Thursday, July 8, 2010
How then
When his disciples are in darkness
How then can man be cutting his flabs,
When he does not working out
How then can man be working out,
When he came home in tire
How then can man claim to hath faith,
When he transgresses bounds
How then can man be transgressing bounds,
When he needs His mercy
How then can man be begging His mercy,
When he still doeth sins
How then can man be waiting
When he ought to do something
How then can man do something,
When he can do nothing
How then can a man quit,
When he is already in halfway
How then can man be walking,
When the path ahead is still in mist
How then can man be in glow,
When the sky is still grey
How then can man be certain of anything,
When he is uncertain for everything
How then can man be firm on his say
When he hath no leverage
How then can man use all his might,
When it may harm his comrades
How then can man be smiling
When his comrades are frowning
How then?
How?
Thursday, July 1, 2010
Sesungguhnya
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu
____________________________
Nasyid daripada kumpulan Raihan ini merupakan puisi yang amat mendalam dan amat memberi makna dari sudut tasauf dan tauhid. Ia melambangkan ketinggian ilmu hakikat serta keikhlasan yang amat agung dalam perjalanan seorang hamba mencari Tuhannya. Semoga membari manfaat.


Sunday, June 27, 2010
Komen isu yg kalimah Allah tu siket. Sori isu lapok.
Ya, memang ini isu lapok.
Isu ini pada awalnya hanya berkisar soal bahasa jikalau kita teliti dengan betul, tapi akhirnya meleret-leret menjadi perbahasan akidah. Kisahnya ialah Herald Catholic mahu menggunakan nama Allah dalam artikel bahasa melayu mereka. Mereka memberi hujah bahawa bible dalam bahasa Melayu sudah lama menggunakan kalimah Allah.
Kalau kita telusuri sejarah, kita akan lihat bahawa bahasa asal Bible sewaktu awal penyebaran ialah Ibrani untuk Perjanjian Lama dan Greek untuk Perjanjian Baru.
Perkataan tuhan untuk dalam ibrani di Perjanjian Lama ialah Elohim ataupun YHWH. Sebutan YHWH ini menjadi sendiri perdebatan para rabbi. Manakala perkataan Greek yang digunakan dalam PErjanjian Baru untuk merujuk pada tuhan ialah theos. Kata nama khas (proper noun) bagi theos ialah hotheos dan kata nama am (improper noun) baginya ialah tontheos.
Apabila penyebaran kristian berlaku, bible sering diterjemahkan dalam bahasa setempat untuk memudahkan kefahaman saudara baru mereka. Dan penterjemahan itu merangkumi setiap patah perkataan termasuk lah perkataan theos itu sendiri. Berbeza dengan alquran yang mengekalkan kalimah Allah.
Bible Sepanyol menggunakan perkataan Dios menggantikan hotheos (kata nama khas) dan dios untuk tontheos (kata nama am). Sila lihat bahwa perbezaannya hanyalah Dios (“D” huruf besar) dan dios (“d” huruf kecil). Pembawaan yang sama berlaku dalam bahasa perancis dan inggeris. Mereka menggunakan perkataan “Dieu” dan “dieu” serta “God” dan “god”.
Jadi saya ingin bertanya, apakah perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan hotheos/ Dios/ Dieu/ God ini ???
Budak darjah Tiga pun pandai menterjemahkannya kepada perkataan Tuhan (“T” huruf besar) sebagai kata nama khas. Mana pulak datang perkataan Allah? Allah menurut konteks bahasa Melayu ialah kata pinjaman Arab yang merujuk pada Tuhan (Yang Esa) yang disembah oleh orang Islam!
Mungkin ada yang memberi hujah bahawa bible2 dalam bahasa arab sudah beratus tahun menterjemahkan perkataan hotheos ini kepada Allah. Jadi saya ingin bertanya, Herald Catholic mahu menulis artikel dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab? Bible yang dirujuknya ialah bahasa melayu atau bahasa Arab?
Tidak dinafikan bahawa kata nama khas bagi tuhan dalam bahasa Arab ialah Allah manakala kata nama am nya ialah al-Ilah. Tapi berbalik pada soalan tadi, Herald Catholic nak tulis artikel dalam bahasa apa? Melayu. Jadi gunalah bahasa melayu iaitu perkataan Tuhan, bukan Allah!
Penterjemah bible sendiri sudah membuat kesalahan. Inilah akibatnya merujuk bible2 yang diseludup dari luar yang tidak melalui penapisan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kalaulah benar hotheos itu sama dengan perkataan Allah, maka sudah lama Vatican sendiri mengisytiharkan perang merebut perkataan Allah itu. Tetapi mereka selesa dengan perkataan hotheos dalam greek, Dieu dalam perancis, Dios dalam Sepanyol dan God dalam Inggeris. Tiba2 apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu, mereka tak mahu guna kalimah Tuhan atau Tuhan Bapa (God the Father). Mereka mahu guna perkataan Allah. Aneh!
Tuntutan mereka ini adalah amat tidak relevan pada awal2 lagi dan pada konsep bahasa lagi sudah jauh menyimpang. Apa lagi kalau kita bincangkan dalam konsep akidah.
Friday, June 25, 2010
what's the kindest thing someone has ever done for you?
Dulu masa aku form5 aku maen bola tampar. satu petang tu kami praktis. praktis spike. masa turn aku spike, member aku blok. aku tak expect dia nak blok. aku agak terkezut dan salah landing. kaki kiri terseliuh. memang aku takleh diri. nak pijak pon saket.
pendek cite memang aku takleh diri dan member 2 orang ni tolong papah aku. yg len sambung prektis la. padang masa tu bawah. maktab aku berbukit bukau la jugak. kat tanah rata depa papah aku.
papah pun takboleh nak paph jugak eh. aku kan berat. melompat sebelah kaki la aku..sambil pegang sket2 tepi tingkap kelas2.
tapi bab nak naik tangga or kwasan berbukit la yang paling aku tacing, member aku ni kendong aku dr blakang. aku ni bukan kecik orangnye. member aku tu pulak memang kecik orang nye. ade la besar2 Kapek kelas akaun kot.
ko bayangkan. punya struggle die nk tolong aku. padahal kitorang mcam bese2 je. bukanlah rapat gile or kamcing habes. tapi kenal la jugak kan. die wat lawak aku gelak, aku wat lawak, die gelak. biase je. standard laki la..
sebak jugak la time tu. memang tacing habeh la. aku memang takleh kalau org tolong aku n aku rse trhutang budi..
name beliau saifullah. dah kat korea dah pon. yang sorang lagi syahmi. Aku doakan mereka berjaya dunia akhirat. amin~
p/s: lusa tu pergi hospital. X-ray and doktor cakap retak bahagian fibulla. MC 7 minggu beb~
Wednesday, June 23, 2010
Apakah Maksud "Spender Basah" ?
Saudara Iskandar,
Adalah sesuatu yang tidak dihairankan apabila ada orang awam seperti saudara yang tidak tahu mengenai perkara ini kerana perkara ini walaupun sudah lama, tapi masih menjadi perbincangan. Ia masih dalam perdebatan para ulamak serta para pukimak dan para emak-emak.
Jadi untuk mengambil jalan selamat, kita patut merujuk pada pendapat yang muktabar dalam perkara ini. Imam Ibnu Salleh at-Tampani dalam kitab agungnya al-Muqaddimah Fil Safindir wal Bara wal Biqini (Pengenalan Dalam Hal Spender, Bra dan Bikini) telah memberi keterangan berkaitan isu ini dengan mendefinisikan spender basah sebagai “metafora yang digunakan masyarakat remaja melayu untuk seseorang yang tidak meladeni pertanyaan atau percakapan mereka dek kerana asyik dengan sesuatu perkara lain” (rujuk halaman 3681)
Apabila kita bercakap atau bertanya dengan seseorang itu, tetapi orang itu langsung tidak menyedarinya atau melayani kita bukan diatas sebab pekak, bisu, atau permusuhan, maka kebiasaannya kita akan menggelarnya sebagai spender basah. Hal ini adalah kerana perbuatan kita bercakap atau bertanya padanya tidak membawa apa2 responsi, yang mana sama sahajalah jika kita bercakap dengan spender basah. Tidak ada responsi.
Hal ini sering terjadi kepada pemain-pemain DoTA. Mereka terlalu asyik dengan dunia DoTA mereka lalu mereka tidak mengendahkan sebarang komunikasi dengan orang lain sekeliling mereka melainkan dalam hal DoTA. Inilah keadaan yang menyamakan mereka dengan spender basah.
Spender basah hanyalah metafora. Mungkin ada yang bertanya, kenapa spender basah, bukan benda lain. Ini merupakan perkara furu’ (cabang). Imam Ibnu Salleh at-Tampani sekali lagi dalam kitab lainnya al-Andarwair kal Misalah fil Lughatul Malayuwiyyah (Pakaian Dalam Sebagai Perumpamaan dalam Bahawa Melayu) menjelaskan bahawa penggunaan kalimah “spender basah” itu hanyalah mengikut peredaran zaman dan maqam dan tidak mengapa jika diubah tujuannya.
Orang awwam bebas menggunakan istilah lain seperti tunggul kayu, nasi goring, mahupun sayap kapal terbang. Namun ia mestilah difahami orang sekeliling.
JAdi saya menyerulah supaya perkara ini disampai-sampaikan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Yang Maha Pencipta dan yang lemah itu adalah keburukan saya sendiri.
Saturday, June 19, 2010
Air Nnape?
Nothing is actually more beautiful than driving besides your mom, in the midst of the scorching June, crossing the havoc and jammed city of Kuala Terengganu, while listening to her updates on the latest news of the kampong folks.
We enjoy ourselves as we cursed the Terengganunese at our lefts and rights, who were violently terrorizing the traffic law. Maybe this sounds simple or rather pathetic, but it is actually sweet and honourable to be your mom’s driver.
The best sound I have ever listened to would be my mother’s scream whenever i massage her legs. It made me feel that I am doing the right thing and touching the right spot, though I don’t really have any idea on whatever I am doing.
The best house chores would be cooking for your mother, and listening to her yells afterwards as she found out the mess you left behind in the kitchen. This is the beauty of life.
Gosh, I love my mi madre.
p/s: “Air nnape?” is loosely translated as “what drink?” in Terengganunese accent. It is derived from the phrase “Air mende ape?” or “Air ape?”. This question was comes from a cashier guy in Giant, where I bought a citrus drink for my mother.
"Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honor.
And out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: ‘My Lord! bestow on them Thy Mercy even as they cherished me in childhood'
(The Holy Koran 17:23-24).
_
Thursday, June 10, 2010
Kenapa ko benci kucing!
Wajidi, (ye, aku tahu kau yg tanya soklan ni)
saya tidak tahu dimanakah anda mendapat fakta ini, tapi saya sememangnya tidak pernah mempunyai masalah dengan kucing, apatah lagi membenci mereka.
saya cuma berpendapat bahawa tidak salah untuk tidak menghiraukan ngiauan-ngiauan mereka di dewan selera meminta makan dari bawah meja.
dan jikalau kucing tersebut mula menggesel kaki orang yang di-minta-makanan-padanya, dan geselan itu menimbulkan kegelian yang mengganggu, maka saya berpendapat adalah tidak salah jika kucing itu disepak.
dan jikalau kucing tersebut berak merata-rata, sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada individu dan orang awam, maka saya fikir tidak salah jika kucing tersebut dibuang, atau disebat "on sight"
dan saya juga berpendapat bahawa kucing tidak layak untuk menjadi topik perbualan yang hangat, seolah-olah hal kucing sama tarafnya dengan hal politik negara atau isu Tipah-Cerai-lagi dan seumpamanya.
sekali lagi saya tegaskan, bahawa saya TIDAK MEMBENCI KUCING. Benar saya mempunyai pendapat tersendiri terhadap isu-isu berkaitan kucing, tapi untuk mengatakan saya membenci kucing, adalah tidak benar sama sekali.
_