Monday, May 30, 2011

Judge

Cerita bermula sekitar 1990an, pada musim sekitar hari Wesak, dimana seorang lelaki bernama Samad memandu keretanya pulang ke kampong. Dalam kesedapan memandu keretanya, tanpa disedari, seekor kambing melintas jalan lalu bertembung lah Kancil dan kambing.

Sekonyongnya Pak Abu tuan kambing datang dengan terkejutnya lantas meraung menangisi kehilangan kambingnya, berselang seli teriakan Samad melihat remuknya Perodua Kancil kesayangan. Bertengkarlah mereka beberapa jam. Antara tengkaran2 mereka itu berbunyi;

Samad: Apsal pulak I yang salah? Ape salah I? U tak layak nak JUDGE i tak pandai bawak kete. Bukan I yang tak pandai bawak kete, tapi kambing u yang tak reti lintas jalan!

Pak Samad: Amboi sedapnya mulut u mengata! U tak layak nak JUDGE kambing I macam tu or nak JUDGE i tak reti jage kambing i. Bukan i yang tak reti jaga. Tapi kambing tu sendiri yang terlepas! Peliisss lah!

Maka setelah sekian lama mereka bertengkar dan oleh kerana masing2 bingung kerana hatta ketua kampong pun tidak berani men-judge sesiapa, maka last2 kes tu setel camtu jela.

(koff2, serius)

Sebenarnya apa itu judging?

Sejak kebelakang ni dan 2-3 belakang la jugak, newsfeed gua agak banyak mempamirkan status2 yang berbunyi seperti “kita tak layak nak judge sesiapa”, atau “jangan judge org laen, sila cermin diri dulu” atau “stop judging others!” atau “Jesus will save u in the judgement day” dan seumpamanya.

(ok, yang last tu mengarut)

Judging is to form an opinion after a consideration. Menghakimi atau menilai ini dengan ertikata laennya ialah mengeluarkan pendapat setelah membuat pertimbangan. Sebagai seorang manusia, kita melakukan judgement 24jam sehari sepanjang masa.

Daripada berbunyinya alarm Subuh kita membuat judgement sama ada mahu tutup atau snooze alarm tersebut. Mandi pagi kita berbelang dengan judgement. Berak dulu ke, gosok gigi dulu ke dsb.

Jadi semua orang melakukan judgement sepanjang masa maka kenapakah perkataan ini olah-olah menjadi konotasi negative??

Ini mungkin berkaitan dengan pendefinisian judging ini. Rata2 masyarakat kita mendefinisikan judging ini sebagai menghakimi baik buruk orang. Maka secara tidak langsungnya ia seolah-olah menjadi konotasi yang berupa negative di telinga pendengar awam.

Sungguhpun begitu, sifat hakim-menghakimi atau nilai menialai ini ialah lumrah manusia yang sukar dikikis. Saya tidak Nampak mengapa ialah perlu dipandang sebagai satu konotasi negative jikalau dibincang secara intelek.

Katakanlah gua jumpe sorang awek ni. Kali pertama die berkenalan, die senyum. Gua perhati tuturkatanya baik, sopan santun, dan pertemuan diakhir dengan awek tu blanja aiskrim. Sudah tentu gua akan judge beliau sebagai sorang inah yang baik. Lihat, gua baru je jumpe die sejam pastu gua terus judge die sebagai pempuan yang baik. Ini adalah satu judgement yang LEMAH namun pada telinga tuan2 sudah tentu berbunyi positif bukan?

Katakan pula gua jumpe sorang awek ni. Kali pertama borak ketat je muke. Tanya sepatah jawab sepatah. Tutur kata kasar dan kurang sopannya serta perbualan tidak ditamatkan dgn adab. Maka sudah tentu gua akan kata “ lu kerek la minah!” . Ini adalah judgement yang lemah kerana tidak mengambil kiraan masa berjumpa yang singkat. Namun yang memebezakan ialah kali ini telinga tuan2 akan memandang negative pada judgement gua. Walhal sama lemah je ngan kes 1 tadi.

Hal ini ditambah pula dengan status2 kontemporari diruang maya yang mengecam tindakan men-judge orang. Kononnya kerja penghakiman ini hanya layak pada Tuhan. Kononnya kita tidak boleh mengecam orang itu atau mengata begini begini hanya kerana dia berkelakuan begini-begini.

Jikalaulah semua orang menyerahkan kerja penghakiman pada tuhan, maka setiap perbalahan akan terlerai seperti kes Pak Abu dan Samad tadi!

Saya tidak menolak kwajiban kita untuk bersikap husnuzun (bersangka baik) dan pemaaf serta berhati bersih. Benarlah, hanya Tuhan yang Maha berkuasa dalam menetapkan sesuatau pada hambaNya. Dan saya setuju bahawa mengata atau mengecam pelaku itu tidak wajar malah tidak membawa faedah.

Namun kita sebagai manusia yang celik akal dengan pertimbangan waras, sudah tentu dapat menghakimi TINDAKAN-TINDAKAN manusia. Akal yang celik ini terang2 dapat menghakimi baik dan buruk sejak mula kenal dunia lagi.

Walaupun atas alasan apa sekalipun, lampu isyarat merah dijalan raya itu maksudnya berhenti. Biarlah atas alasan apa sekalipun, siapa sekali pun, tipis saat sekalipun, melanggar arahn lampu isyarat itu merupakan satu kesalahan dalam peraturan jalanraya Malaysia.

Saya tidak menghakimi orang yang melanggarnya. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. Anak nak sekolah, kain ampaian tak angkat lagi, atok nak mati dan sebagainya, namun celah mana sekalipun, perbuatan itu SALAH.

Semua jenis ideology, -isme dan agama di dunia ini mempunya satu denominator yang sama- kepercayaan.

Saya percaya, bahawa hidup saya tidak berakhir dengan mati. Saya percaya bahawa hidup saya ini sudah digariskan btas2 dan hala tuju. Saya percaya, selepas mati nanti akan ada satu lagi fasa hidup yang lain. Saya percaya, di fasa selepas mati itu nanti saya akan diadili oleh tuhan akan perbuatan saya semasa hidup. Ini apa yang saya percaya.

Jadi saya nak beritahu, sungguh pun saya ini bukanlah seorang yang begitu taat pada garis2 tersebut, namun saya percaya, kita semua berupaya menghakimi PERBUATAN yang dilakukan diri kita atau manusia lain.

Kerana kita telah pun diberi PANDUAN untuk berbuat demikian.

Hidup kan bersendi hukum.



3 comments:

Lord Hosni the Wise said...

Dan mengenai kes pak abu dan samad tadi, kalau ikutkan apa yang saya percaya, iaitu dengan merujuk ulama’, pak abu tuan kambing harus membayar ganti rugi. Ini kerana pak abu bertindak zalim sehingga tidak meletakkan kambing itu ditempatnya. Mana boleh kambing ada tengah jalan. Kambing dalam kandang la. Sekian.

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

Jesus love you all!..entri yg bagus, sila la buat comeback, scene blogging skrng dah makin hambar.

Myra said...

Like *thumbsup*