Monday, August 2, 2010

apa yang paling menyedihkan anda mengenai orang melayu sekarang?

yang ni adalah pendapat secara umum, dan alhamdulillah, tidak dinafikan ada golongan2 dan individu2 yang mngkin terlepas daripada apa yang disebutkan dibawah.

1. masih lagi perlu meminta-minta. masih lagi tidak dapat berdiri tanpa "tongkat". Sampai bila lagi nak lena? Sampai bila lagi kita mahu kelihatan "takkan menang" kalau bermain di padang rata? Orang Indon sehelai sepinggang terjun Selat Melaka nak sampai sini cari rezeki. Duit kirim balik berapa bulan dah siap sbijik banglo di kampung. Kite? MEnganggur dan merempat dittanah sendiri. Tanam taugeh pun tak lepas.

2. Dah dapat kelebihan tu tak pernah bersyukur. Syukur ni bukan maksudnye terima kasih atau cukup dengan apa yang ada ataupun kena undi UMNO. Syukur ini menggunakan nikmat pemberian yang diberi untuk mencapai satu menda yang lebih baik. Kalau aku jadi org cina pun aku hangin tengok melayu dapat pinjaman dan biasiswa dan kuota itu ini tapi tak pernah manfaat. Bisnes lingkup belajar hancur. Depa bayar cukai gak. Melayu dapat untung. dah dapat untung tak sedar diri. Satu sen duit rakyat bazir, satu sen tu lah orang tuntut kat akhirat. takyah tengok jauh, tgk kat institusi2 pendidikan kerajaan dah cukup. Haprak2 cina tu puak die jual dadah, jadi kuli along. Haprak2 kite jadi mayat hidup isap dadah, kena kejar dengan along. Mane bodoh?

3. Fanatik parti atau politik sempit kepartian. Pasal die sokong PAS je terus taknak sign borang permohonan itu ini. pasal die sokong UMNO je terus taknak datang tahlil die. KAte sebangsa. kate seagama. kate senegara. lain parti pun jadi bermusuh buat ape? Pasal negeri tu jatuh kat tangan orang lain, kite tarik kemudahan2. haram kite taknak bagi suntikan dana, suntikan pelaburan. ape orang kat negeri tu sokong puak lain punye pasal dorang tak bayar cukai ke? ape die terus takde hak ke? Jangan main2 dengan hak. Hak orang jangan dinafi. kalau dah bumi die ade hasil, layak die dapat royalti, apa pasal tak bagi? apa pasal nak tarik? Takutlah dengan Tuhan di padang mahsyar nanti. JANGAN FANATIK PARTI. mentang2 lah kite ni puak lawan, yang puak kerajaan ni asyik saaaaaaaaalllah je. Kite sendiri buat ape? Sama2 lah bangunkan negara. Jangan semua nak nampak jaguh je.
_

Ask me anything. Anything. Really.

2 comments:

orang kampong said...

xelok cakap gitu....
banyak kehebatan bangsa kita digelapkan..carilah.....kajilah.....
jangan yang hisap candu dadah itu sahaja yang kita nampak.....
jangan fanatik parti itu sahaja kita perhatikan......
tahukah bagaimana British berjaya jajah tanah melayu sampai sekarang?
sebab pecah perintah..
kajilah wahai saudara....untuk manfaat bersama....

Lordhosni said...

aku jawab ikut kehendak soalan je. nk cakap yg baik? banyak jugak.

satu yang aku kagum pasal kegemilangan bangsa kita ialah penggunaan bahasa sanskrit.

kasta rendah di india kalau dgr bacaan veda dalam sanskrit telinganya kan dituang timah cair. melihat veda dalam sanskirt akan dikorek matanya. bertutur dalam sanskrit lidahnya dipotong...

tp kite menggunakan sanskrit dalam perbualan seharian!