Saturday, May 21, 2011

Jendral Soedirman, Bung Tomo, dan Mao Tze Dong

"..Dan di kalangan Ahli Kitab ada orang yang jika engkau amanahkan kepada mereka harta yang banyak sekalipun, nescaya dikembalikannya kepada engkau, dan di kalangan mereka (juga) ada orang yang jika kamu amanahkan satu dinar sahaja, nescaya tidak akan dikembalikannya kepada engkau kecuali engkau mendesaknya. (Yang) demikian terjadi kerana mereka mengatakan: “Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang ‘ummi’ (orang Arab) itu.” Dan mereka mengucapkan dusta sedangkan mereka mengetahui.."

Al-Quran 3:75

Situasi bermula di sebuah tempat makan yang menjadi tempat pertemuan bagi pelajau2 Manipal. Sedang asyik makan-makan, gua ternampak gua. Seorang homo sapien yang mempunyai mons pubis, berdarah Punjab, dan berwarganegarakan Malaysia.
20 tahun gua dididik dengan budaya melayu yang mementingkan sifat pemalu, ramah, dan lemah lembut mengajar gua untuk senyum terhadap beliau yang jaraknya tidaklah dekat dengan tempat gua duduk makan.

Mngkinlah, senyuman gua ni tidak cukup ramah atau mungkin taksirannya salah, atau mungkin senyuman gua tidak cukup manis, gadis tersebut kelihatan sedikit tersinggung.

“..hey ciko! (bukan nama sbenar) apa ni! Sombong gila babi!..” ujar beliau kepada ku dengan nada kuat dan sedikit penekanan terhadap dua perkataan terakhir.

Mujurlah tempe-tempe sekitar situ tidak dapat memahami perkataan beliau. Kalau tidak, mungkin masing2 akan berpaling muka. Meskipun rakyat tempatan sekitaran itu tidak dapat memahami perkataan belia, saya terus berasa agak malu ketika itu.

Bukanlah gua malu dengan beliau, tetapi 20 tahun bergelumang dengan bangsa yang mementingkan “muka depan yang cantik” ini mengajar gua untuk malu bila gua dikaitkan dengan perbualan yang bernada kuat seperti itu patah lagi penggunaan perkataan yang kurang sopan lagi2 ditempat awam.

Gua paham, selaku seorang yang berketurunan bukan melayu, beliau kurang berpengalaman dalam menggunakan bahasa melayu dalam perbualan seharian. Maka tidak heranlah bila beliau tidak berjaya memahami nada suara, tona suara, ketinggian suara serta pemilihan perkataan yang sesuai digunakan untuk tujuan tersebut di situasi tempat awam ketika itu.

Tujuan gua menulis ini ialah untuk menyeru sekalian pembaca2 dan peminat2 supaya sentiasa bersangka baik terhadap apa jua yang menimpa anda. Jikalau ianya datang dalam bentuk keadaan, maka eloklah you all beristighfar dan tanamkan dalam diri bahawa segalanya ada hikmah. Jikalau ianya datang daripada makhluk, terimalah ia sebagai satu perbezaan budaya dan didikan.

Sekian.

p/s; Gua cuba mengajar rakan gua tadi balik tentang cara sapaan yang betul (menurut didikan 20tahun sebagai anak melayu) dengan menggunakan teknik ironi. Hingga hari ini, setiap kali gua ternampak beliau, gua akan mengangkat tangan dan menjerit nama beliau selepas perkataan “hai”. Kerana gua tak pasti gua dapat memberikan kefahaman pada beliau dengan cara penerangan. Harap2 taktik gua berjaya.

Ayat mula-mula tu sekadar renungan, takde kaitan dengan isi entri.


1 comment:

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

jendral soedirman pale otok mu, haha