Sunday, September 20, 2009

Bbabi Taanoh

Kan saye de cerite yang saye akan wat post laen psl perbualan saye ngan akak opis Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Berikut adalah petikan kata-kata beliau kepada saya, dalam nada suara yang keletihan dan amat saiko sekali;

"Eeee..berat weh. Awok tahu dok kije duktor ni bukang mudoh2. Payoh awok tahu. Guling netang guling netang la awok kak spita ni. Tapi awok orang lakki kang. Kire dok payoh ah. Bukan dok payoh mnde, payoh tu memang payoh doh. Cume awok dakyoh mikir rumoh la. Lagipun tanggungjawak awok doh cari nafkoh. Kire mate pecariang awok doh la. Ni kalu orang puang ni. Nok ade keluorge lagi. Doh tokkang awok takmboh nikoh dok? Orang puang payoh. Hubungang nge suammi, anok2.

Orang lakki pong sekse juggok. Sekse blakke.Macang ade duktor mude puang sorang baru ni ye katte- Saye nyessa kate. Saye salloh amek jalang doh kak eh. Doh ye ah due tige ari dok keje ongko sapa ke tadop rehak pah. Balik nok care ke rumoh pulok. Doh tokkang nok lok gitu je owk?

Kaddang tu sapa 2-3 hari dok musing kliling spitta eh, doh nok rehak wanne? pasyeng tu lah, pasyeng ni lah. tu sappa ye katte kije duktor pe bbabi tannoh!"


Isk3...aku tau korang tak paham. Jadi aku sediakan terjemahannye. Saje aku gune jugak bahasa loghat, supaye mesej dapat disampaikan dengan lebih tepat dari sudut bahasa kepada orang yang memahami.


"Eeee, susah tau. Awak tahu tak yang kerja doktor ni bukan senang. Susah tau, terguling terlentang la awak kat hospital ni. Tapi awak (Lordhosni) orang lelaki kan, jadi takdelah susah. Bukan tak susah, susah tu sememanngye ade, cuma awak tak payah fikir sangat soal rumahtangga. Lagipun dah tanggungjawab awak cari nafkah. Kalau perempuan, nak ade keluarga lagi, takkanlah awak (bakal2 doktor) tak nak kahwen kan? Susahlah kalau orang perempuan (jadi doktor). Hubungan dengan suami dan anak2 (kena jaga).

Orang lelaki pun apa kurangnya. Dua-dua (jantina) pun sama (tahap kesusahannya). Baru-baru ni ada seorang doktor perempuan muda (baru) bercerita pada saya. Dia kate dia menyesal. Die kata die dah salah ambil jalan. Masakan tidak, dua-tiga hair kerja on-call sampai tiada rehat. Balik rumah pula banyak perkara lain (urusan rumahtangga) menanti. Takkanlah nak biar macam tu je kan?

Kadang-kadang tu sampai dua-tiga hari keliling hospital (rawat pesakit). Dah tu nak rehat bile? Pesakit yang itu lah, pesakit yang ini lah. Sampai dia (doktor muda tadi) tu kate kerja doktor macam kerja babi tanah!"

Saya kata: Babi tanah pun, babi tanah la labu.....

_

Saturday, September 19, 2009

Kisah Minggu Terakhir Ramadhan

Kisah #1

AKu benci betul Bandar KT eh, silap, BANDARAYA KT bile cuti raye. Hari laen bukan tak benci, Benci jugak, tapi tak mendalam sangat. Nasihat aku pd orang2 yang nk bawak kete kat Bandaraya KT mase cuti raye ni, janganlah anda gatal2 nak cabar siput babi lumba. Kerana anda pasti kalah. Kerana kesesakannya amatlah dasyat. Segala mak nenek perantau dan pelancong serta pelencong bertandang.

Lalu untuk urusan mendapatkan kebenaran wat kerja sosial di Hospital cuti ni, saye pon berderumlah dengan motor kris buruk saye tu, lalu swaktu balik, tersekat lagi dalam satu trafik jem. Maka dengan gaya rempitnye, saya pon mencilok mengikut puluhan motor laen, melalui lane yg salah disebelah. Tiba2 gedebuk! Langgar kete sorang brader ni. Kemik la jugak kereta beliau. Nak dipendekkan cerita, setelah letih bersilat dan bertikam lidah serta bertumbuk bergomol dan bergocoh, akhirnya Dua ratus ringgit bertukar tangan.

"Hilang gitu jelah due ratuh kite. Ingak sikek gamok" Bapak gua berleter. Gua tak beli pon baju melayu taon ni. Takut den nak mintak.


Kisah #2

Ini agak tragis. Berderumlah aku tadi dengan motor buruk kesayangan mencelahi kereta berplat aneka negeri di Bandar eh, BANDARAYA KT terbenci ini. Tujuan utama, beli sluaq jeans pasal sluaq kegemaran sedia ada rabak sudah. Nak pendek cita, beli la sehelai. Murah je. Tak mboh mahal2. Berderum pulak ke kedai jam tua depan Pasar Payang untok mebaiki jam sayer yang patah cangkuknye berbulan-bulan lepas. Saye pegi KLCC tanye kedai sane, die tak baiki, nak antau centre, tunggu 4 bulan. Saye antau kat apek tua ni, 5 minit da siap tukar plat cangkuk! Beraya dengan jam la saye taon ni, bior baju lame pon! Saye sayang sesangat dengan jam sayer kerna nostalgia lampau yang terlalu banyak

Lopeh tu saya berderum kejap ke kedai buku.

Nak cari buku Rahsia Al Arqam karya Ann Wan Seng. Tapi abes stok. Sayer pon balek ke motor saye di tempat parkir, dan mendapati seluaq jeans yg saya letak dalam raga motor tu ilang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ARGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Gi tingga gitu gok padang la. Supe nok buwi ke orang la." Terok sungguh saye disindir bapak saye. Sayer mengambil hati beliau balik dengan merawat tangan beliau yang terluka dihiris pisau semasa kami meraut tebu sebelum dimesin untuk di ambil air sebagai juadah berbuka. Sweet kan sayer ni?


Kisah #3

Kisah ini saya akan cerita kemudian bile ade mase lampau. Mengenai isi perbualan sayer dan akak opis Hospital Sultanah Nur Zahirah KT. Isi perbualan kami berkisar mengenai kehidupan seorang doktor dan cabaran2nya.

Beliau siap tunjuk saya buku unjuran gaji2 doktor lepasan ijazah kat Hospital tu sekali!! Tapi sayangnya, itu bukan sesuatu yang menggembirakan atau memberi motivasi.


_