Friday, October 24, 2008

2 minit 36 saat

Nokia Daun ku berbunyi lagi, tp kali ini bukanlah untuk panggilan dr sesiapa, tp hanyalah sebuah reminder, yg telah aku set kan sehari sebelumnya. Reminder supaya aku membuat panggilan pd ibubapaku. Kisah seorang rakanku yg baru sahaja kehilangan bapanya benar2 membuatkan aku tersentuh sekaligus membuatkan kan aku teringat kalimah2 Guru Ikhwan di kelas Ilmu Hisab pada bulan puasa yg lalu.

" Haih...ghasa hujung minggu ni nk pi balik kampung la..bukak puasa dengan mak.." ujar Guru Ikhwan didalam kelas, lebih kepada bermonolog dengan dirinya sendiri dalam loghatnya.

Sejurusnya terdengar bunyi2 gelak kecil, atau (pada pendapatku) bunyi2 yang sepertinya sedang geli hati, lantaran orang yg sedewasa itu mahu bermanja-manja dengan ibu sendiri. Kayaknya seperti satu sindiran pada guru itu, atau mungkin sekadar geli hati.

"eh..sweet apa balik bukak puasa dengan mak..hapa la hangpa, nanti mak hangpa da takdak baru hangpa tau," balas Guru Ikhwan dengan senyuman hariannya, lantas terus memeningkan sekalian kami dengan garisan2 graf dan nombor2 yang berupaya membuatkan medulla oblangata ku terbelit.

Memoriku pada peristiwa itu membuatkanku melayang jauh, serta membulatkan tekadku untuk menghubungi ibubapaku. Namun kesibukan harian membuatkan anak "durhaka" sepertiku ini sering terlupa, lantas menyebabkan aku terpaksa mengadakan reminder.

2 minit 36 saat

itulah panjang masa perbualanku dengan ibuku malam td. suara dalam dan serak2 ibu tuaku itu cukup untuk memberitahu ibuku bahawa dia sudahpun melabuhkan punggungnya di katil. dan ayahku pula sudah lama tidur lantaran panggilan itu dibuat pada jam hampir 12malam (biasanya mereka sudah tidur sekitar jam 9).

Pemendekan cuti hujung tahunku sebanyak 1 minggu yg baru sahaja diumumkan Pentadbiran Kolej ku ini merupakan satu kemujuran bagiku, lantaran ia boleh dijadikan modal utama, kerana biasanya aku hanya menghubungi mereka apabila tiba cuti ataupun apabila tiba kesuntukan pitis. Aneh bukan budak2 lelaki ini?


p/s : kata-kata Guru Ikhwan itu terus bermain-main di benakku, ketika aku mencoretkan post ini, sambul dikelilingi makhluk2 bernama azhurin, hazim, abe, aki,dan ariff, sambil kaki hazim mengugut2 untuk singgah ke mukaku ketika ku menaip ayat2 terakhir ini.

"eh..sweet apa balik bukak puasa dengan mak..hapa la hangpa, nanti mak hangpa da takdak baru hangpa tau,"

6 comments:

bawang merah said...

2 minit? sekejap nye...
ape je la yg ko borak?
chop2, ni ko call mak ko eh? ok. ni kes kredit tak cukop la ni?
oo..kalau gf, bkn men agi bleh habis kn byk ek, tp untuk mak?

hahaha

aku cakap mcm bagus jek.hehe. walhal, aku same jahat.

sori ya.

ok la tu, at lis ko tepon mak ko.
aku ni?
tunggu parents aku call. muahahaha.

hey, da last quatation agak menyentuh la. isk!

-miyn- said...

lelaki mmg mcm tu..

aku kdg2 bayang jugak kalau aku jd mak, tobat meleleh air mata aku ada anak laki yg buat mcm aku x wujud ni..

heeee~

Lord Hosni de Croquignolet said...

mak aih...both comment da mcm menikam aku..ak sayang mak ak tau!! grr..

err..ak x kol la mak ak..ak miskol..hehehe(ktawe ngan rse bsalah)

Lord Hosni de Croquignolet said...

.

bawang merah said...

laaa...
ko miskol ke?
ehehe..same ar, aku miskol ayah aku. pastu dia kol aku balik.
ye r, dia celcom, aku maxis!!

(berkire la plak kan aku ni....)

Lord Hosni de Croquignolet said...

nukan namenye berkire tu..
itu namenye berjimat..hehe