Monday, December 29, 2008

Kemuncup Dalam Perjuangan


“Dalam tulisan, buku Nik Abdul Aziz Nik Mat ini terus beranalogi tentang halangan-halangan dalam perjuangan. Islam yang penuh ranjau ini telah dipadankan dengan sifat kemuncup yang sentiasa boleh mengganggu perjalanan. Jika tidak cermat, pejuang boleh kehilangan fokus. Jemaah boleh berhenti menghabiskan masa melayan karenah kemuncup yang miang di kaki. Jika tidak hati-hati, pemimpin dan penyokong boleh terbawa-bawa untuk asyik melayan gangguan. Secara unproduktif, gerakan Islam boleh terbantut di situ; boleh berada dalam satu tempoh tanpa kegiatan yang merugikan justeru asyik melayan kemuncup yang sememangnya ada di mana-mana, sengaja ditaburkan oleh musuh pun kadangkala di segenap medan tempur dan kesempatan.”



“PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya al-Quran dan Hadis, InsyaAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng, tulis al-Quran menjadi dasarnya, sedangkan amalannya berlainan dari al-Quran, berlainannya bermula dari cawangan sampai kepada kawasan, sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat, ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke negeri dan seterusnya sampai kepada kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS. PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah al-Quran; tetapi ia tidak akan kekal kalau pada namanya sahaja didasarkan pada al-Quran.”



“Kebetulan makhluk bernama PAS ini lahir selepas apa yang disebut sebagai politik Islam ini langsung tidak wujud di duinia ini seluruhnya. Kita pergi ke Timur Tengah, kita dapati sebutan politik islam baharu sahaja ada, selepas berates-ratus tahun ia dinafikan dan dimusnahkan oleh penjajah. ”



“Semasa penjajahan ini mencemarkan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, mereka turut melenyapkan politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat Islam, bahkan kalau boleh ibadat itupun hendak dilenyapkannya. Tetapi kerana usaha menlenyapkan Islam di peringkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik Islam mereka lenyapkan secara habis-habisan.”



“Kita tahu bahawa kita sedang berdepan dengan orang yang berduit dan berharta, juga orang yana luas pengaruhnya dan ramai sahabatnya. Tetapi yang benar akan tetap benar dan ia mesti disokong, yang salah akan kekal salah dan wajib ditentang. Kita sebagai muslim tidak pernah diajar Allah supaya berpihak kepada siapa yang gagah dan berharta banyak. Lebih-lebih lagi kalau sekali-sekala menyokong dasar parti dan sekali-sekala menyokong peribadi seseorang.”


_

No comments: