Friday, August 28, 2009

Lord Hosni Jadi Pak Cik

Kangkar Pulai, 28 Ogos. Lord Hosni de Wise dalam satu sidang media tergempar semalam telah membuat satu kenyataan yang menggemparkan. Beliau telah mengumumkan bahawa kakak ipar beliau telahpun berbadan dua. Apabila ditanya perasaan beliau, beliau menyatakan rasa syukur yang tidak terhinggag dan ucapan tahniah buat abangnya laki bini.

"Biasalah, dah kawen tu, ada rezeki pulak nak dapat anak. Alhamdulillah la. Saya terharu jagak pasal ini adalah pertama kali dalam keluarga kami."

Beliau yang tidak sabar-sabar hendak menjadi bapa saudara, kini sedang mula memikirkan nama yang sesuai untuk anak saudaranya nanti memanggil beliau.

"Pak Su atau Pak Chu agak klasik. Namun boleh dipertimbangkan. Lagipun beliau (kakak ipar) baru lima minggu (berbadan dua)."

Sambi menikmati Nasik Ambang, beliau menegur tindakan wartawan sesetengah tabloid yang mengganggu cuti neliau yang tak seberapa itu. Beliau turut membuat ulasan mengenai Nasik Ambang yang dijamah beliau yang disifatkannya sebagai mantap.

"Nasik Ambang memang sedap, dah lama saya suka. Lagi-lagi yang Johor punya. Tempat laibn saya tak jumpa lagi yang sedap. Akhirnya, setelah sekian lama, Johor dan rakyatnya mempunyai sesuatu untuk dibanggakan." - AFP


_

7 comments:

kepalmawie said...

Dalam pada itu
Kerajaan johor telah mengisytiharkan
Kebanggan johor lagi satu ialah mempunyai seorang rakyat johor berbangsa jawa bernama muhd syafiq yang menetap di skudai
UNESCO juga , telah menetapkan remaja itu sebagai remaja warisan kebanggaan dunia

miss amiera said...

tahniah buat lord hosni!

Harithmkt90 said...

bagi nama sodap skit...pak chu buruk la..sedap skit pak usu..tak pon pak susu....haha

bLaDe said...

pak susu

mohd muzamel said...

uncle teddy!

Ahmad Safwan bin Idrus said...

uncle gemok

Lord Hosni the Wise said...

mawie;
namun oleh sebab kepelatan peGHancis beliau, gelaran tersebut terpaksa ditarik. kuang3

amira;
trimas2...sengkiu2..toucheh2

harith;
susu apa? aaaa, itu kite tak tau..

blade;
pak suzuran ok gak...

mujus;
tanak2...nanti dia konpius ak ngan partisyenmet kuzer..

wawan gemok;
ko ni..budak tu kecik innocent lg nk ajar die menipu da..ish3