Tuesday, December 16, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Saya begitu terpanggil itu menyentuh isu datuk ini, lantaran terbaca nukilan berjudul Datuk yg Cun dari sahabat saya Aminah. Sungguhpun sudah lama isu ini sudaha berlalu, namun adalah menjadi keinginan saya untuk meluahkan pendapat. Bukanlah niat saya untuk menimbulkan kontroversi dengan sesiapa, jauh sekali ingin mencari perkelahian, hanya sekadar menukilkan buah fikiran.

Apa munasabah Shah Rukh Khan itu diberi gelaran Datuk? Ramai yang mencebik muka mendengar hal ini, namun ramai juga yang berkerumun ke pekarangan Yang Dipertua Melaka bagi menyambut beliau ke mari. Tersengih-sengihlah Shah Rukh Khan itu melambai-lambai kepada anak bangsa kita yang terkinja-kinja itu.

Soal munasabah atau tidak itu saya tidak lah pasti.

Apakah hanya dengan beberapa babak menari di Melaka, maka beliau layak diberi Datuk?

Kalau begitu, maka selayaknya diberi pada pembikin filem, lantaran karenah mereka yang menjadikan Melaka tempat bergambar.

Apa kerana babak2 nyanyian itu begitu merdu? Lantaran beliau hanya terkumat-kamit mulutnya mengikut lagu, maka baiklah diberi Datuk pada suara latarnya.

Apa kerana tempat bergambarnya di buat di Melaka? Maka bilamasa sekalian di dunia menonton wayangnya, maka ketahuilah mereka akan Melaka?

Jika begitu, dahulu-dahulu lagi Negara-negarat Barat berdoyon-doyon memberi gelaran buat beliau.

Hanya dengan beberapa filem, beberapa babak menari, beberapa babak terkumat-kamit, beberapa sengih-sengihan, beberapa tempat di Melaka beroleh menjadi tempat penggambaran, maka beliau beroleh Datuk?

Jika begitu, selayaknya orang2 wayang Anna and The King beroleh Datuk juga lantaran filem Hollywood berbuat gambar di Kedah.

Jika begitu, selayaknya kumpulan nasyid Raihan beroleh Datuk karena membawa nama Malaysia, Melayu, dan ISLAM ke persada dunia. Orang-orang Afrika pun molek2 sahaja menyambut mereka dengan lagu-lagu melayu dari Raihan sendiri.

Jika begitu, selayaknya Chef Wan beroleh Datuk juga, sudahnya beliau mengangkat masakan Melayu kedalam sukatan belajar sekolah-sekolah masakan Eropah.

Mujurlah bukan Sultan bagi negeri yang penulis kacak diam ini yang memberi gelaran itu, jika tidak, malu lah penulis tampan ini menghadap dunia.

Barangkali, orang Melaka ini tiada punya pekerjaan lain yang boleh dikerjakan.
_

6 comments:

Miyn Amin said...

memang ah, aku pun x stuju gak mula. mungkin org besaq melaka tu nk bg dia terkenal kot, i mean dia snirik dan bukan shah rukh khan.

yg sokong tu pun mgkin nk amek hati si pakcik besaq td ja.

org melayu mmg sgt baek. baek x bertempat smpai merendahkan maruah sendiri.

bawangmerah said...

at first, aku agak bengang and wondering "apsal nak kasi gelaran lak?"

but, thinking about it so hard, it comes to the positive at the end.
maybe dengan gelaran datuk tu,
melaka akan lagi popular?

orang kampong said...

orang melayu xreti hargai bangsa dye sendiri,biasalah tu,,susah-susah sanjung orang lain,mcm za'ba,,huhu

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

korang ni prejudis la...mana tau shah rukh khan tu long lost son menteri besar melaka ke..biasa la kan cte hindustan..haiya!...haha

Lord Hosni the Wise said...

buat miyn;
org melayu terlalu baek pada org luar...dengki mendengki pada orang sendiri.

buat bawang merah;
popular lah melaka karena kedunguan yang dipertuanya sendiri..

buat org kmpung;
apa sabitnya pula za'ba ini? jelaskan..

buat jidi;
boleh jadi, boleh jadi.boleh jadi juga beliau peminat rahsia SRK..

bawangmerah said...

ouch...your words dari dulu suke kill my soul kan?