Wednesday, December 30, 2009

Pengalaman Abang

1. Cadang-cadang nak pergi Penang dulu, nak ambil barang-barang Abang punya abang. Tapi alih-alih hotel semua penuh pasal Krismas. Abang hairan jugak diorang dok sambut-sambut Krismas ni. Rukun Triniti tak pernah hafal pun.

2. Jadi pendek cerita kami lepak Ipoh dulu. Kampung mak Abang. Macam biasa la, bila dah berkumpul tu, banyak pulak timbul gossip-gosip panas saudara mara. Abang pun join the round table la. Maklumlah, takde saudara yang sekufu. Layan je isu-isu politik, pencen kerajaan, duit KWSP, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

3. Tak lupa jugak tradisi ziarah kubur. Biasanya sekali dengan tradisi ziarah kubur ni jugak ialah tradisi “berbalah kubur yang mana satu”. Tapi tradisi ni dah pupus pasal sekarang ni kubur-kubur tu dah bernama. Jadi takdelah lame sangat Abang dok tengah panas tunggu kata putus kubur yang mana.

4. Lagi satu yang tradisi ialah penceritaan Hikayat Salasilah Keluarga masa dok ziarah kubur tu. Baik pasal yang didalam kubur, mahupun yang melawatnya. Abang dari dulu lagi kalu bab-bab ni memang Abang lemah siket. Tapi takdalah teruk sangat. Setakat C5 ke C6 tu biasalah. Lulus tu yang penting.

5. Lagi satu kalau balik Ipoh, mak Abang mesti cari Popia Basah SS Ali. Sedap jugak. Kat pasar malam takde, die paksa ayah Abang pergi tengah bandar. Abang layan je.

6. Berderum pulak pergi Penang. Kali terakhir pergi tahun 2005 kot. Lawa jugak pemandangan atas jambatan. Dah amik abang Abang tu, terus cari tempat lunch. Pelik driver-driver Penang ni. Sikit-sikit hon. Sikit-sikit hon. Tau lah plate C.

7. Makan malam dekat Padang Kota. Orang cakap, sinilah nak tangok anak melayu mabuk malam merdeka. Hajat di hati nak pekena Char Kuey Teow. Tapi, aduh, Abang bila ingat balik rasa bengkak pulak. Abang rasa cemerlang lagi Char Kuey Teow pasar malam Ampangan. Tapi nasib baik passembor die boleh tahan mantop beb!

8. Abang kan kalu orang nak khianat ke nak menipu ni Abang boleh maafkan lagi. Melainkan 3 perkara. Soal hidup mati, soal masa depan, ngan soal makanan. Char Kuey Teow die entah apa-apa. Berkuah tidak. Kering pun tidak. Tak retilah Abang nak menghuraikannya. Geram betul. Udang besau dua ketul. Mau tak 8 ringgit harga beliau.

9. Jenguk-jenguk Batu Feringhi. Ingat nak cari beg kulit. Dah lame mengidam. Cari-cari, tak jumpe yang berkenan dihati. Cari-cari lagi, tauke pulak tak layan. Mujur perempuan. Kalu tak dah tengking dah. Apa dia ingat Abang takde duit ke? Ini yang Abang panas ni. Cari-cari lagi. Jumpe lah yang berkenan dihati, tauke pulak ikhlas meladeni. Bukak-bukak dompet pulak duit besar ade sekeping je rupenye. Hebat jugak Tauke pempuan tadi. Sedih.

10. Tiba masa balik rumah. Nyanyi-nyanyi lagu Balik Kampung dengan gumbira. Takdelah gumbira sangat pasal kerja bertimbun lagi tak siap. Sabtu malam dah nak naik bas. Sampai kat Jeli, Abang teringat satu perkara. Nasik Kandar tak pekena lagi!!!! Serius lupa walupun dah senarai!! Down sampai subuh.


_

12 comments:

kepalmawie said...

bang, pegi layan char kuey teow padang kota watpa...
kat perai banyak, kat bukit mertajam pun 1st class apa
ko kalau bab2 makanan memang championkan, perot tu da besar mana da??

pja_chan said...

mawi ko jgn men2. hosni nye prot da kecik sket ar skrg huuuu

ak ske part ko xleh org mnipu psl makanan. cool la abg ahhaha

bLaDe said...

pergh...camne abang bole lupe nasi kandar bang...pehhhh...baek pegi mati la bang:PP...hahaha

bawangmerah said...

roommate aku orang penang.
kau nak aku pesan kat dia beli nasi kandar tak?

Lord Hosni the Wise said...

mawie;
lu ni..org dok story psal pulau, lu pegi story pasal seberang..adoyai..

pja;
haa...jgn men2 tau mawie..
hehe..bese je..cool2 mcam tu je..

blade;
itu pasal la dik..Abang rase nk letupkan diri je..down

bawang;
dik, adik ni kene blaja lg la dik..mane same makan bungkus ngan makan kat kedai dik...adoyai..

-miyn- said...

hahaha, betoi2, kotiaww BM jugak paling bestt, dia letak ja atas meja, melimpah-limpahhhh kuah dia dengan kerang2 slurppp, udang byk pun x sampai 8 hengget kot..

btw, aku smpai skrg x tau apa yg sedapnya nasik kandaq...

Lord Hosni the Wise said...

miyn;
ape tu kotiaw BM?? aku pon xtau pe yg sdap nasik kandar..psal ak bru mkan skali je..tp p penang n x mkan nasik kandar mcam p terengganu x makan kepok lekor..camtu la sesalan die..

emy said...

adeh abng nie...laen kali hangpa pekena char kuet teow kat prai ja..xpon sg dua..murah,sedap,udang besar n bnyak...

nasi kandar kat aliff sebelah mega sude

lordhosni said...

emy;
ni lg satu..keropok lekor kat KL pun dah ade..tp kalau org KL dtg ganu, mesti nak kene beli keropok lekor jugak kan..haiyoh. wats wrong with these people la nowadays!

lordhosni said...

emy;
ni lg satu..keropok lekor kat KL pun dah ade..tp kalau org KL dtg ganu, mesti nak kene beli keropok lekor jugak kan..haiyoh. wats wrong with these people la nowadays!

Lily Cartina said...

"Abang kan kalu orang nak khianat ke nak menipu ni Abang boleh maafkan lagi. Melainkan 3 perkara. Soal hidup mati, soal masa depan, ngan soal makanan"

nanti aku kawin rase mcm malas je nak jemput ko hosni. takot ko complain makanan kenduri aku. haaa...

lordhosni said...

dik..makanan ni abang tak penah komplen kalau kenduri..psal itu pemberian..abang ikhlas je menerima dan melantak!