Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Saturday, September 18, 2010

Hogi Barutheene

Perasaan nak fly? Entah lah. Aku masih kabur lagi. Takda lagi perasaan yg hadir dalam jiwa. Dua tahun menunggu. Dua tahun bergelumang dalam kebimbangan. Dan kini apa yg aku impikan hanya menunggu masa menghitung minit. Tapi sikit pun aku tak rase pape.

Excited tidak, sedih tidak, cuak tidak, runsing tidak.

Tapi aku ade rase sedih jugak lah. Nak tinggalkan keluarga. Nak tinggalkan negara. Dan aku masih rasa ragu2 dengan jalan yang aku ambil ni. Perubatan. India. Twinning. Doctor.

Betul ke jalan yang aku amek ni?

Sekarang di rumah kakak aku. Mak aku tengah demam. Lelah die datang balik gara2 batuk. Tadi dah pergi klinik. Usianya yg da makin meningkat melemahkan tubuhnya. Penat raya campur penat travel, itu gamaknya demam tu. Tadi aku urut2 tengkuk die, kepala die. Dulu aku suke picit kaki mak aku. Aku suke dengar mak aku jerit sakit mase aku picit. Jeritan tu buat aku rase aku picit tempat yang betul, dan melegakan mak aku. Rasa macam aku dah berbakti sangat-sangat.

Dah, touching la pulak.

Memori aku seminggu ni asyik memutarkan kisah2 lama. Macam mana aku dulu ketua pelajar sekolah rendah. Macam mana aku dulu asal budak kampong masuk form1 sekolah bandar. Macam mana aku dulu entah apa sebab masuk MRSM. Macam mana aku dulu retak kaki. Macam mana aku dulu main redah amek IB. Macam mana IB mengubah aku. Macam mana aku apply UK. Macam mana MARA taknak taja aku. Macam mana aku jadi guru sementara.

Macam mana aku boleh sampai dimana aku berada hari ini.

Perjalanan masih jauh. 5 tahun tu lama. Tapi 2.5 tahun merasa duduk negeri org tu kejap. Aku tak pinta apa-apa. Aku cuma dahagakan pengalaman. Pengalaman yang mengajar aku erti hidup. Cerita-cerita benar menglipur lara. jenaka-jenaka manis mengukir senyuman. Buat berkongsi dengan anak cucuku.

Doakan aku berjaya. Doakan kami berjaya. Doakan kita semua berjaya.

Sucikan hati, betulkan niat. Tegapkan azam. Pergi negeri orang taknak pulang dengan tangan kosong. Pergi berperang taknak pulang sebagai mayat. Teguhkan jiwa, kentalkan semanagat. Kerutkan dahi, kacipkan geraham. Tubuh berantam, hati berdoa.

Allah bersama-sama kita.


_

*Hogi Barutheene bermaksud selamat tinggal dalam bahasa Kannada, bahasa rasmi negeri Karnataka, India.

.

Thursday, September 9, 2010

Klise' Tapi Ikhlas


-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga Raya anda kali ini penuh bermakna. Laungkanlah takbir memuji Penciptamu. Sesungguhnya telah datang hari kemenangan. Jangan lupa untuk doakan kemudahan dan kesenangan bagi saudara2 kita di Pakistan dan Filistin. Semoga mereka dapat menyambut lebaran dengan aman.

Ampunkan segala salah silap. Ini ucapan raya paling ikhlas pernah aku bagi. Selamat Hari Raya sekali lagi :)

_

Monday, May 24, 2010

Bila Exam Abes

Salam,

Ok la, fine lah, abang mintak maaf k. abang tau ramai peminat-peminat abang tertunggu-tunggu entri abang, marah ngan abang pasal blog dah bersawang, gesa abang update blog. Abang tau semua tu. Abang mintak maaf. yelah, abang kan ade exam. kena la faham siket. Ok?

Abang baru abes exam khamis lepas. Alhamdulillah, syukur pasal dah abes satu peringkat. Result keluar 6 bulan 7 kot. Trimas lah pada semua yang ucap selamat dan doa. Mudah-mudahan adalah rezekinye tu.

ORang laen kalau abeh exam punya la hepi. Tp abang biaso jo. Takdolah hepi sangat, tp lego tu ado la. Tapi malam abaes exam tu terus macam bosan. Macam tadak mood. Rasa hidup macam tadak arah tujuan. Ape tidaknye, exam dah abes, nak balik umah rase membazir, pasal seminggu lagi kene pergi BTN. JAdahnye nak balik buang tenaga buang duit.

Duduk di kolej kalau banyak duit takpe, ini nak kene berjimat jugak. kalau tak jimak la jawabnye. mintak maaf la, abang bukan nak berkasar, tp hidup ni memang kasar!

Namun dalam kebosanan dan kehilangan arah tujuan tu, ade jugaklah aktiviti yang mengisi masa lapang dan kekacauan hati ni. Suko jugak Abang memikirkan eh.


1- Berbekam oleh Deedat plus pakej urutan belakang.

Puas hati gak bekam ngan deedat ni. Walaupun tak rase sangat beza sebelum selepas. Die kate Abang ni banyak penyakit. Darah keluar berpintal, berketul, berwap. tapi tak tau nak percaya ke tidak. Budak tu pun baru abes IB jugak. Biology HL die lebih kurang aku jugak. Takde pon sebut dalam Andrew Allot tu. Tahyul semua tu.


2- Burger Ikan Lahuma

Kat kolej Abang ni ade sorang pakcik jual burger. Kami namakan dia Lahuma sempena watak pipih dinamis dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Burger ikan die mantap kaw2 kuda. Malam abes exam abang melantak sebijik, selang semalam lepas tu dua bijik. Abang pernah berazam satu ketika dulu nak melantak burger die 5 bijik malam abes exam, tapi tak boleh atas sebab acara ketiga dibawah.

3- Ping-pong di malam hari

Peh, ini memang sukan feveret Abang ni. Kena pulak maen malam-malam, dekat dewan exam pulak tu. Maen ber set-set. Memang pueh hati la maen. Pasal dah lame tak sukan sejak-sejak exam kan. Lepas gian. Abang maen pingpong stret lepas abes bekam ngan melantak Burger Ikan Lahuma.


4- Khutbah Jumaat MAsjid Kelana Syed Petra Sendeng, Ampangan, Seremban.

Abang berkira-kira itulah khutbah masjid tu yg terakhir yg Abang akan dengar. (Name masjid tu yg betol Abang x ingat, tp bunyinye macam tulah lebih kurang). KAt masjid ni de sorang khatib ni kalau die bg khutbah, memang mantap kaw2 kuda soc2. Aritu khutbah die pasal APCO tu gila bab la mantap. Ayat die, penyampaian die, delivery die, fuh! Pasal permit judi tu pun same. SElambe dek imam tu sound kerajaan. Biase yg lawan kerajaan ni Imam-imam belah Terengganu Kelantan je.

"..kita dikejutkan dengan satu lagi sandiwara baru di tanah air kita, dengan cadangan seorang menteri mahu menghalalkan judi sempena Piala Dunia Bola Sepak, dengan alasan membendung aktiviti judi haram dan mengutip cukai. Kenyataan ini kita lihat sebagai sungguh MEMUALKAN! Apakah sudah tidak ada erti halal haram??"

Tapi time jumaat terakhir tu khatib laen punya turn pulak. Mak aih, hambar. sungguh menguciwakan. Down baba. Tu kali akhir da gua lepak situ bai. Tensen2.



5- Futsal Petang Jumaat

Dalam banyak-banyak sukan, futsal petang jumaat adalah paling meletihkan. Baik, Abang ngaku Abang ni memang kaki bangku. Itu jujur. Tapi demi semangat batch, dan melihat kerdipan mate Abe Ih yg semangat mengatur bas dan gelanggang, Abang jd cair. Tp pasal dah lame tak maen, memang hampeh la main. Sebelum ni pun hampeh jugak, tp kali ni memang hampeh betul. takpelah. Riadah je kan. Lenjun jugak baju. Lame tak bersukan. Dua tiga hari jugak sengal2 badan hinggap. Bodoh punya gemuk! eh, comel!


6- Babikioq aka Erotic Party

Huih, acara ni la yg abang dok tunggu-tunggu sangat ni. Seronok pasal dapt berkumpul ramai2 berbual mesra, bakar ayam, bakar sosej, rebus kerang, rebus kentang, bakar kentang, bakar iron wool, pusing2 iron wool terbakar, pasang muzik kuat2, gelak2, suka2, kutuk2, emo2, lepak2, hepi2, saya saaaaaaaaaaayyyyannng batch saya!~~~


7- Grand Dinner

this one nearly cost my realtionship, as well as iski's head. Dilantik selaku Ketua Jawatankuasa Protokol, banyak jugak kerje nak kene buat. KAd jemputan lagi, usher lagi, nasib baik orang2 sekeliling banyak tolong. ok la siket. Tapi Abang rase lega dan puas hati sangat bile dah habis. hepi sngat2! rase macam gay pulak!





8- Shrek & KFC Black Pepper

Abang lepak Teminal One tgk Shrek Final Chapter. Sumpah kalar haram. memang tak penah bazir la kalau pi wayang tengok Shrek. Biaq pi org kate boleh download la, nnt kluar HBO la, lepak wayang tgk Shrek memang tak ponah mebosankan. Kono pulak kalau makan KFC lepas tu. Kono pulak Dinner Plate, mak aih, mau dituduh gila senyum sorang2. tp ayam black peper yg bru ni tak stm la. nak Hot and Spicy balik!


9- Interview with Manipal

Interviewnye pukul 9 pagi. Siap ada test kecik lagi. Tapi kejadahnye aku bangun pukul 8.45am ! itupun naseb baek Wajidi datang kejut. Kalau tak tak tau la pe nk jadi ngan mase depan Abang. Ish3. Test die rupenye esei "About Myself" . Jadahnye. Pastu interview Abang kene group pertama pulak tu. Abang, Wajidi, Afiq, Taicho. Sumpah lawak haram Taicho menipu pasal hospital attachment. kene langgar lori la, muntah la, hape la. Tapi interview tu agak rilek la. insyaallah dipermudahkan rezeki.


10- LAst Night in NKI Bistro mamak

Lepak2 minum. memang minum betol pon..tiga jenis ayaq campur nan cheeses sebijik tiba2 harga jadi 8 hinggit lebih. Gilo nate keling. tapi abes2 makan n lepak sana, kami pon amek lah gambr meja kami yang macam 30 org makan tu. sebelum cau kami sempat dulu bergambar ngan akak indon yang keje situ. Mamak2 yang ade pon same2lah menempel dan mengenterframe. Jurukamera nye Shakir. Harap la sangat nk copy gambar tu dr FB masuk ini blog. Lupe pulak menatang Shakir tu mana ada Facebook. Down stret.


11- Bayai

Berangkat ke rumah parent angkat di KG Bayai Permai indah. Naik bas City Liner yang dah macam roller-coaster gayanye. Sampai pon dah maghrib. Tido umah mereka, Pakcik Harun ngan Makcik Saadiah. Pastu melawat umah Mak Maimon, Mak Shimah, Mak Anggut sama itu perpustakaan mini. Library kite boleh tahan best la. Depa bukak tmpat tu tiap2 petang tima pas Asar. Ramai jugak datang. Anak orang, mak orang, bapak orang, yg bukan orang pun ade. tp hampa pasal gelanggang petanque dah bersemak samun.

mase kacik dulu, cukup tak suke kene ikut parent bertandang umah org lame2. cukup stengah jam aku dah resah. Ajak balik. Dah besar ni bru paham, betape susahnye nk susun ayat mohon beransur. ahiyah. terpaksa guna segala skill diplomasi yg ade!



Demikianlah aktiviti2 setakat ni. cadangnye nak pergi Ulu Bendul mandi manda. Tapi tak tau la depa on ke tidak. susah kalau ramai kepala. tp tgk la dulu.

BTN start isnin ni. semoga dipermudahkan Allah..

Amin.

_

Saturday, August 29, 2009

Chef Wan the Unsung Hero

Although it is quite late, But Lord Hosni de Wise congratz u for your recent triumph of being awarded with;
Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards
and I heard that Oprah are going to invite u to cook in her show..
Chef Wan, u r the jewel of the malays and malaysia.
We are proud of u
_

Friday, August 28, 2009

Lord Hosni Jadi Pak Cik

Kangkar Pulai, 28 Ogos. Lord Hosni de Wise dalam satu sidang media tergempar semalam telah membuat satu kenyataan yang menggemparkan. Beliau telah mengumumkan bahawa kakak ipar beliau telahpun berbadan dua. Apabila ditanya perasaan beliau, beliau menyatakan rasa syukur yang tidak terhinggag dan ucapan tahniah buat abangnya laki bini.

"Biasalah, dah kawen tu, ada rezeki pulak nak dapat anak. Alhamdulillah la. Saya terharu jagak pasal ini adalah pertama kali dalam keluarga kami."

Beliau yang tidak sabar-sabar hendak menjadi bapa saudara, kini sedang mula memikirkan nama yang sesuai untuk anak saudaranya nanti memanggil beliau.

"Pak Su atau Pak Chu agak klasik. Namun boleh dipertimbangkan. Lagipun beliau (kakak ipar) baru lima minggu (berbadan dua)."

Sambi menikmati Nasik Ambang, beliau menegur tindakan wartawan sesetengah tabloid yang mengganggu cuti neliau yang tak seberapa itu. Beliau turut membuat ulasan mengenai Nasik Ambang yang dijamah beliau yang disifatkannya sebagai mantap.

"Nasik Ambang memang sedap, dah lama saya suka. Lagi-lagi yang Johor punya. Tempat laibn saya tak jumpa lagi yang sedap. Akhirnya, setelah sekian lama, Johor dan rakyatnya mempunyai sesuatu untuk dibanggakan." - AFP


_

Friday, March 20, 2009

Obama Gay????

Sengaja letak tajuk diatas. Tak ada kaitan pun. Kalian ni, asal tajuk macam tu terus nak baca.

Haiz.

Masih tidak terlambat untuk menekan butang X berwarna merah di penjuru kanan atas.

Cerita bermula.

Lord Hosni de Croquignolet akan bertolak ke Seremban pada malam ini.

Baharu semalam saja menukar tiket yang sepatutnya Ahad.

Sengaja balik awal, bukan pasal Kem Rabbani, tapi lebih kepada ingin menyiapkan kerja rumah yang berlubang-lubang.

Saya memang hadapi masalah kali ni untuk siapkan kerja rumah. Malas yang amat

Saya cuma boleh buat soalan mudah-mudah sahaja. Ilmu Kimia memang saya lingkup. Ilmu Hisab apatah lagi.

Tapi satu kejayaan saya, saya berjaya habiskan dokumentari The Arrival of the Antichrist. Minda saya kini bebas!

Saya juga berjaya masak satu resepi cendawan yang dicuri dari kedai Popular di Terminal One Seremban. Curi guna kamera ok!

Seluar yang dahulunya terkoyak sudahpun dijahit. RM8 tukang tu caj saya.

Bedebah.

Dengan kebalikan saya yang awal ini, boleh juga mengembalikan imej baik saya di depan al Fadhil Brother Opie setelah banyak kali terkantoi di saat kurang manis.

Politik, pengaruh, dan imej.

Selain itu, boleh juga memulakan Internal Assestment Economy yang tak termula-mula lagi. Kajian Sekunder pun tak jalan lagi.

Sedih.

Inilah resam pelajar.

Bila hari kelas, tertunggu-tunggu hari minggu, tertunggu-tunggu cuti. Konon-konon nak ulangkaji, konon-konon nak sentuh itu ini, konon-konon nak search pasal itu ini.

Bila cuti hapah pon tak jadi.

Teringat pulak pada karya picisan nukilan diri dahulukala.

Bacalah kalau sudi.

Tak sudi tak apa.

Kita negara demokrasi.

_

Thursday, March 19, 2009

Lily Dapat Lesen

Buat pengetahuan korang, Lily Cartina Affendi telah pon berjaya memperolehi lesen memandu kereta beliau sebentar tadi.

Beliau telah memberitahu saya selepas tiga kali membuat misscall.

Beliau sungguh gembira kerana telah mendapat lesen tersebut seolah-olah tiadak ada hari esok.

Sangat2 gembira sehingga menghubungi saya menggunkan alat canggih Abad 21 yang bernama telefon bimbit dan memberitahu saya berita ini dengan galak sekali.

Lebih gembira daripada diri saya yang lulus ujian memandu semasa ujian ulangan kerana ujian pertama terkandas di jalan raya akibat terlanggar lampu isyarat.

Kecewa dengan diri, saya hampir2 makan nasi tiga pinggan pada hari tersebut tapi dihalang oleh personaliti saya yang kedua. Pelik bukan?

Lily Cartina juga telah berjaya memaksa saya berjanji akan mengumumkan perkara ini didalam blog saya. Dan sekarang ini saya sedang menunaikan janji saya kerana bimbang dijatuhkan hukuman munafik dan menerima azab seksa di akhirat kelak.

Beliau telah berazam untuk mendapatkan lesen van dan lori pula selepas ini.

Kata beliau lagi, faktor umur dan jantina bukanlah penghalang, namun yang penting ialah semangat dan keazaman.

Beliau juga menyatakan yang tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan mempunyai lesen helokopter dan lesen kapal terbang apatah lagi lesen perniagaan atau lesen hiburan

Beliau nampaknya begitu komited dengan perkara-perkara berlesen ini berkata bahawa beliau akan cuba mendapatkan semua lesen yang ada di Malaysia ini.

Beliau juga katanya; bercita-cita untuk kerja di Jabatan Pengangkutan Jalanraya untuk menguji bakal-bakal pemandu kelak.

p/s;
Buat pengetahuan kalian; lima ayat terakhir itu hanyalah pembohongan sahaja yang direka sebagai perencah dalam kisah ini.

Nasihat saya kepada orang-orang Kuantan; Berhati-hatilah dijalan raya selepas ini. Buatlah wasiat dahulu sbelum memandu. Wakaka. =D

_

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Dengan kerendahan hati dan kehinaan diri, saya Mohd Hosni bin Salleh atau nama manjanya Lord Hosni de Croquignolet, ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya yang beragama Islam. Mohon maaf jika ada salah dan silap, moga-moga tidak berulang lagi. Terima kasih di atas sokongan kalian semua yang telah banyak membantu serta memberi semangat kepada saya untuk menjadi blogawan yang tegar. Semoga legasi dan pusaka yang Rasulullah SAW tinggalkan kite dihayati dan dimanfaatkan demi kemajuan agama dan ummatnya.
---
In the value of modesty and humility, I, Mohd Hosni bin Salleh remarkably known as Lord Hosni de Croquignolet, would like to wish all my Muslim blog's visitors, Salam Maulidur Rasul. Sorry for all my wrongdoings and may it never happened again. Thanks for all your support that have been really supporting me and giving me the spirit and enthuasism to be an addicted blogger. May the legacy and the heritage of Prophet Muhammad SAW that he left for us be cherished and employed for the sake of the faith and ummah.
_

Point of View

Dear visitors,

Refering to my last post entitled Honda Cup dan Tenaga Muda, I would like to inform you that a different view on the same scene is available in Brother Wajidi's blog as well as Brother Zurin's blog. Do take your time to read if you all insist of knowing about what really happened that time as I just wrote it from my point of view. So, have a good time reading. =)


_