Friday, November 20, 2009

Boxer: Keadaan dan Kesan

Pembaca yang waras akan membaca artikel ini dengan berlapang dada dan menimbangkannya dari kacamata yang bebas daripada sebarang unsur taghut, lucah, mahupun bidaah dan fitnah.

----------------------------------------------------------------------------------

Seluar pendek peninju ataupun boxer merupakan pakaian dalam lelaki yang kian popular dewasa ini. Asalnya yang agak labuh dan besar, telah diubahsuai ke dalam pelbagai bentuk dan saiz, sesuai dengan permintaan di pasaran. Boxer dapat menyainngi industry seluar dalam lelaki dunia kerana ia memberikan satu alternatif kepada populasi lelaki seluruh dunia untuk satu gaya baru yang lebih selesa dan ceria.

Namun yang demikian, ramai yang tidak tahu akan fenomena lain mengenai boxer selain daripada menjadi pakaian dalam popular dalam kalangan kaum Adam. Menurut kajian yang telah saya lakukan, boxer amat berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang. Lebih 80% responden dari kalangan pelajar Kolej MARA Seremban berpendapat bahawa boxer mempengaruhi keyakinan diri dan emosi seorang lelaki.

Majoriti berpendapat bahawa keadaan boxer yang dipakai itu menentukan bahawa hari itu adalah hari yang malang ataupun ceria. Lebih 70% responden mengatakan bahawa jika boxer itu berada dalam keadaan kering dan baru dibasuh serta masih berbau sabun dobi, keyakinan diri pada pagi hari tersebut akan melonjak tinggi dan hal ini turut membantu dalam proses pembelajaran di kelas.

Sebaliknya, jika boxer tersebut agak lembab kerana cuaca ataupun belum kering sepenuhnya, tetapi dipakai juga lantaran kehabisan stok boxer, keyakinan diri pada hari itu akan turun menjunam. Hal ini akan memberikan impak yang negative pada pembelajaran dan juga pada emosi pelajar. Keadaan menjadi lebih buruk apabila boxer itu bukanlah boxer kegemaran.

Selain daripada kadar lembapan sifar, jenis kain, keadaan, dan jenama boxer yang bakal dipakai juga mempengaruhi kehidupan seharian seorang lelaki. Jenis kain yang bagus adalah pelbagai dan bergantung kepada naluri dan citarasa responden. Majoriti memilih kain yang tidak boleh regang. Mereka berpendapat bahawa kebolehan kain meregang hanyalah mendatangkan ketidak-selesaan kepada jiwa dan raga pelajar tersebut.

Keadaan boxer juga turut memainkan peranan. Boxer yang berada dalam keadaan baik dan bersih akan membuatkan pemakinya selesa dan membantu dalam urusan komunikasi seharian. Boxer yang berada dalam keadaan caca marba dengan tompok-tompok daki serta koyak rabak pula akan menyebabkan pemakai berasa sedih dan malu, lalu akan memberi impak negative pada pergaulan seharian dan juga keyakinan diri.

Jenama sesehelai boxer itu juga turut berperanan besar pada keadaan psikologi seorang lelaki. Boxer yang berjenama mahal serta bermutu tinggi biasanya digunakan pada hari-hari yang tertentu dan bermakna seperti temujanji pertama, temuduga kerja, temuramah wartawan, temu mesra, dan temujin. Manakala boxer murah dan tidak berkualiti serta sadis keadaan pula kebiasaannya dipakai pada acara-acara yang dianggap lazim dan tidak begitu penting seperti perlawanan DoTA, lepak dengan member, pergi surau, ataupun sewaktu riadah. Hal ini adalah kerana acara-acara ini sudah lazim dan sebati pada diri pelajar-pelajar ini dan tidaklah mendatangkan gemuruh mahupun gundah gulana pada jiwa mereka.

Boxer sememanganya memberikan kesan penting pada keadaan psikologi dan keyakinan diri seorang lelaki khususnya pelajar. Justeru, diharap agar semua pihak dapat bekerjasama bagi mewujudkan pasaran boxer yang lebih sihat dan bebas daripada unsur dadah dan judi. Sesungguhnya negara kita ketandusan pengeluar dan penjual boxer yang bermutu dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat. Akhir kata, majulah boxer untuk Negara.

_

10 comments:

bawangmerah said...

weeeeyyhhh, sejak bila kau jadik duta nih

Hairman said...

promot boxer @ ketandusan boxer??

Fathi Baik said...

menarik..haha

::aku budak baru belajar:: said...

ko hosni xpakai boxer..nak bising-bising pulak

Lord Hosni the Wise said...

pain;
bukan duta, tp pengkaji

hairman;
bukan..cuma membentangkan kajian

fathi;
trimas..err...anda siapa?

yurin;
bro...sjak form 2 la bro..

Syazwan Harun said...

pakai boxer topman :)

Lord Hosni the Wise said...

mahal sangat...baek beli thongs

Ainna Azkieya said...

hahaha..kelakarlah..
teringat kisah kawan yg nak beli boxer untuk kenakan kawan lelaki dia...

Ainna Azkieya said...

hahaha..kelakarlah..
teringat kisah kawan yg nak beli boxer untuk kenakan kawan lelaki dia...

Ainna Azkieya said...

hahaha..kelakarlah..
teringat kisah kawan yg nak beli boxer untuk kenakan kawan lelaki dia...