?
rakyat mereka yang lalai itu sedikit pun tidak sedar yang cukai mereka digunakan supaya keluarga israel dapat makan malam dengan aman tanpa roket2 hamas.
sebarang kenyataan anti-israel tidak akn keluar malah dikecam dan dilaknat.adakah itu freedom of expression?
tidak salah untuk bersuara, berorganisasi, dan berdemonstrasi, tapi ia perlulah demi rakyat dan negara, yang didasari agama.
demokrasi adalah kuasa rakyat. Islam masih relevan tapi dah ramai mengotorkan agama dengan menggunakan kuasa dengan nama Islam. Sampai bila kita nak tgk dua puak melayu/Islam bertelagah bergaduh untuk objektif yg tak memajukan ummah/bangsa langsung.
apa yg perlu difahami, demokrasi merupakan kuasa majoriti dengan mengambil kira pendapat dari minoriti. kita dapat lihat dalam sirah Rasulullah sendiri pun yg mengamalkan kerajaan bercampur antara kaum. perlu diingatkan Makkah dulu juga didiami dua puak besar, arab dan yahudi.
ramai dah kabur dengan makna demokrasi. bagi mereka demokrasi bermaksud memberi kuasa kepada rakyat biasa yg tak terlatih. demokrasi sebenarnya mengajar kita berfikiran sendiri, bukan dengan dijajahi tetapi dengan memberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak menindas golongan lain.
ya, aku setuju demokrasi dah dapat nama buruk. tapi takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?
"apa yg perlu difahami, demokrasi merupakan kuasa majoriti dengan mengambil kira pendapat dari minoriti. kita dapat lihat dalam sirah Rasulullah sendiri pun yg mengamalkan kerajaan bercampur antara kaum."
---------
demokrasi ini diamalkan setelah penduduk yathrib sebulat suara mahukan nabi. bayangkan kalau suara majoriti nya tidak mahu menerima islam? bayangkan majoritinya mahukan sekular?
kalau kita ini tidak ada pegangan tentang benarnya islam, baru itulah kite sokong sekular. kerana kita sudah percaya bahawa majoriti itulah yang benar.
kalau majoritti mahukan sekular, mahukah puak sekular ini dengar kata minoriti yg mahukan agama?
kalau majoriti mahukan agama, mahukah puak agama ini mendengar kata minoriti yg mahukan sekular?
Turki kekal sekular hingga hari ini kerana rakyatnya mahu kekal sekular hingga hari ini. bayangkan kita orang islam di sana yg faham tentang kenegaraan islam, adakah kita bersetuju?
ini lemahnya demokrasi yg meletakkan kuasa mutlak pada majoriti.
kita yang percaya bahawa islam ialah sistem yang terbaik dan mahukan ia menguasai kerajaan, sudah tentu faham bahawa islam merupakan satu2nya jalan penyelesaian.
sebab itu apabila islam apabila ia berkuasa, ia perlu mentarbiyah rakyatnya supaya cintakan islam dan negara. tarbiyah tu bahasa tinggi. bahasa mudahnya kempen/didik. dan medium paling baik ialah media.
parti sekular juga turut menggunakan cara yg sama. mereka rancakkan hiburan dan dan menjauhkan rakyat dr agama. agama ini bagi mereka hanya sejadah dan tasbih. akhirnya rakyat mereka secara tidak langsung sudahpun ditarbiyah/dididik untuk mengangkat sekular.
hasrat murni demokrasi itu memang baik dan tidak dinafikan. kerana itu nabi pun amalkan demokrasi. namun ia mesti didasari islam.
kerana apa? kerana kita percaya, bahawa islam itu jalan penyelesaian
kalau kita tidak percaya islam itu penyelesaian, itulah sebab kita dasari demokrasi kita dengan PErlembagaan tinggalan Lord Reid.
pokoknya ialah kepercayaan (iman)
aku rasa xde salah pun dengan paragraph 1 kau tu pun
kita pun sedang mengawal media kita
cuma LEVEL yang kita kawal tu yang membezakan apa yang kau tulis dalam para 1 and yang sebenarnya terjadi sekarang
xde pun dalam para 1 yang against human rights dari article 5-14 of Federal constitution
(betulkan aku kalau salah,tp ini lah yang aku belajar)
sedar x sedar, kita tidak menggunakan absolute democracy dan hanya menggunakan parliamentary democracy (menghantar wakil ke dalam parlimen untuk mewakili kita dan mempunyai immunity di dalam parlimen)
ini kerana di dalam freedom yang kita ade article 5-14 ada limitation,kita akan sedar sekiranya belajar secara lagi mendalam.
memang aku setuju banyak lagi sistem di malaysia kene diperbaharui dan dibaiki kerana
ia dicipta oleh manusia dan mempunyai banyak lacuna atau loopholes.
im looking forward to have a great pm one day with a lot of islamic thoughts in his mind
'in a state that develop democracy, if the leader is stupid, the people are moron' i quoted somewhere but hardly remember which website.
-abbad-
abbad;
when it come to legislative view, of course i dare not to counter ur say.
whatever it is, democracy is just a normal human idea which have many loopholes even in its definition not to mention the execution.
we call our democracy to be parliementary democracy. the american call it different way. the thais call it another name and the metode keep changing to the interest of the leading party.
when will people understand that only the creator of a thing know how that thing function and only the Creator can give the manual book.
kita banyak btol cite2,,islam lah, demokrasi lah,,kuasa rakyat lah......
tapi cuba kaji perlembagaan,,haram sume kat atas yang aku sebut tu ade...
jangan kaji artikel 10 je,,cube kaji artikel 121 (termasuk pindaannya sekali), artikel 149 - 151 (termasuk kes2nya sekali), kaji mendalam artikel 3 dan 4 (sejauh mana kuasa sebenar yang terkandung) dan banyak lagi....
cite2 memang cantik,,ideologi memang nmpk gah.....
tapi sejauh mane kita boleh bergerak? selagi kita tak tahu punca....
aku cadangkan,,mansuhkan perlembagaan secara total..
artikel 4 je dah boleh rosakkan akidah!
*nabi tak pernah amalkan demokrasi....jangan silap ye......
dah nama yang buat tu pun penjajah, memang die nak tinggalkan kita pun dalam keadaan terjajah..
artikel 3 cuma hiasan...mungkin benar kata indonesia yg kita ini neokolonialisme..
dan ya, aku harus membetulkan kenyataan aku. Nabi tidak pernah mengamalkan demokrasi. Namun nabi mengambil kira pendapat sahabt dan lain...
Post a Comment