Saturday, December 17, 2011

Rusuk Kiri Yang Hilang?

1. Semua penganut agama Samawi meyakini, bahawa permulaan manusia di muka bumi ini adalah Adam. Manusia pertama ini dicipta berseorangan dan hidup sepi di syurga.

2. Lantaran kesepian itu baginda memohon pada Allah, supaya dihilangkan sunyi itu, maka terciptalah Hawa sebagai teman.

3. Dari mereka itulah lahirnya keturunan manusia di muka bumi lelaki dan perempuan. Lelakinya berasal Adam, dan perempuannya berasal Hawa.

4. Kita orang islam meyakini bahawa Hawa dicipta dari tulang rusuk kiri Adam. Keyakinan ini datangnya melalui Hadis Rasulullah saw. Status hadis ini tidak dapat pula saya pastikan kesahihannya.

5. Ramai yang melihat hadis ini dengan fahaman bahawa Adam KEHILANGAN rusuk kirinya dek kerana penciptaan Hawa ini.

6. Lalu fahaman ini disebarkan luas, lagi-lagi di Alam Melayu. Perkara ini diulang-ulang dan kini sudah menjadi sebati pada kefahaman masyarakat kita. Berbagai puisi dan kisah romantik mula digubah hasil dari kisah ini dan tafsiran ini.

7. Fahaman bahawa Adam KEHILANGAN rusuk ini bukan sahaja tidak ada sandarannya dalam Dunia Ilmu Hadis (betulkan saya jika saya salah), malah terang-terang bersalahan dengan Sains!

8. Kenalkan saya, alim hadis manakah yang menafsirkan hadis tersebut sedemikian rupa? Walhal para ulama syafiee mengambilnya hanya sebagai kiasan! (betulkan saya jika saya salah)

9. Bukalah buku-buku teks anda atau kiralah rusuk2 anda atau saudara lelaki anda dan anda akan dapati bahawa tidak ada perkara mengarut seperti rusuk kiri yang hilang pada struktur normal anatomi manusia!

10. Mungkin anda akan fikir bahawa perkara ini kelihatan remeh dan kecil, tetapi bayangkanlah jikalau fahaman ini sampai kepada Non-Muslim yang berpengetahuan, maka sudah tentu
Agama Islam yang murni ini dilihat mengarut, tidak sejajar dengan sains, dan penuh rekaan!

11. Kehebatan ad Deen milik Sang Pencipta ini lantas musnah kemurnian dan kemegahannya apa bila diletakkan tidak lebih daripada kisah dongeng.

12. Walhal fahaman salah ini adalah angkara umatnya yang malas dan sambil lewa dalam menuntut ilmu. Maka disebabkan kecuaian kita ini, kemurnian dan keunggulan Islam itu tercemar.

13. Perkara-perkara seperti Hadis dan imej Islam ini bukanlah perkara yang boleh diambil lewah.

14. Menuntut dan menyebarkan ilmu memerlukan sikap hati-hati, cermat dan berdisiplin.

15. Semoga niat baik teguran saya ini dapat difahami dan andai kata ada kesalahan, sebarang komen bernas membina amat dihargai.


Tuesday, June 14, 2011

Wan Gayah, Cekgu Bedah, & Monsoon

I

India is a wonderful country with diverse colors and cultures. Fertile lands with rich sources underneath it, India attracts many investors and businessmen leading to booming international trade. One of the biggest and famous export of India wud be its Bollywood movie.

Cliche yet thrilling, Bollywoods never fail to amuse its fans. I remember one of its fan was once my house maid by the name of Wan Rogayah. An old lady fro Kijal, we used to call her We Gayoh. She did most of the house chores including tending me when I was 5 years old if I'm not mistaken.

Being at work doesn't stop her from devoting herself to every bollywood movies on air, usually in friday afternoon back in those days. After all, its only me and her left at home when the movie is on air.

The movie wud be screened at about 2pm and wud last at least 3 hours. And my cartoon time wud start around 4.

There will always be a war between us when my cartoon time is supposed to be on air. And of course, that is around the time where her bollywood movie is at its best part- THE CLIMAX.

I remember that I wud be crying out loud and rolling on the floor to force her to switch the channel, while her, without a single sign of being disturbed, glaring at the TV screen, watching an epic fight between good and evil and said to me in enthusiasm;

"..kejak dek kejak..tu napok tu ye tengoh gocoh tu!"



II

I was never good at maths. I really couldn't get my hand on it. Hence, I choosed this math-free path. This math-phobia that I suffer reminds me to my primary school math teacher named Zubaidah.

Cikgu Bedoh was not famous for her gentleness. Every single mistake wud end up with a slap on the face, or a brutal pinch at the belly, or a 1metre long ruler landing on ur palm.

I remember her favourite line when we couldn't solve the maths problem given;

"..itu pon tak tau buat!! Itu sambil berak bole buat tau!!!"

Well, its a standard 2 question after all.

So when we were given maths homework for our semester break, again the cliche line of her was barked.

The innocent me back in those age didn't took it metaphorically.

So wat do you do if u have a disciplinary teacher as ur mother, Cikgu Bedah as ur math teacher and a soaring rectal pressure with lunaticly stimulated inferior rectal nerve?

It was the traditional malay squating toilet bowl and I squat there in grumpy. Its supposed to holiday! Grrr!

Using my mother's small stool that she used to wash clothes as table, I began tackling those bloody questions.

"..bior betol cikgu bedoh ni. Wat sambil berok pong dok leh gi gop!!"



III

This monsoon season here in southern india reminds me of our very own monsoon in the east coast of west malaysia, or rather known as musim tengkujuh.

Monsoon is where most of outdoor activities is halted including football. Fishermens dessert their job for a while, mending nets and boats.

Tho football has stopped for a while here in Manipal due to awful condition of the field, I remember that monsoon never stop our football time back in our childhood time.

In fact, it was the most awaited time of the year! We won't really be playing football actually, but rather enjoy sliding on the wet and slippery field.

The consequence paid by us that time is none other than our mother's wrath. I remember that on day during my innocent time! My mother got fed up with my dirty muddy shirts.

"Mak nak mu basuh sendiri!! Sekarang jugak! Pandai sangat main padang hujan tu kenape??!!"

She thundered the house, followed by an absolute painful pinch at at tricep. So I went bathroom, rinse my shirt, sprinkle some washing powder and began brushing the mud stains. After a while I got tired if it. So my creative mind starts to tell me that I should use variety of detergents.

The following one hour is spent with me trying shampoos, lotions, and all other bottles that I can find in the toilet.

The long time that I spent in the toilet "washing" ONE piece of shirt brought curiosity to my mom. So she went to the bathroom to see the progress. And that time, I was trying a bottle which the label has worn out.

Seeing that, she went teribbly mad, which ended up with pinch and PANG on my back. I immediately finish up my washing and head outside to hang it.

I have no idea what makes her so angry. As I grow up, I learnt that the very bottle that I hold at the time she entered the bathroom was a bottle of feminine intimate wash.

_

Monday, May 30, 2011

Judge

Cerita bermula sekitar 1990an, pada musim sekitar hari Wesak, dimana seorang lelaki bernama Samad memandu keretanya pulang ke kampong. Dalam kesedapan memandu keretanya, tanpa disedari, seekor kambing melintas jalan lalu bertembung lah Kancil dan kambing.

Sekonyongnya Pak Abu tuan kambing datang dengan terkejutnya lantas meraung menangisi kehilangan kambingnya, berselang seli teriakan Samad melihat remuknya Perodua Kancil kesayangan. Bertengkarlah mereka beberapa jam. Antara tengkaran2 mereka itu berbunyi;

Samad: Apsal pulak I yang salah? Ape salah I? U tak layak nak JUDGE i tak pandai bawak kete. Bukan I yang tak pandai bawak kete, tapi kambing u yang tak reti lintas jalan!

Pak Samad: Amboi sedapnya mulut u mengata! U tak layak nak JUDGE kambing I macam tu or nak JUDGE i tak reti jage kambing i. Bukan i yang tak reti jaga. Tapi kambing tu sendiri yang terlepas! Peliisss lah!

Maka setelah sekian lama mereka bertengkar dan oleh kerana masing2 bingung kerana hatta ketua kampong pun tidak berani men-judge sesiapa, maka last2 kes tu setel camtu jela.

(koff2, serius)

Sebenarnya apa itu judging?

Sejak kebelakang ni dan 2-3 belakang la jugak, newsfeed gua agak banyak mempamirkan status2 yang berbunyi seperti “kita tak layak nak judge sesiapa”, atau “jangan judge org laen, sila cermin diri dulu” atau “stop judging others!” atau “Jesus will save u in the judgement day” dan seumpamanya.

(ok, yang last tu mengarut)

Judging is to form an opinion after a consideration. Menghakimi atau menilai ini dengan ertikata laennya ialah mengeluarkan pendapat setelah membuat pertimbangan. Sebagai seorang manusia, kita melakukan judgement 24jam sehari sepanjang masa.

Daripada berbunyinya alarm Subuh kita membuat judgement sama ada mahu tutup atau snooze alarm tersebut. Mandi pagi kita berbelang dengan judgement. Berak dulu ke, gosok gigi dulu ke dsb.

Jadi semua orang melakukan judgement sepanjang masa maka kenapakah perkataan ini olah-olah menjadi konotasi negative??

Ini mungkin berkaitan dengan pendefinisian judging ini. Rata2 masyarakat kita mendefinisikan judging ini sebagai menghakimi baik buruk orang. Maka secara tidak langsungnya ia seolah-olah menjadi konotasi yang berupa negative di telinga pendengar awam.

Sungguhpun begitu, sifat hakim-menghakimi atau nilai menialai ini ialah lumrah manusia yang sukar dikikis. Saya tidak Nampak mengapa ialah perlu dipandang sebagai satu konotasi negative jikalau dibincang secara intelek.

Katakanlah gua jumpe sorang awek ni. Kali pertama die berkenalan, die senyum. Gua perhati tuturkatanya baik, sopan santun, dan pertemuan diakhir dengan awek tu blanja aiskrim. Sudah tentu gua akan judge beliau sebagai sorang inah yang baik. Lihat, gua baru je jumpe die sejam pastu gua terus judge die sebagai pempuan yang baik. Ini adalah satu judgement yang LEMAH namun pada telinga tuan2 sudah tentu berbunyi positif bukan?

Katakan pula gua jumpe sorang awek ni. Kali pertama borak ketat je muke. Tanya sepatah jawab sepatah. Tutur kata kasar dan kurang sopannya serta perbualan tidak ditamatkan dgn adab. Maka sudah tentu gua akan kata “ lu kerek la minah!” . Ini adalah judgement yang lemah kerana tidak mengambil kiraan masa berjumpa yang singkat. Namun yang memebezakan ialah kali ini telinga tuan2 akan memandang negative pada judgement gua. Walhal sama lemah je ngan kes 1 tadi.

Hal ini ditambah pula dengan status2 kontemporari diruang maya yang mengecam tindakan men-judge orang. Kononnya kerja penghakiman ini hanya layak pada Tuhan. Kononnya kita tidak boleh mengecam orang itu atau mengata begini begini hanya kerana dia berkelakuan begini-begini.

Jikalaulah semua orang menyerahkan kerja penghakiman pada tuhan, maka setiap perbalahan akan terlerai seperti kes Pak Abu dan Samad tadi!

Saya tidak menolak kwajiban kita untuk bersikap husnuzun (bersangka baik) dan pemaaf serta berhati bersih. Benarlah, hanya Tuhan yang Maha berkuasa dalam menetapkan sesuatau pada hambaNya. Dan saya setuju bahawa mengata atau mengecam pelaku itu tidak wajar malah tidak membawa faedah.

Namun kita sebagai manusia yang celik akal dengan pertimbangan waras, sudah tentu dapat menghakimi TINDAKAN-TINDAKAN manusia. Akal yang celik ini terang2 dapat menghakimi baik dan buruk sejak mula kenal dunia lagi.

Walaupun atas alasan apa sekalipun, lampu isyarat merah dijalan raya itu maksudnya berhenti. Biarlah atas alasan apa sekalipun, siapa sekali pun, tipis saat sekalipun, melanggar arahn lampu isyarat itu merupakan satu kesalahan dalam peraturan jalanraya Malaysia.

Saya tidak menghakimi orang yang melanggarnya. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. Anak nak sekolah, kain ampaian tak angkat lagi, atok nak mati dan sebagainya, namun celah mana sekalipun, perbuatan itu SALAH.

Semua jenis ideology, -isme dan agama di dunia ini mempunya satu denominator yang sama- kepercayaan.

Saya percaya, bahawa hidup saya tidak berakhir dengan mati. Saya percaya bahawa hidup saya ini sudah digariskan btas2 dan hala tuju. Saya percaya, selepas mati nanti akan ada satu lagi fasa hidup yang lain. Saya percaya, di fasa selepas mati itu nanti saya akan diadili oleh tuhan akan perbuatan saya semasa hidup. Ini apa yang saya percaya.

Jadi saya nak beritahu, sungguh pun saya ini bukanlah seorang yang begitu taat pada garis2 tersebut, namun saya percaya, kita semua berupaya menghakimi PERBUATAN yang dilakukan diri kita atau manusia lain.

Kerana kita telah pun diberi PANDUAN untuk berbuat demikian.

Hidup kan bersendi hukum.



Thursday, May 26, 2011

Carta Snellen

Sejak berada dalam lapangan perubatan sebagai seekor pelajar MBBS ni, gua setiap hari cuba untuk menanamkan azam dalam diri gua untuk meminati bidang yang gua amik. Dan salah satu caranya ialah gua berkongsi apa yang gua tau serba sedikit pasal perubatan ni.

Baru2 ni gua ngan member2 gua belajar pasal visual acuity. Visual acuity ni aku tak reti la melayu panggil ape, tapi kalau nak cerita tu menda ni lebih kurang pasal ketajaman penglihatan mata, yang bergantung kepada ketepatan pemfokusan cahaya pada retina dalam mata dan sensitivity otak dalam menafsirkan penglihatan tersebut

Peh, penat gak nak explain dalam melayu.

Jadi biasa nye kalau pegi kedai spek, doktor2 akan guna satu mesin yang mane u all semua kena tengok dalam mesin tu pastu ade gambar belon past die tekan2 godek2 pastu keluar kertas print cakap power mata sekian2.

Kalau gi kat klinik2, dorang mungkin takde bajet nk pakai mesin ni maka dorang pakai ape yang dinamakan sebagai Carta Snellen. Menatang ni ialah satu poster yang mengandungi huruf E yang dipusing2 menjadi huruf W, M dan nombor 3. Ade jugak yang datang dalam bentuk pelbagai huruf. Macam ni.

Yang bangang nye Snellen ni mase die buat carta ni die tak piker yang bukan semua orang pandai baca. Buat nye ade yang dari kecik hanya tahu huruf jawi, atau arab, atau tulisan cina, atau huruf2 hebrew, maka sudah tentu dorang tak mendapat manfaat daripada Carta Senellen ni.

Begitu lah jugaknye dengan kanak2 yang tak tau membaca. Maka para ilmuwan telah menghasilkan Carta Snellen versi gambar. Macam ni.

Subjek akan disuruh berada 6 meter daripada poster ini dan dikehendaki cuba membaca huruf2 yang ada pada carta ini. Kalau huruf, maka huruflah, kalau gambar, maka kenalpastikanlah gambar2 tersebut. Dari sini doctor dapat menegnal pasti tahap penglihatan seseorang tersebut dan kalau ade yang rabun jauh rabun dekat tu dapat tau lah.

Masa aku ngan member2 aku buat menda ni, kitorang terbayang keadaan yang agak ngeri tapi lawak haram. Cemane kalau kitorang nanti bila dapat jadi doctor (amin) ditugaskan di kawasan desa dan terpaksa menjalankan test ni kepada pakcik makcik yang tak tahu membaca rumi?

Pengalaman aku mengerjakan hospital attachment di Terengganu sedikit sebanyak menolong dalam mebentuk imaginasi kami. Nah aku kongsi siket imaginasi kitorang di pagi Isnin lepas, ketika semua yang tengah Monday blues terpaksa buat praktikal fisilogi.

Konon2nya dapat posting di Hospital Rembau;

Aku; ha makcik duduk elok2, cube tengok gambar yang saya tunjuk, pastu makcik bitau eh?

Makcik: hah yolah.

Aku: Ni apa?

Makcik: itu ayam hah. Acik Nampak jo.

Aku: ni pulak? (sambil menunjukkan saiz yang lebih kecil)

Makcik: yang tu kudo ko, kambing ? acik Nampak macam kudo jo. Ko lombu tah?

Aku; (ignoring) ok yang ni pulak apa?

Makcik: itu ramo-ramo acik Nampak jo. Tapi yang tadi tu kudo ko kambing ko lombu?

Aku; Lembu, makcik

Makcik: apo pulok lombu aih? Kan kudo tu! acik Nampak leher dio cenggitu hah. Mano ado lombu rupo itu!

Aku; Maksudnye makcik tak Nampak la tu.

Makcik: Apo pulak tak nampak! Acik Nampak eh! Memang kudo la tu hah. Kat tompek acik ado orang bela kudo memang rupo itulah kudo eh. Apo pulak lombu?!! (emosi)

___________

Ni pulak imaginasi kalau aku dapat posting kat klinik Hiliran, Kuala Terengganu.

Aku: Hok ni mende ape pok?

Pakcik: Hok tu macang ke rrame..

Aku: hok ning? (sambil menunjukkan saiz yang lebih kecil)

Pakcik: Hok tu napok molek ade. Kudde arr..

Aku; (ignoring) haa, hok ni mnde ape pulok?

Pakcik: eh hok tadi tu kude ke rrimma (harimau) duktor? Napok macang ke rima pung ade.

Aku; Lembu pok eh

Pakcik: Lembu mnape gitu eh? Kalu rrima munasaboh. Duktor dok dekak tok kang dok napok kaki ye cokeng alek nung gitu. Kalu kude munasaboh agi, ni lembu! Kalu lembu mesti ye besor kek..

Aku; sunggoh pok eh. Kalu rima mesti ye bbelang. (terlayan la pulak)

Pakcik: ehh! Pokcik tengok hok dalang tv (national geography) tu molek ade je tadop belang. Nnawok duktor ning!

-__-“ Hampir setiap negeri kami berimaginasi. Tak larat dah nak terburai perut. Tiba2 teringat kat Mak cik Farabi yang suare bass tu.

_

Saturday, May 21, 2011

Jendral Soedirman, Bung Tomo, dan Mao Tze Dong

"..Dan di kalangan Ahli Kitab ada orang yang jika engkau amanahkan kepada mereka harta yang banyak sekalipun, nescaya dikembalikannya kepada engkau, dan di kalangan mereka (juga) ada orang yang jika kamu amanahkan satu dinar sahaja, nescaya tidak akan dikembalikannya kepada engkau kecuali engkau mendesaknya. (Yang) demikian terjadi kerana mereka mengatakan: “Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang ‘ummi’ (orang Arab) itu.” Dan mereka mengucapkan dusta sedangkan mereka mengetahui.."

Al-Quran 3:75

Situasi bermula di sebuah tempat makan yang menjadi tempat pertemuan bagi pelajau2 Manipal. Sedang asyik makan-makan, gua ternampak gua. Seorang homo sapien yang mempunyai mons pubis, berdarah Punjab, dan berwarganegarakan Malaysia.
20 tahun gua dididik dengan budaya melayu yang mementingkan sifat pemalu, ramah, dan lemah lembut mengajar gua untuk senyum terhadap beliau yang jaraknya tidaklah dekat dengan tempat gua duduk makan.

Mngkinlah, senyuman gua ni tidak cukup ramah atau mungkin taksirannya salah, atau mungkin senyuman gua tidak cukup manis, gadis tersebut kelihatan sedikit tersinggung.

“..hey ciko! (bukan nama sbenar) apa ni! Sombong gila babi!..” ujar beliau kepada ku dengan nada kuat dan sedikit penekanan terhadap dua perkataan terakhir.

Mujurlah tempe-tempe sekitar situ tidak dapat memahami perkataan beliau. Kalau tidak, mungkin masing2 akan berpaling muka. Meskipun rakyat tempatan sekitaran itu tidak dapat memahami perkataan belia, saya terus berasa agak malu ketika itu.

Bukanlah gua malu dengan beliau, tetapi 20 tahun bergelumang dengan bangsa yang mementingkan “muka depan yang cantik” ini mengajar gua untuk malu bila gua dikaitkan dengan perbualan yang bernada kuat seperti itu patah lagi penggunaan perkataan yang kurang sopan lagi2 ditempat awam.

Gua paham, selaku seorang yang berketurunan bukan melayu, beliau kurang berpengalaman dalam menggunakan bahasa melayu dalam perbualan seharian. Maka tidak heranlah bila beliau tidak berjaya memahami nada suara, tona suara, ketinggian suara serta pemilihan perkataan yang sesuai digunakan untuk tujuan tersebut di situasi tempat awam ketika itu.

Tujuan gua menulis ini ialah untuk menyeru sekalian pembaca2 dan peminat2 supaya sentiasa bersangka baik terhadap apa jua yang menimpa anda. Jikalau ianya datang dalam bentuk keadaan, maka eloklah you all beristighfar dan tanamkan dalam diri bahawa segalanya ada hikmah. Jikalau ianya datang daripada makhluk, terimalah ia sebagai satu perbezaan budaya dan didikan.

Sekian.

p/s; Gua cuba mengajar rakan gua tadi balik tentang cara sapaan yang betul (menurut didikan 20tahun sebagai anak melayu) dengan menggunakan teknik ironi. Hingga hari ini, setiap kali gua ternampak beliau, gua akan mengangkat tangan dan menjerit nama beliau selepas perkataan “hai”. Kerana gua tak pasti gua dapat memberikan kefahaman pada beliau dengan cara penerangan. Harap2 taktik gua berjaya.

Ayat mula-mula tu sekadar renungan, takde kaitan dengan isi entri.


Saturday, February 12, 2011

Hamare seat hay

Namastee.

Mere naam Ciko. Pura naam Hosni. Hosni Salleh. And this, is my story.

*rentak intro kaal ho na ho*

Aku sentiasa mahu hidup aku penuh warna warni. Sebab tu aku suka untuk cuba keluar dari zon selesa, dan aku suka berjumpa orang baru.

Aku taknak hidup muda aku sia2. Aku mahu berdiri di hari tua nanti dengan senyuman sambil mengimbau hari2 sudah yang penuh ranjau, dramatis dan pengalaman ambil diiringi lagu My Way dr Frank Sinatra.

Dalam bahasa mudah, aku ingin mempunyai cerita2 pengalaman yg menarik untuk sebagai halwa telinga anak cucu aku. Aku xnak hidup muda aku hambar. Hambar kudo.

Ya, tidak ada yg lebih menarik daripada lepak2 dgn anak cucu anda sambil memulakan perbualan dengan ayat - "..Ayoh dulu kan..."

Ya..nikmat. Dan hari ini, aku punyai cerita baru untuk diceritakan pada anak cucu aku.

Pengalaman pertama naik train di India.

Masa tu ayah (prektis beb..prektis) belajau kt India. Memang la tengok dalam cite ni india ni macam teruk. Tapi takde la sangat. Orang sini baik2, mayat2 dorg pon sangat membantu, dan makanan dorg serius shit sedap.

Jadi alkisahnye abes exam Block II, ayah ngan kawan2 ayah ni nak balik la malaysia. 6 bulan dah tak bergaduh ngan mak. So kami amik flight dr kochin. Kochin tu kat kerala. Jauuuuhhh...501km dr tempat ayah blajar. Kene naek train la.

So balek la. Mula2 skali sampai kat stesen, ayah mase tu sampai agak lambat dr kawan2 laen. Tp rupe2 nye dorg dengan muke taik mase tu bitau yg kami mase tu terdatang awal 2 jam. Bengang jugak, tp orait la kan? Atok korang slalu pesan - "..Kite ni biar salah awal dr salah lambat.."

Tunggu punya tunggu. Duduk punya duduk, lama punya lama, borak punya borak punya makan punya gosip punya lawak punya mencarut, baru la dorg buat pngumuman kata train da nak sampai.

Kami teros gerak pegi platform. Kami pecah2. Train india ni panjaaaaaaang. Ade 500m gamaknye. Tak pon lebih.

Jenuh jugak nak sampai platform 3. Platform 3 menghala ke selatan. Da sampai platform tu menunggu lagi. Ceh minah bg pngumuman ni bg harapan palsu je. Ade stengah jam tunggu. Tp borak2 kan, tak rasa la.

Bunyi ketapi sayup2 dan kitorg pun siap siaga la. Pasal kami sedia maklum, ketapi ni berenti kejap je. Pastu die start jalan slow2. Lambat memang kejar la macam dalam cite tu.

Lepas tu die laju la. Yg korg tengok dalam tv wayang Zorro kejar ketapi naek kuda tu menipu semua tu. Itu memang tak masuk akal.

Tup je ketapi berenti semua tempe2 (local indians) pakat gegas cari compartment, masuk. Kami ni dok blur2 bebal2 lagi. Pasal kami ni sleeper coach, yg berenti depan kami ni seating coach.

Dah kalau ktm pon berenti tak tepat ikot platform, inikan pulak india ye dok? So dalam panik ni berjaya la jumpe Sleeper coah dan kami pon melompat la naik.

Cari punya cari katil kitorg, skali bersrang sial skalian tempe kat situ. Semua tido gaya 69 je bertempek satu katil. Bayang kan katil ade 6 untuk satu section tp yg bersarang situ 10 org!

So kami pon slow talk la. Sekali depa tak pandai cakap english. So dengan ilmu bahasa Hindi yang tak sberapa ni, bermula lah sesi ayam cakap ngan itik.

Dorang macam paham je yg kami nk halau dorg. Dr rupe pon da tau dorg ni mest pnumpang tanpa izin. Org tua leader dorg tu ckp dorg akan turun kat Mangalore. Dalam 40 minit lagi kot. So sabar je la.

Rupenye member2 kat compartment laen pon de probs yg sama. Illegal boarders and dorang ni pakat duduk trabur je tak ikot nombor. Watefak??

Nak tunggu sampai mengalore tu sekelian hal jugak. Borak2 la kejap. Sorang cakap hindi. Sorang cakap english+broken hindi+ sign language. Rupenye kitorg pon salah compartment. Kitorang sepatutnya di S1 tapi kitorg pegi S2.

Tapi depan org tua tu ayah cakap tu mmg kitorg punye katil. Ahhhh! Nak tido jugak! Sambil tu uncle jidi gi tinjau2 compartment sbelah. Pon kes same jugak. Tempe menempek. Tapi da slow talk2 kitorg utamakan la beg2 gedabak dan budak2 pempuan. Kami yang S1 grup ni bantai je S2 punya katil.

Ngantuk punya pasal, tido la. Lame tu ayah dah tido, lampu bukak. Ayah kene kejut. Laki tu cakap "..hamare seat hay.." (Tempat duduk kami ni)

Ayah balas balik; "..no..no..mere seat hay!.."

Tp die bertegas gak. Mmg seat die pon. Kite buat gaya org ade plajaran la yedok?
Ayah paham dorg nak claim tempat dorg. Memang tempat dorang pon. So kami pon bangkit la gi S1, dan berhimpit kat mana katil kosong. Naseb baek ade makanan sket2. Tu pon lupe bawak kad poker, kalau tak trubat sket angin yg dah tak stabil ni.

Then sampai satu stesen. Tempe2 sekalian yg kat section laen dalam compartment tu pon keluar. Ade la beberapa katil kosong. Cukup la untuk kami2 yg bertempek ni.

Baring la kami pukul 3 pagi. Ayah mase tu tak leh tido da. Segar bugar tak leh pejam. Tu yg ayah berkarya ni. Tatkala penjual kopi, cai (teh), & rokok lalu lalang di koridor.

Dah brape stesen dah train ni berenti. Brape stesen jugak la ayah ter tanye2 adekah smpai masanya aku dihalau lagi?

Ape pon ini satu pengalaman yg menarik la.



My name is Hosni Salleh, and this is my story.


Har gade badhal rahi hay dup zindagi~

*masuk lagu kaal ho na ho campur dengkuran makcik menachi kat sebelah ni...berapa punya kuat daaaaaa*



P/s: saya sudah ada satu lagi cerita untuk anak cucu saya. Anda bagaimana?

Sent on my BlackBerry® from Vodafone