Monday, June 7, 2010

Sebelas Perkara BTN

1. Awal-awal dah kena marah dengan sekalian Pak Cik jurulatih yang standard-orang-tua-sokong-UMNO-pastu-sensitive-konon-orang-muda-tak-hormat-dia. Tapi lepas tu Abang blend gak la dengan diorang ni. Pasal diorang ni comel pon ada. Rase nak balik rumah buat teddy bear.

2. Mamat jadi penghulu. Abang memang sokong sangatlah dia ni. Dia ni memang muka tak hensem, tapi ada bakat jadi. Alih-alih AJK Kerohanian die lantik Abang. Kejadahnye. Tapi dah dapat tanggungjawab tu kena la laksane, ye dok? Jadi imam dua tiga kali. Round-round tempat orang tanya kerohanian mereka ok ke tak. Kate AJK Kerohanian kan. Ade rasa nak bunuh diri tak, nak murtad tak, nak jadi atheist tak, nak kapiaq tak. Tapi sepanjang jagaan abang 5 hari tu belum sampai tahap macam tu lagi la.

3. Lagi menda bodoh abang buat. Abang ni dah dua tahun tinggal kawad kaki ni dek. Dulu masa Abang muda-muda dulu, calon Pengakap Raja ni. Bukan Raja Gopal, Raja Kapoor, atau Raja Zarith Fatiah, tapi Raja Melayu. Tapi tak tahulah kenapa alih-alih kawad boleh macam robot. Biasalah, belajar dari kesilapan. Jangan ingat orang gemuk je buat silap. Orang tampan lagi sasa macam Abang pun tak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan. Ingat tu adik-adik.

4. Setelah 2 perbarisan ter-memalukan diri, malam sebelum perbarisan ketiga tu Abang praktis la dulu kat bilik. Sampai 1 pagi jugaklah Bagong terpaksa beri arahan kawad dalam mengantuk kat bilik. Tapi menghiburkan jugak praktis kawad tu, selain aktiviti Bahan-membahan-sampai-Wawan-emo, ye dok?

5. Ceramah macam hampeh. Ceramah kalau isi ada tapi penyampaian kurang, boleh jadi ceMARAH jawabnya. Abang cukup menyampah kalau penceramah lebih-lebih selit lawak lucu+lucah. Sikit-sikit dah la bro, macam orang takde plajaran la lu. Lagi satu penceramah yang takde point pastu dragging berjam-jam kosong tadak isik. Mat Memerang la, Mat Hantu Ayaq la, cekup cekap ayam cueh lari la, hape la, semua tu buang masa Abang je.

6. LDK abang di-fasilitator-kan oleh WMJ (Wan Musa Junus). Orang sekapal ni. Gaya die macam Ito + A Samad Said. Lawak lagi misteri die ni. Asyek promote blog ngan facebook dia. Sesi berkenalan pun cukup perasa la die bagi. Takdelah berbaur kerajaan sangat. Sedang molek bak kate orang Perancis. Salute la lu MJ~~

7. Ujian Fisiologi membuktikan Abang ni agak muda! Lingkungan 35 tahun la. Tak ramai budak laki batch Abang boleh macam Abang. Ok la tu, yang lain lingkungan umur 50 lebih. Tapi Ujian 2km agak memalukan. Dapat la 22 minit. Janji lagi cepat daripada He’. Tapi lepas tu abes sengal2 satu badan. Ni semua pasal exam ni. Liat jadi badan.

8. Kembara Bukit Melawati sangat seronok. Belajar Perlembagaan Negara sambil ditemani monyet-monyet comel. Serius rasa nak sepak fasci-fasci yang bermuka berlagak kalau kami tak dapat jawab soklan sejarah dan perlembagaan. Pasal kalau die tanye mase Abang form 5 memang tak dan sengih la die. Naseb baek monyet kat situ comel. Pandai pulak tu mintak makanan tak paksa. Takut ngan brader keling jual kacang.

9. Malam akhir sangat best. Pertandingan kuiz bertukar menjadi medan reformasi apabila juri dari kalangan fasci berlaku tidak adil. Memang menghiburkan. Juri berjaya kami gulingkan! WMJ amek alih dan bagi tugasan lain. Setiap kumpulan dapat bahan masing dan kena buat benda yang membangga kan. Kumpulan kami dapat perca kain. Rupanya kami satu batch kena buat Jalur Gemilang dari perca2 kain dengan syarat ketat sambil diganggu para fasci. Berlakulah adegan tahan menahan, geletek-menggeletek, dan sebagainya. Gamat dan lucu. Abang pun gagal mengawal diri dan menjadi separuh gila dan bajet Sukarno. Kelakar.

10. Abes tu depa plan sesi nanges2 pulak dah. Dok mai cita pasal mak ayah pulak. Ini yang Abang tak boleh ni. Tunjuk la iklan anak-mak-susah2-jaga-anak-tapi-anak-besar-keje-bagos-lupe-mak. Ramai gak meleleh malam tu. Abang tak la. Sebak tu ade, tp Abang memang jenis susah nak nanges. Orang yang zahirnya lembut, dalamnya keras.

11. Abes BTN balik kolej 3 bas berpisah arah. 2 ke Seremban, 1 ke Kuala Lumpur. Sedih jugak berpisah. Itulah perpisahan kami. Pelajar diploma International Baccalaureatte batch keempat Kolej MARA Seremban. Ada masa, panjang umur, murah rezeki, jodoh ada, kita jumpa lagi. Abang sayang korang.

_

8 comments:

Wan Ahmad Faiz said...

abe sedih membacanya~

blade said...

membo pon sayaaaanng korang...ye dok?...:D

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

kawad robot pun xde hal lah..janji rohani ok..ye dok..

Anonymous said...

abang cakap ngan cermin ke bila cakap orang gemuk buat silap 2??

Iskandar said...

g
r
a
d
u
a
t
i
o
n

kita jumpa lagi ya? :)

AZWA ISHAK said...

abang!
aku penah g program BTN buat. gila bosan. seb bek 1 mlm je...

lordhosni said...

abe;
alolo...touching pulok abe nih..meow!

boled;
ye la..mcam kitorang syg membo..ye dok?~

wajidi;
betul..kalau rohani tak betul, uish, itu masalah tu tuan2..

kepalmawie;
stakat ni xpnah lg org tulis blog untuk bg cermin bace. taktau la org jawa ade tabiat lain..

iski;

harap2...kalau lepas MARA, insyaallah..

wawa;
memanglah tak best, BTN ko asyek suruh cintakan paya je..mane la nak best

lordhosni said...

abe;
alolo...touching pulok abe nih..meow!

boled;
ye la..mcam kitorang syg membo..ye dok?~

wajidi;
betul..kalau rohani tak betul, uish, itu masalah tu tuan2..

kepalmawie;
stakat ni xpnah lg org tulis blog untuk bg cermin bace. taktau la org jawa ade tabiat lain..

iski;

harap2...kalau lepas MARA, insyaallah..

wawa;
memanglah tak best, BTN ko asyek suruh cintakan paya je..mane la nak best