Wednesday, June 23, 2010

Apakah Maksud "Spender Basah" ?

Saudara Iskandar,

Adalah sesuatu yang tidak dihairankan apabila ada orang awam seperti saudara yang tidak tahu mengenai perkara ini kerana perkara ini walaupun sudah lama, tapi masih menjadi perbincangan. Ia masih dalam perdebatan para ulamak serta para pukimak dan para emak-emak.

Jadi untuk mengambil jalan selamat, kita patut merujuk pada pendapat yang muktabar dalam perkara ini. Imam Ibnu Salleh at-Tampani dalam kitab agungnya al-Muqaddimah Fil Safindir wal Bara wal Biqini (Pengenalan Dalam Hal Spender, Bra dan Bikini) telah memberi keterangan berkaitan isu ini dengan mendefinisikan spender basah sebagai “metafora yang digunakan masyarakat remaja melayu untuk seseorang yang tidak meladeni pertanyaan atau percakapan mereka dek kerana asyik dengan sesuatu perkara lain” (rujuk halaman 3681)

Apabila kita bercakap atau bertanya dengan seseorang itu, tetapi orang itu langsung tidak menyedarinya atau melayani kita bukan diatas sebab pekak, bisu, atau permusuhan, maka kebiasaannya kita akan menggelarnya sebagai spender basah. Hal ini adalah kerana perbuatan kita bercakap atau bertanya padanya tidak membawa apa2 responsi, yang mana sama sahajalah jika kita bercakap dengan spender basah. Tidak ada responsi.

Hal ini sering terjadi kepada pemain-pemain DoTA. Mereka terlalu asyik dengan dunia DoTA mereka lalu mereka tidak mengendahkan sebarang komunikasi dengan orang lain sekeliling mereka melainkan dalam hal DoTA. Inilah keadaan yang menyamakan mereka dengan spender basah.

Spender basah hanyalah metafora. Mungkin ada yang bertanya, kenapa spender basah, bukan benda lain. Ini merupakan perkara furu’ (cabang). Imam Ibnu Salleh at-Tampani sekali lagi dalam kitab lainnya al-Andarwair kal Misalah fil Lughatul Malayuwiyyah (Pakaian Dalam Sebagai Perumpamaan dalam Bahawa Melayu) menjelaskan bahawa penggunaan kalimah “spender basah” itu hanyalah mengikut peredaran zaman dan maqam dan tidak mengapa jika diubah tujuannya.

Orang awwam bebas menggunakan istilah lain seperti tunggul kayu, nasi goring, mahupun sayap kapal terbang. Namun ia mestilah difahami orang sekeliling.

JAdi saya menyerulah supaya perkara ini disampai-sampaikan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Yang Maha Pencipta dan yang lemah itu adalah keburukan saya sendiri.

Ask me anything. Anything. Really.

7 comments:

bLaDe said...

member ak slalu pakai term macam ckap dengan "boxer basah yang aku gantung kat depan umah dengan hanger, psth da nak kering da pon"...th mmg sial cam haram la...:D

petite girl said...

haha.i baru tahu term ni:)

bawangmerah said...

aku benci kau buat entri ala2 fakta!

Juice said...

owh, baru saya mengerti

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

tapi yg uniknya bila kte ckap org tu mcm spender basah terus je dia jawab 'ye..aku dgr la'..sgt menarik..

Bastart said...

aku panggil depa anak haram ja. alhamdulillah, akhirnya depa dah pandai menyahut panggilan aku

Lord Hosni the Wise said...

blade;
Ya, perbedaan kalimah yang digunakan itu yang akan menghasilkan apa yang dipanggi al-waryasi ataupun kepelbagaian. itu yang kite hendak tu..


petite;
bersamalah kita meluaskan ilmu di dada kita insyaallah. Azam tu yang penting.

bawang;
Awak ni perlu menjalani semula kursus pemantapan akidah bagi membetulkan semula pendirian awak ni. anak pak Wahhab memang macam tu.

mujus;
Semoga kefahaman saudara dapat membuatkan saudara lebih bersungguh untuk mengubah diri dan tidak lagi mengulang kesilapan lama. azam tu yang penting.

wajidi;
itu jua termasuk dalam perkara furu'.reaksi boleh datang dalam pelbagai macam. saya syorkan saudara rujuk karya Imam Ibnu Salleh at Tampani yang saya sebutkan dalam artikel ini. Moga2 saudara berjumpa jawapannya.

Bastart;
baguslah tu. sekarang meungkin mereka menyahut sahaja, esok lusa mungkin mereka akan pandai pause gamu tu kejap, dan mana tahu kalau kita beristiqamah memanggil mereka anak haram , mungkin mereka akan menyahut, pause game malah tolong buat maggi untuk kita..istiqamah tu yang penting..