Sunday, June 27, 2010

Komen isu yg kalimah Allah tu siket. Sori isu lapok.

Ya, memang ini isu lapok.

Isu ini pada awalnya hanya berkisar soal bahasa jikalau kita teliti dengan betul, tapi akhirnya meleret-leret menjadi perbahasan akidah. Kisahnya ialah Herald Catholic mahu menggunakan nama Allah dalam artikel bahasa melayu mereka. Mereka memberi hujah bahawa bible dalam bahasa Melayu sudah lama menggunakan kalimah Allah.

Kalau kita telusuri sejarah, kita akan lihat bahawa bahasa asal Bible sewaktu awal penyebaran ialah Ibrani untuk Perjanjian Lama dan Greek untuk Perjanjian Baru.

Perkataan tuhan untuk dalam ibrani di Perjanjian Lama ialah Elohim ataupun YHWH. Sebutan YHWH ini menjadi sendiri perdebatan para rabbi. Manakala perkataan Greek yang digunakan dalam PErjanjian Baru untuk merujuk pada tuhan ialah theos. Kata nama khas (proper noun) bagi theos ialah hotheos dan kata nama am (improper noun) baginya ialah tontheos.

Apabila penyebaran kristian berlaku, bible sering diterjemahkan dalam bahasa setempat untuk memudahkan kefahaman saudara baru mereka. Dan penterjemahan itu merangkumi setiap patah perkataan termasuk lah perkataan theos itu sendiri. Berbeza dengan alquran yang mengekalkan kalimah Allah.

Bible Sepanyol menggunakan perkataan Dios menggantikan hotheos (kata nama khas) dan dios untuk tontheos (kata nama am). Sila lihat bahwa perbezaannya hanyalah Dios (“D” huruf besar) dan dios (“d” huruf kecil). Pembawaan yang sama berlaku dalam bahasa perancis dan inggeris. Mereka menggunakan perkataan “Dieu” dan “dieu” serta “God” dan “god”.

Jadi saya ingin bertanya, apakah perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan hotheos/ Dios/ Dieu/ God ini ???

Budak darjah Tiga pun pandai menterjemahkannya kepada perkataan Tuhan (“T” huruf besar) sebagai kata nama khas. Mana pulak datang perkataan Allah? Allah menurut konteks bahasa Melayu ialah kata pinjaman Arab yang merujuk pada Tuhan (Yang Esa) yang disembah oleh orang Islam!

Mungkin ada yang memberi hujah bahawa bible2 dalam bahasa arab sudah beratus tahun menterjemahkan perkataan hotheos ini kepada Allah. Jadi saya ingin bertanya, Herald Catholic mahu menulis artikel dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab? Bible yang dirujuknya ialah bahasa melayu atau bahasa Arab?

Tidak dinafikan bahawa kata nama khas bagi tuhan dalam bahasa Arab ialah Allah manakala kata nama am nya ialah al-Ilah. Tapi berbalik pada soalan tadi, Herald Catholic nak tulis artikel dalam bahasa apa? Melayu. Jadi gunalah bahasa melayu iaitu perkataan Tuhan, bukan Allah!

Penterjemah bible sendiri sudah membuat kesalahan. Inilah akibatnya merujuk bible2 yang diseludup dari luar yang tidak melalui penapisan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kalaulah benar hotheos itu sama dengan perkataan Allah, maka sudah lama Vatican sendiri mengisytiharkan perang merebut perkataan Allah itu. Tetapi mereka selesa dengan perkataan hotheos dalam greek, Dieu dalam perancis, Dios dalam Sepanyol dan God dalam Inggeris. Tiba2 apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu, mereka tak mahu guna kalimah Tuhan atau Tuhan Bapa (God the Father). Mereka mahu guna perkataan Allah. Aneh!

Tuntutan mereka ini adalah amat tidak relevan pada awal2 lagi dan pada konsep bahasa lagi sudah jauh menyimpang. Apa lagi kalau kita bincangkan dalam konsep akidah.

Ask me anything. Anything. Really.

15 comments:

bawangmerah said...

tiba-tiba aku seperti tidak mengenali kau, hosni.

lordhosni said...

farahin;
dulu tak suke artikel spender basah aku..ape masalah ko!

Anonymous said...

hosni semakin matang

bawangmerah said...

HAHAHAHAHA
i love teasing you

abbad said...

walaupun aku dah belajar perkara ini semasa semester lepas.. dan aku bersetuju tentang penggunaan nama Allah dipakai oleh kaum kristian di malaysia, tapi thanks sebab bagi info yang sangat menarik :)

abbad cute ;p

hanis fozi said...

hmm..gud sharing
pndpt individu saya
tpulang pd niat mereka utk mnggunaknnya.
jk mereka mngakui keesaan Allah n mnggunakn nama Allah itu ats sbb mngakui Allah itu tuhan mereka juga..saya setujulah

tp jka mnggunakn nama Allah itu dgn mksud mnyama tarafkan kdudukan Allah dgn tuhan2 mereka..jadi saya kurg bsetuju.
allahualam..btw..thnx 4 da sharing

hanis fozi said...
This comment has been removed by the author.
bLaDe said...

style~...aku mmg da lame nak dengar mende camnh daripada ko..nice de~

Bastart said...

Nama Allah ada 99 kan? Then perkataan 'Allah' tu apa?

Lord Hosni the Wise said...

anon;
trimas..len kali gne name betol eh..

bawang;
ko mmg budak2 yg menggeramkan!

hanis;
that is undeniable~

blade;
haiz..memang dah lame aku tak wat decent entry mcam ni..ni pun ade org tnye kat formspring..kbetulan plak ade mood..

rasyid;
Allah dr segi bahasa maksudnye Tuhan (kata nama khas). dari segi istilahnye kite rujuk pada satu zat yang agung yang berada di arashnya, yg tidak ada persamaan/ sekutu baginya, yang menjadikan tiada drpd yg ada, dan ada drpada yg tiada.

99 nama Allah tu disusun ulamak berdasarkan alQuran, lebih pada gelaran dan sifat. tapi die nama la. nama2 yang baik.

Lord Hosni the Wise said...

abbad;
trimas..mungkin ko boleh kongsi sikit pasal isu ni...

kaizen-arts said...

Now that is an awesome point.

-Kai-

Lord Hosni the Wise said...

kai;
tahnx..are you kairani from 516?

kaizen-arts said...

Yes, I am :D

-Kai-

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

full of brilliant ideas n contents...keep it up...