Friday, April 23, 2010

Lord Hosni Dah Jadi Pakcik

Seremban, 24 April - Lord Hosni de Wise dalam satu panggilan ke sini semalam berbesar hati mengumumkan bahawa beliau kini sudah selamat menjadi pakcik. Kakak iparnya, Farah (nama penuh tidak dingati), telah selamat melahirkan bayi kecil di Hospital Batu Pahat jam 6.15 semalam.

"Saya turut tumpang gembiralah, dan ibu saya pun sebak masa berhubung dengan saya semalam. Maklumlah, cucu pertama. Lama juga tunggu masa bersalin. Nasib baik Allah permudahkan," beliau berkata dengan perasaan gembira .

Bayi yang diberi nama Muhammad Nadim Umayr itu berberat 3.15kg. Lord Hosni turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan May 2010 International Baccalaureatte. - AFP

_