Saturday, January 2, 2010

Lord Hosni Dah Nak Balik

Kuala Terengganu, 2 Januari 2010 - “Lord Hosni the Wise akan bertolak malam ini,” itulah yang diucapkan oleh setiausaha peribadi Lord Hosni kepada media awal pagi tadi. Berikutan itu, satu sidang media khas diadakan di perkarangan rumah beliau. Beliau berkata bahawa beliau akan berangkat malam ini juga untuk pulang ke kolej tercinta. Butir-butir perjalanan tidak pula didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

“Ya, memang pada mulanya saya mahu balik esok saja, tapi peminat terlalu mendesak. Saya pun tak sampai hati nak hampakan mereka.” Apabila ditanya mengenai tugasan-tugasan kolej, beliau enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta wartawan yang bertanya itu diiring keluar oleh sepasukan pengawal.

Beliau yang akan meneruskan semester terakhir beliau itu terus terang melahirkan rasa bimbang tentang perjalanan semester akhir dan peperiksaan akhirnya yang kini hanya tinggal beberapa bulan.

“Ya, memang saya rasa gusar dan gelisah. Maklumlah perkara ini bukan main-main malah menentukan masa depan saya. Tapi kalau gelisah sahaja pun tak guna kalau tidak bertindak. Itu yang saya kecewa dengan diri saya.” Menutup sidang media, beliau amat berharap agar keluarga, rakan-rakan, peminat serta penyokong akan terus memberikan sokongan padu pada beliau dan mengiring perjuangan beliau dengan doa dan dorongan.

“Doakanlah kejayaan saya, kerana saya benar-benar harap dapat berjaya program (IB) ni supaya dapat melanjutkan pelajaran ke luar (negara), kemudian balik berkhidmat (pada nusa dan bangsa).” Ujar beliau kepada lebih 30 wartawan dan jurnalis bebas yang hadir. Dalam kesempatan itu, beliau turut mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia dan kenalan luar negara- Bernama

_

12 comments:

shiedahkamil said...

gmbr mse sidang media xde?

Syazwan Harun said...

aku benci ble ko wat cmni

pja_chan said...

sengalll~

bawangmerah said...

peminat you ni tak sabar nak jumpa you.
aaawwwww~!

AmirsYafiq said...

hahaha...
you are weird..
but in the beautiful way..ahahaha

gEe said...

alhamdulillah.. slmt pulang udah kite yer... x sangka pulak Encik satu bas dgn saye.

Imran said...

never cease to amuse me.

=). Likes this. Peace out

lordhosni said...

shiedah;
ini cuma salinan artikel shaja. artikel asal yang bergamabr boleh lihat di Bernama.

wanrun;
malangnya sedikit pun kebencian anda tidak menjejaskan saya

pja;
=).....

pain;
sabar2, nanti saya sediakan autograf

amir;
semua orang unik. uni menghailkan perbedaan. perbedaan menghasilkan kecantikan.

gee;
Ya, lebih selamat. lebih 20 pengawal peribadi saya menyamar sebagai penumpang lain dalam bas itu.

imran;
terimakasih banyak2. semoga berjaya menyelesaikan masalah.

emy said...

ak sokong wanharun

lordhosni said...

emy;
lolz..pergi marah Bernama la wei.

Lily Cartina said...

Encik Hosni, bagaimana pula dengan peminat anda di Kuantan?
Mereka setia menunggu Encik Hosni di tepi lebuhraya sambil memegang banner "WE WANT LORD HOSNI!!".

lordhosni said...

jangan risau, kerana Lord Hosni dalam perancangan mengadakan road tour!

NANTIKAN!