Saturday, October 18, 2008

Penyu, Dacing, dan Bulan


Aku meniarap di lantai merah bilikku ini selepas kepenatan yang teramat di sambutan hari raya di dewan tun hussein onn yg serba indah itu. Suria yg baru menampakkan kelibat lantaran hujan dan mendung di sebelah pagi, disertai hujan yang membuatkan setiap insan di Sekolah Dunia ini berlingkar di atas katil serta dilitupi gebar2 yang tebal lagi menghangatkan. Cuaca begini sememangnya membantutkan sebarang usaha untuk bermanja-manja dengan sebarang buku apatah lagi Novel SAGA. Lantas, dengan penuh kudrat, diriku yg berat ini dipaksa bangun juga, lantaran sebaldi pakaian menanti berusan, kincahan, bilasan dan perahan tanganku ini.

Cuaca sebegini dingin melayangkan benakku ke halaman rumah lamaku di Kuantan, dimana sebahagian besar dari 17 tahun hidupku dihabiskan sebelum kami berpindah ke Terengganu. Cuaca sebegini, sering membuatkan aku terkenang kembali detik2 kami sekeluarga berkelubung di bawah comforter didepan TV, ditemani cangkir2 kopi panas, dan dentingan2 air hujan, yang menghentam atap rumah kami, dalam suasana musim Tengkujuh yang dasyat. Banyak kenangan2 indahku disini, yang amat ku hargai dan ku rindui, sehingga Kami adik-beradik kesemuanya semacam kurang setuju untuk berpindah ke Bumi Penyu itu.

Namun masa yg berlalu mengubah persepsiku dan kini kenyataan bahawa setiap kali cuti aku akan pulang ke Terengganu bukannya Kuantan, akhirnya boleh juga kuterima. Entah bagaimana, kecintaanku pada Bumi Penyu ini mula berputik, mungkin kerana kemurahan harga makanannya, atau juga kerana kami juga satu rumpun, semuanya pantai timur. Namun kunjungan ku ke Tanah Che Siti Wan Kembang memperlihatkanku pembangunan yg agak pesat, jauh jika dibandingkan dengan Bumi Penyu ku ini, jauh jika dibandingkan dengan celaan2 media dan Si Keri Jamaludin.

Jika diselusuri sejarah lampau, Bumi Penyu ini amat bertuah sekali. Masakan tidak, lautnya sahaja menimbulkan emas hitam yang menggunung tinggi, sekaligus menambah hasil mahsul negeri ini. Maka pastilah penuh pembendaharaan Bumi ini. Namun selepas perjanjian Petronas 1979, yg disaksikan sendiri Tun Salleh Abbas , yg memperlihatkan peruntukan keuntungan Petronas sebenyak beberapa persen dimasukkan ke dalam poket Bumi Penyu ini, sudah tentulah Bumi ini sepatutnya lebih pesat membangun, lebih galak dimajukan, lebih jangak rakyatnya, dan bermacam lebih lagi berbanding rakyat negeri lain. Tetapi realiti menunjukkan sebaliknya!

Sewaktu era Ayah Wan memerintah di bawah panji2 Dacing, pembangunan amatlah sedikit dan tidak padan langsung dengan hasil mahsul negeri! Masakan tidak, Bumi Penyu pada waktu itu berada di tangga kedua termiskin selepas Tanah Kinabalu. Merempatlah rakyatnya di bumi sendiri yang kaya raya. Durjanalah kamu wahai pemimpin2 khianat. Jawablah kamu di hari pengadilan nanti! Jawablah kamu ketika berdepan denganNya! Jawablah kamu ketika anak2 kecil, balu2, fakir miskin datang membuat tuntunan pada kalian! Jawablah! Ketika dihadapan mu ialah Dia Yang Menciptakan kalian, Yang Maha Mengetahui segala tersirat dan tersurat! Jawablah kalian! jawablah kalian! jawab!

Tahun 1999 melabuhkan subuh yang baru, dimana Bulan akhirnya Mengambang Penuh di Bumi Penyu itu. Berarak lah insan2 berketayap bersama-sama kibaran bendera2 hijau-putih meraikan kemenangan. Kata Tuan Guru Hadi waktu itu, urusan mahsul akan dijaga dengan lebih baik. Dan segala kepincangan zaman Ayah Wan dibongkar habis! Maka terdedahlah segala penyelewengan yang tidak terhingga. Masakan sebatang pokok bongsai yg di tanam-tanam itu herganya mencecah ribuan ringgit sepohon! Bergempitalah rakyat memarahi Ayah Wan, sekaligus menjatuhkan lagi air muka Sang Dacing. Namun panas tidak sampai ke petang, hujan muncul ditengah hari. Konvensyen Sang Keris mendesak dan mendesak supaya royalti petronas itu ditarik, sekaligus menarik jutaan ringgit dari pembendaharaan negeri, sekaligus memustahilkan pimpinan Tuan Guru menunaikan janji-janjinya, sekaligus melanggar perjanjian yang Ayah Wan sendiri meterai, yang menerangkan beberapa persen hasil bumi itu adalah milk RAKYAT TERENGGANU. Dimana Ayah Wan ketika itu?? dimana? dimana Ahmad Said ketika itu?? dimana??.

Itulah, alkisah khianat pemimpin2 melayu. alkisah hasad dengki pemimpin2 melayu. yang kononnya mahu membela nasib melayu. yang kononnya berlindung dibawah panji-panji Sang Keris Merah Putih. Hal yang sama turut berlaku selepas tanggal 8 Mac yg lalu. Rebahnya panji2 Dacing di bumi presidennya sendiri, dan diganti oleh bendera Sang Roket yang membara. Sekali lagi Konvensyen Sang Keris menggesa Kerajaan Pusat menarik segala projek2 mega di negeri pimpinan Guan Eng itu, dengan alasan orang2 melayu disana menolak pembangunan dengan memangkah pembangkang. Dengan alasan ingin mengajar orang melayu disana. BODOH!!

Koh Tsu Kun pula lantang menegah! katanya biarlah projek2 itu sedia terus di bumi itu. Maka Pak Lah the Sleeping Beauty pun akur. Membisukan teriakan2 marah orang2 Sang Keris. Lihat bagaiman orang Tionghua ini!! lihat! bagaimana sayangnya dia akan orang2nya di negerinya! Biarlah bukan dia yang memimpin, tapi asalkan orang2nya menikmati pembangunan! Itu sikap orang Tionghua! Kita ini pula bagaimana?? bukankah royalti yang ditarik dr Bumi Penyu itu, akhirnya memberi kesan pada rakyatnya juga, yang majoritinya orang melayu! Orang Islam! yang dahagakan sedikit HAK mereka itu!!

Pemimpin2 yang berpanjikan Sang Keris ini, lantang mengutarakan perjuangan mereka, kononnya demi anak bangsa, kononnya demi pembangunan, kononnya demi Melayu!! Lantas dimanakah kalian ketika Royalti itu ditarik? Dimana Ahmad SAid? Dimana Ayah Wan? Dimana Najib? Dimana Deris Jusoh?? Dimana?? Dimanakah kalian??????

Tidakkah kalian malu dengan Koh Tsu Kun? Bagaimana murninya dia membela rakyatnya biarpun dia kalah teruk! Sedangkan kalian wahai SAng Keris! Terlalu busuk hati kalian dengan hasad dan dengki!! Malulah kalian! Malulah! Malu!! kononnya juara pembela bangsa!! namun kalian tidak lebih dari dubuk yang berebut-rebut meratah cebisan daging yang sedikit!

Wahai pemimpin2 khianat! pemimpin2 durjana! suatu hari nanti kalian akan bertemu dengan Tuhan kalian! di hari segala anggota kalian menjadi saksi. Dan lidah kalian kelu! disaat fakir miskin, anak2 yatim, balu2, anak2 kecil, datang mebuat tuntutan pada kalian! Bagaimana kalian mahu menjawab?? Sedangkan hidup halian di bumi ini penuh dengan pengkhianatan dan hasad dengki!! Malu lah kalian dengan Koh Tsu Koon!! Malulah kalian di hadapan anak2 bangsa kalian sendiri! yang kalian fikir terlalu bodoh untuk mengetahui kerja jahat kalian! malulah kalian!! Malu!!!

Semoga Allah lah yang membalasnya

_

No comments: