Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Engkau, tidak akan adanya ilmu pada kami melainkan apa yang Kau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Barangsiapa yang diberi PetunjukNya maka tidak akan ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkanNya maka tidak ada siapa yang boleh memberi petunjuk kepada nya.
Perjalanan untuk balikke kampung halamanku di pantai timur ini, membawaku menyelusuri kotaraya Kuala Lumpur yang agak malu jikalau diakui sebagai ibunegara sebuah “negara Islam”. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan sahaja penulis yang segak bergaya ini telah dihidangi dengan pelbagai juadah mata, baik daripada kaum-kaum shuffle (tidak pasti ejaan) di Seremban Parade gagah menyusun langkah mengikut rentak, ke kaum-kaum hawa yang merokok dan kesempitan duit untuk membeli kain, hinggalah ke pasangan-pasangan di KLCC yang kerabakan saku untuk menyewa motel.
Maka benarlah kata junjungan s.a.w kepada Ali Karamallahu Wajhah, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya akan berlaku fitnah”. Fitnah disini bukanlah merujuk peng-ada-ada-an cerita mahupun filem Geert Wilders dari Belanda itu, namun lebih kepada situasi zaman dimana hidup tidak lagi menurut hukum Allah.
Lantaran ini membawa penulis muda kacak ini ke alam khayalan beliau, kembali ke detik2 beliau menjawab soalan2 karangan dan soalan2 agama.
Jika ditanya mengenai punca gejala-gejala sosial ini berlaku, sudah tentulah tiga jawapan ini kan ditulis –
Kurangnya pendidikan agama
Kurang perhatian ibubapa
Pengaruh rakan sebaya
Jikalau ditanya apakah pula akibat melakukan maksiat, maka tiga jawapan ini pula yang akan keluar-
Jiwa menjadi tidak tenteram
Dipandang hina masyarakat
Dimurkai Allah
Pastinya para pembaca yang pernah menduduki peperiksaan untuk Pendidikan Islam pernah menjawab dua soalan diatas dengan jawapan2 yang saya utarakan tadi. Tidak hairanlah soalan-soalan retorik seperti dianggap bonus! Soalan retorik yang akan dijawab dengan jawapan retorik!
Namun jika disoroti semula, jika dikatakan faktor gejala sosial berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, maka saya adalah antara orang2 yang paling awal membantah. Masakan tidak, berjuta-juta ringgit dicurahkan diatas nama pendidikan ketas- budak2 ini, namun apakah hasilnya?
Mengapakah 11 tahun menghadiri kelas-kelas Pendidikan Islam, masih tidak mampu untuk menanamkan ciri-ciri mukmin didalam dada-dada mereka?
Kerana mereka ini tidak ada penghayatan!
Mengapa tidak ada penghayatan?
Kerana tidak ada realiti.
Kerana mereka masuk kedalam kelas2 mereka, dengan otak yang kosong, untuk menadah segala ilmu, kemudian dicurahkan pula didalam kertas peperiksaan dan akhirnya, HILANG BEGITU SAHAJA!
Sudah berpuluh tahun, namun sistem pendidikan kita masih mengikut corak lama. Soalan yang sama, skema jawapan yang sama, corak soalan yang sama, dan akhirnya keputusannya sama!
Mengapakah tidak dijadikan sistem pendidikan islam ini lebih realistik kepada kehidupan sebenar? Tentu ramai dikalangan pembaca yang sudah pun jelak, dihidangkan dengan soalan2 sedemikian lantas realitinya menunjukkan keadaan berbeza. Manakah prinsip Tasawwur yang mangatakan Islam bersifat universal?
Mengapakah pelajar2 masih lagi dikongkong dan tidak dibiarkan berfikir dengan sendirinya? Kita ajarkan mereka ayat2 al Quran, yang kemudiannya mereka hafal, tanpa mengetahui maknanya, tanpa mengetahui asbabun nuzulnya, tanpa mengetahui syarahannya, tanpa mengetahui penjelasannya, tanpa mengetahui kaitannya dengan kehidupan realiti!
Ita seolah-olah beriya-iya ingin memberikan pendidikan kepada mereka tetapi dalam masa yang sama, kita katakan bahawa “owh, dun teach them too much, they are stupid, they cant cope it. Better we focus on maths and science”
Islam bukanlah mengajar kita supaya mengejar akhirat dan melupakan dunia, tetapi supaya memakmurkan dunia dengan hukum Allah supaya kita semua berbahagia di akhirat. Mengapakah kita masih terikat dengan tradisi lampau yang diperturunkan nenek moyang kita, terikat dengan apa yang diperturunkan oleh penjajah kepada kita walaupun sudah berpuluh tahun kita merdeka!
Apalah gunanya jika kita suap dan suap mereka dengan ilmu agama tanpa membiarkan mere berfikir, berbincang, berkongsi pendapat, serta bersyarah mengenai ilmu2 itu, ayat2 Allah itu, hadis2 Nabi itu? Adakah sekadar untuk menghasilkan pak lebai di sekolah yang sentiasa subuh berjemaah di surau, dan kemudiannya menogak arak 10 tahun kemudian di Kuala Lumpur apabila dewasa?
Kita mengajarkan mereka ilmu-ilmu muamalah yang merupakan ilusi daripada alQuran sahaja kerana realitinya, sistem ekonomi Malaysia ini, lebih berasaskan kapitalis!
Kita mengajarkan mereka sirah-sirah nabawiyyah serta keagungan Islam suatu ketika dahulu, bagaimana dinasti Umaiyyah menawan Cordova, bagaimana Dinasti Abbasiyyah membina baitul hikmah, bagaimana Dinasti Umaiyah menyusun Kanun Suleiman, namun realitinya – mereka sedang berpijak di sebuah negara sekular, yang tidak menerapkan hukum Allah, sebaliknya berbangga dengan perlembagaannya yang dirangka oleh penjajah! Tidak ada langsung disebut di dalam buku teks, mengenai kepentingan menegakkan negara Islam yang menerapkan hukm Allah, apatah lagi untuk menegakkan Daulah Khilafah!
Kita mengajarkan mereka mengenai amar makruf nahi munkar, walhal hakikatnya, budak sekolah merokok di perhentian bas pun tidak ada yang berani menegur.
Kita suap mereka dengan ilmu-ilmu agama, dan kita suap dan suap lagi mereka, dengan tujuan apa? Hanya semata-mata suapaya mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Kita ajarkan mereka dengan mazhab Syaifie, yang kita julang-julangkan, namun segala apa yang kita ajarkan itu diterima bulat2 secara taklid buta oleh mereka tanpa diajarkan sebab-musababnya. Mereka diajar supaya berdiri tegak sebelum memulakan solat, tanpa mengetahui rasional disebalik tindakan mereka. Generasi demi generasi diajarkan dengan perkara sama, akhirnya negara kita ini dipenuhi dengan pak turut- pak turut yang bertaklid buta yang setiap ibadah mereka dicampuri adat2 kuno melayu serta bidaah2.
Berlawananlah dengan kata2 Imam Syafie yang kita agung-agungkan itu yang melarang orang Islam mengikut mazhabnya, selagi mana mereka tidak mengetahui hujah disebaliknya.
Malulah kita dengan Amerika yang kita tohmah dengan nama samseng dan penyangak, sedangkan negara kafir itu kian lama kian ramai rakyatnya menganut Islam sedangkan kita di Malaysia, saban tahun berpuluh-puluh kes murtad dicatatkan!
Akhirnya Islam itu tinggal apa?
Tinggal ILUSI .
Ilusi yang tertanam di dalam sebuah buku yang bertulisan Arab yang mungkin tidak ada langsung orang melayu yang dapat membacanya dalam masa 100 tahun akan datang.
Kerana apa?
Kerana TIDAK ADA REALITI.
_____________________________________________________
p/s : sebarang usaha untuk meng"copy-paste" artikel ini ke dalam blog2 pengunjung bagi tujuan perolehan "feedback"dari pengunjung2 kalian amatlah dialu-alukan.
akan datang ; cadangan-cadangan pembaharuan terhadap sistem pendidikan malaysia
_
10 comments:
tepat sekali...tapi yang paling lawak dalam sistem peperiksaan malaysia ni adalah bila soalan tanya pendapat pelajar tapi skema dah siap bagi...baik solan tu cakap bagi jawapan berdasarkan pendapat pembuat soalan..bodo betol..ni aku marah ni..rase nak tumbuk je hosni!
ahaha, betul2~
btw, u sound soooooo mature, haha.
aku sendiri pun rasanya seperti dah lupa ayat2 hafazan, astaga.
yyuupp..pendidikan zaman sekarang hanya mendesak pelajar belajar, lepas tu, muntahkan segala apa yang dibelajarnya ke dalam kertas peperiksaan.
aku teringat kisah kite dalam kelas sejarah. huhuhu..cikgu kite begitu tekankan soalan-soalan peperiksaan kan. kau hayati sejarah tak?
p/s:aku akan cuba menghayati apa yg dipelajari =)
to jidi:
mungkin kerana guru2 malaysia trlalu bengap sehingga tidak diberi kepercayaan utk menilai pendapat pelajar..oh malaysiaku..
to miyn :
so..all this time i hav been immature? my gosh..btw..u shud considering revising those ayat hafazan..dun waste the taxpayer's money..hahaha
to bwg mera:
ak start nyampah sejarah time f5...tp smpai skang ak ingat lg nai pridi panomyong n dr ba maw!
salam
sekular dah menguasai jiwa
memang la sengsara
lagi2 generasi muda
yg terkena tempias disebabkan pendidikan sekular
salam
lord
kau mmg kuat hafal
sbb tu ingat lg bab2 sj f5
ni fitnah
"jejaka penulis kacak"
hohoho~
tmpt aku diajar mghafal ayat2 alquran dari addhuha sampai abes dgn makna
:D
mmg btol sistem pndidikan msia xbgos mane..dak2 xleh menghayati mnatang2 yg diorg blaja
cuba r klo budak2 diberikan plihan utk kaji sndiri bnda2 dari dipaksa makan sume ilmu dan buang lek atas ketas
aku enjoy kot wt KGT mase f3 dlu
experiment science spm aku xske
kte xdibenar jalankan experiment sndiri..ape tuh??
cne r dak2 nak learn practical
patut r ketas 3 xigt2 experiment procedure
skrg aku enjoy gak ib
experiment sndiri (wpon data byk lari, gua men ubah2 je beb.haha jahat dow. tpi ni klo data da lari gle r)
xsabo gak nak wat EE..elok think positive bnda ni dari negative
lagi enjoy
one more, remaja pmikiran bangang
kapel kapel kapel
xda maknanye
skola xabes nak kapel2
pastuh megah lak tuh
taik2
ish3
to ibnusis:
hey! its gud to hav u visiting my blog..
hmm..our nation is controlled by damn secularist..where as our muslim scholars cowardly obey them..
to wanrun:
pemikiran dorang dipengaruhi media..kite nak budak2 kite de pemikiran kelas 1 tapi meida kite sogok ngan rancangan2 kelas 3..haiz..
.
talking abt media reminds me abt my sociology class where we learn abt ISA (ideological state apparatus). you can google it.
Post a Comment