Wednesday, December 17, 2008

SAins dan Matematik

Terbacalah Tuan Hosni akan akhbar yang baharu-baharu ini, bercerita ia akan pengajaran Sains dan Matematik. Berkerut lah dahi Tuan Hosni, cuba dia memahaminya. Tersenyum pula dia akan terkenang bahawasanya dia dan rakan-rakan lah antara orang mula-mula dibuat uji kaji.

tiada pun sampai 10 tahun, maka sudah mahu di ubah-ubah pula; pada fikiran Tuan Hosni, eloklah dilihat jangka masa panjangnya.

Maka pada fikiran beliau, tiadalah perlu ditukar-tukar yang sedia ada, melainkan dibiar kekal sahaja berdua itu dalam Inggeris. Bukanlah karena tiada sayangkan bangsa, namun kerana sayangkan bangsa lah beliau berfikir demikian.

Namun begitu, tiadalah perlu sekalian pekerjaan ini dibuat gesa-gesa. Karena yang perlu dimolekkan ialah para guru. Sedangkan sekalian para guru tiada molek Inggerisnya, maka tiada sebab untuk mereka beroleh mengajar murid-murid. Akhirnya, bangsa kita juga kerugian.

Seeloknya diperbetulkan guru itu. Akan sekalian guru serata pertiwi, hendaklah mereka bekerja keras lagi. Begitulah halnya juga dengan sekalian pelajar.

Maka berbunyi setengah orang, bahawa akan hilang nilai-nilai Melayu di dada anak muda. Maka jawab Tuan Hosni, maka usaha lain pula harus diberbuat bagi menanam rasa jati diri itu. Lihat sahaja orang Jepun. Disuruh oleh Maharaja Meiji mereka menukar cara Barat. Molek-molek sahaja mereka ikut, namun budaya asal tetap dikekalkan.

Sedang pakaian Barat dipakai-pakai, Pakaian bangsa seperti Kimono dilihat seperti barang eksklusif pula. Sedang disko dan pub dikunjungi, upacara hidang teh dan opera jepun dijulang-julang juga.

Apa susahnya jika mahu dikuasai dua bahasa, sedangkan alim ulama dahulu-dahulu berupaya bertutur pelbagai bahasa!

Yang sebetulnya, kuasai bahasa Inggeris, dan gilapkan Bahasa Melayu.

Diajar dua pelajaran itu dalam Inggeris, maka kuatkan Bahasa Melayu di pelajaran lain.

Yang terlabih dahulunya, sekalian rakyat harus bekerja kuat!

Kerja dengan lebih keras!

Kalau sudah keras, maka usaha keras lagi, keras lagi dan lagi!

Pentinglah kita untuk menguasai Inggeris, namun Bahasa Melayu harus dijulang juga.

Arakian sebahagian kita berbunyi pula; bahawa kononnya Bahasa Melayu dahulu sudah jadi lingua franca. Maka Tuan HOsni mengajak golongan ini supaya sama-sama berpijak dibumi nyata.

bukan berpijak di sejarah lampau.

Dahulunya kita beroleh menjadi lingua franca karena kita ini tumpuan pedagang. Serupa hal nya dengan bahasa Latin, jadi ia lingua franca karena ia tumpuan pedagang. Namun kini, dimana kita? adakah kita tumpuan pedagang luar? sedang pedagang sendiri pun banyaknya orang2 tionghua.

Berkata sebahagian golongan pula; bahawa jepun dan korea molek2 sahaja maju dengan bahasanya. Maka kata Tuan Hosni; merka itu jauh kedepan ilmunya, jauh kedepan teknologinya. Mereka upaya meletakkan diri mereka di situasi dimana mereka bebas menggunakan bahasa mereka, tanpa melukakan hati saudagar lain, karena mereka ada apa yang saudagar lain tiada. Ilmu mereka.

Habisnya, kita ini apa pula yang kita tawar? APakah kalian tiada berfikir?

Kalu difikir-fikir, orang2 Inggeris dahulukala juga menguasai bahasa lain. Berusaha pula mereka menguasai bahasa Perancis, Latin, serta Arab dan lain-lain juga. Sudahnya, bahasa mereka pula yang mereka julangkan!

Mengapa orang Tionghua ia-ia mahu berbuat sekolah untuk anak2 mereka?

Supaya anak2 mereka dididik dengan nilai2 tionghua itu! maka sedar tidak sedar, pengajaran sains dan ilmu hisab dalam inggeris, sudah perlahan-lahan melenyapkan sekolah2 tionghua ini, lantas cita2 sekolah satu aliran beroleh peluang, dan cita2 untuk perpaduan dan keharmonian bangsa juga beroleh peluang.

Bukanlah dengan belajar inggeris dua pelajaran itu, maka bahasa ibunda juga dilupakan, tetapi Inggeris itu cuma perantara sahaja, supaya beroleh kita kuasai ilmunya!

Namun apa yang pentingnya,

sekalian kita kenalah bekerja keras!

dari kerajaan ke kementerian pendidikan ke jabatan pendidikan negeri ke pejabat pendidikan daerah ke pentadbiran sekolah ke guru2 ke plajar2 sekalian,

semuanya harus berusaha keras, keras, dan keras lagi!

kata imam Syafie';

tidak akan datangnya ilmu melainkan enam perkara;

salah satunya ijtihadun (usaha yang bersungguh-sungguh)

4 comments:

orang kampong said...

kita negara sekular demokrasi kapitalis, demokrasi ingin ditekankan, mengapa kita pelajar2 tidak diberi kebebasan untuk memilih bahasa yang hendak kita pelajari dalam mtmtk dan sains?
pastikah kita bahasa inggeris akan kekal menjadi bahasa 'dunia' 10 atau 20 tahun akan datang?
bukanlah kini konsep negara sekular liberal demokrasi kapitalis sudah mula dipersoalkan?
aku ini bukanlah anti bhs inggeris,tetapi ingin hanya berkongsi..

Lord Hosni the Wise said...

buat org kmpong;

sebahagian berpendapatan sama denganmu,

namun sebahgaian lain pula mempersoalkan;

apakah pelajar2 ini, yang masih singkat akalnya, ptut diberi kepercayan, untuk menentukan hala tujunya,

yang pada ketika itu semestinya mereka ini baharu setahun jagung.

mungkinlah, bnyak segi lagi yang perlu dikaji.

semoga bangsa kita akan maju.

orang kampong said...

ada juga ibu bapa yang sudah tua matang inginkan bahasa melayu,,benar,semua ada pendapat dan hala tuju,dan semua pendapat itu tiada betol atau salah,kita ini hanya ingin berkongsi..

Anonymous said...

penulisan yang baik, teruskan :)