Tuesday, July 13, 2010

Jalan Di Hadapan

Salam.

Entri ini cuma untuk mengucapkan tahniah kepada diri saya kerana sudah mencuba sedaya-upaya saya. Mungkin memang Tuhan mahu memberi saya pengalaman yang lebih berharga di India.

Tak mengapa Encik MARA, tak mengapa. Saya faham. Saya redha. Saya akan ceritakan perjuangan saya ini pada anak cucu saya. Mungkin ini akan menjadi motivasi kepada mereka, untuk menjejakkan kaki ke bumi yang tidak dapat dijejaki ayah dan datuk mereka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang diterima rayuan mereka. Dan kepada yang memang terkandas, teruskan perjuangan anda. Allah bersama-sama kita.


Selamat tinggal Cardiff.

Selamat tinggal United Kingdom.

Nantikan saya, Bumi India !!



4 comments:

bawangmerah said...

aku nak sari

Wan Harun said...

nak moto DUCATI!!

kaizen-arts said...

Berusaha~

petite girl said...

hey hosni, u r a brave boy!

thanks for all the nice chat we hav.

u inspire me in a way:)

glad to be a friend of yours,doctor hosni!