Saturday, September 19, 2009

Kisah Minggu Terakhir Ramadhan

Kisah #1

AKu benci betul Bandar KT eh, silap, BANDARAYA KT bile cuti raye. Hari laen bukan tak benci, Benci jugak, tapi tak mendalam sangat. Nasihat aku pd orang2 yang nk bawak kete kat Bandaraya KT mase cuti raye ni, janganlah anda gatal2 nak cabar siput babi lumba. Kerana anda pasti kalah. Kerana kesesakannya amatlah dasyat. Segala mak nenek perantau dan pelancong serta pelencong bertandang.

Lalu untuk urusan mendapatkan kebenaran wat kerja sosial di Hospital cuti ni, saye pon berderumlah dengan motor kris buruk saye tu, lalu swaktu balik, tersekat lagi dalam satu trafik jem. Maka dengan gaya rempitnye, saya pon mencilok mengikut puluhan motor laen, melalui lane yg salah disebelah. Tiba2 gedebuk! Langgar kete sorang brader ni. Kemik la jugak kereta beliau. Nak dipendekkan cerita, setelah letih bersilat dan bertikam lidah serta bertumbuk bergomol dan bergocoh, akhirnya Dua ratus ringgit bertukar tangan.

"Hilang gitu jelah due ratuh kite. Ingak sikek gamok" Bapak gua berleter. Gua tak beli pon baju melayu taon ni. Takut den nak mintak.


Kisah #2

Ini agak tragis. Berderumlah aku tadi dengan motor buruk kesayangan mencelahi kereta berplat aneka negeri di Bandar eh, BANDARAYA KT terbenci ini. Tujuan utama, beli sluaq jeans pasal sluaq kegemaran sedia ada rabak sudah. Nak pendek cita, beli la sehelai. Murah je. Tak mboh mahal2. Berderum pulak ke kedai jam tua depan Pasar Payang untok mebaiki jam sayer yang patah cangkuknye berbulan-bulan lepas. Saye pegi KLCC tanye kedai sane, die tak baiki, nak antau centre, tunggu 4 bulan. Saye antau kat apek tua ni, 5 minit da siap tukar plat cangkuk! Beraya dengan jam la saye taon ni, bior baju lame pon! Saye sayang sesangat dengan jam sayer kerna nostalgia lampau yang terlalu banyak

Lopeh tu saya berderum kejap ke kedai buku.

Nak cari buku Rahsia Al Arqam karya Ann Wan Seng. Tapi abes stok. Sayer pon balek ke motor saye di tempat parkir, dan mendapati seluaq jeans yg saya letak dalam raga motor tu ilang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ARGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Gi tingga gitu gok padang la. Supe nok buwi ke orang la." Terok sungguh saye disindir bapak saye. Sayer mengambil hati beliau balik dengan merawat tangan beliau yang terluka dihiris pisau semasa kami meraut tebu sebelum dimesin untuk di ambil air sebagai juadah berbuka. Sweet kan sayer ni?


Kisah #3

Kisah ini saya akan cerita kemudian bile ade mase lampau. Mengenai isi perbualan sayer dan akak opis Hospital Sultanah Nur Zahirah KT. Isi perbualan kami berkisar mengenai kehidupan seorang doktor dan cabaran2nya.

Beliau siap tunjuk saya buku unjuran gaji2 doktor lepasan ijazah kat Hospital tu sekali!! Tapi sayangnya, itu bukan sesuatu yang menggembirakan atau memberi motivasi.


_

5 comments:

kepalmawie said...
This comment has been removed by the author.
jhar said...

ko ble nak buat attachment?

Myra said...

btui tuu. KT jam twok!!

kepalmawie said...

ko kalau cilok2 memang xkan lepas
moto da solid je lepas
lemak yang lebarnya melebihi side mirror kanan dan kiri xkan mampu melawan lumrah alam

Lord Hosni the Wise said...

jhar;
baru je lpas wat..2 days more to go :)

myra;
lihatlah dunia...myra bersetuju ngan sayer!~

mawi;
sadap man..