Thursday, March 5, 2009

Honda Cup dan Tenaga Muda

Alkisah terpaling lucu!~~



Dah alang-alang kolej bagi cuti, pe lagi? kite kene manfaatkan cuti ni! Sebab tu la ari petang khamis aku tadi dipenuhi dengan aktiviti berkhlawat dengan broadband Safwan (bukan Safwan ok! Broadband die je) di meja aku yang senantiase kemas itu dari pukul 2 saaaaaampai 430, diikuti dengan aktiviti memejamkan mata selama mungkin di atas katil tersayang saaammmmpai la pkul 740, betul2 sebelum iqamat Maghrib bermula (sek mu ingak aku nok kabo la hok aku maye Asor pkul 750?? ak takkan bitau k!)



Akibat meninggalkan makan malam, perut ramping Brother Ciko mule berkeroncong mengikut rentak Du Bi Du Bi Du nyanyian team nasyeed KMS..Perkara serupa berlaku pada perut besor Brother Wajidi. Kene pulak Khasirah Lassim tutup, sungguh tak logik kalau2 kami menderingkan telefon beliau untuk menempah makanan, kerana sudah pasti kami hanya akan menempah kekecewaan.. Kocek dan beg pitih yang dingin menghalang kami bergayut dengan Pondok Piza, apatah lagi dengan Brother Shakey mahupun Brother Domino.



Malas nak cerite panjang, kitorang pon sepakat lah nak gi Ma-ple (Bistro Mamak depan Seremban Parade) yang hanyalah a stone throw away bak kate orang kampung aku.



Korang perlu faham bahawa untuk menggerakkan makhluk2 bergelar Pelajar lelaki Melayu IB ini agak payah terutamanya apabila telapak tangan diorang da menyentuh tetikus dan jari jemari mereka da menari makyong atas keyboard laptop dorang dan mata dorang da terfokus kat game DotA dan telinga mereka telah dipekakkan kepada segala perkara di sekeliling. Khairy Jamaluddin letak jawatan depan dorang pon dorang tak kesah, apatah lagi kalau Fasha Sanda ataupun Brother Blade menari bogel.



Brother Ciko dan Brother Wajidi yang sedang tinggi semangatnye, pun meninggalkan Blok Farabi dengan penuh rase kecewa dengan 1001 karenah yang terpaksa dihadapi setiap kali aktiviti keluar malam tanpa kebenaran ingin dijalankan.



"Alah..nanti-nanti dorang catch up la.."



Sepatutnye, lebih kurang 10 minit lpas tu, kitorang kne berkumpul kat court Volleyball untuk diberi taklimat, tapi kepentingan perut kami berada diatas kepentingan Kolej, lantas panggilan berkumpul itu kami berdua persetankan dan perbakul-sampahkan.



Kitorang pun berjalanlah melewai DS, Lahuma, Tongsampah, pondok Pak Gad, Gate A, jalan raya dan umah Brother Opie sambil membualkan kegemilangan masa silam bangsa Melayu, di mana akhirnye dihentikan dengan perbualan;



"Tu lah, Bangsa Melayu sebenanye memang hebat, tapi bangsa melayu kat blok Farabbi ni apsal tak nampak-nampak batang idung?"



"Entahnye, ni susah dengan orang Melayu ni, kite lepak dulu la kat Taman MPS..sini kang kantoi.."



Brother Ciko dan Brother Jidi pon lepak dulu kat pondok Taman MPS yang 10 meter sahaje dari umah Brother Opie, sambil main gitar, isap rokok, makan maggie macam orang Melayu laen dan terus menyambung perbualan mengenai Bangsa Melayu dan Bangsa Yahudi.



Pastu ntah sape kol Jidi, tanye nak gi perjumpaan ngan warden tak? Jidi jawab jangan dan tak payah seraya memaklumkan yang kami berdua sudah pun berbulu ketiak menunggu mereka.



Kitorang pon sambung la borak lagi pasal Bangsa Yahudi dan isu inferiority complex Bangsa Melayu, sehinggalah kami dengar bunyi derapan-derapan tapak kaki orang berlari nun kejauhan.



"hah, dorang da sampai la tu"



"Akhirnye"



Brother Jidi dan Brother Ciko tertanye-tanye, nape la dorang ni lari-lari? Mcam budak2..kene kejor anjing ke? Pasal de dengar bunyi anjing tadi..



Nun diselekoh tak jauh dari pondok tmpat kitorang tunggu, bunyi derapan2 kaki dorang berlari makin jelas.



muncullah Brother Blancore berlari gagah (takde mende nak diherankan sangat..ak da pelik tengok dorang ni..men lumbe lari ke? macam budak2..)



Brother Ciko ngan Brother Wajidi rilek je..malas la nak kecah2..



muncul pulak Brother Amsyi yang juga berlari dengan gagah (budak ni kang malam kang mule la komplen saket lutut...aku bermonolog dalaman)



Pastu muncul plak Brother Zurin Bha yang turut berlari mengelahkan atlit Jamaica (Memang pelik lagi menghairankan melihat beliau bertungkus-lumus sedemikian rupa)



Lagi muncul Brother Shakir berlari-lari dengan ketawe terbahak-bahak (rase nak bagi "buah nangka" ke kat mamat ni..wakaka)



Tetapi kenape dan mengape mereka berlari seolah-olah dibayar 10,000 Euro untuk berbuat demikian?



beberape saat lepas tu, kitorang pun beroleh jawapannya.



Brother Opie muncul selepas mereka sambil menunggang Honda Cup dengan muka penuh excited sambil berteriak;



"HAAAA...ITU DIA! ITU DIA!! KEJAR!!~~ KEJAR!~~"



Brother Ciko dan Brother Wajidi yang terkaku disitu hanya mampu memandang antara satu sama lain sambil membisu seribu bahasa. Setelah memastikan Brother Opie telah agak jauh mengejar 4 ekor makhluk tadi jauh ke dalam Taman MPS, Brother Ciko dan Brother Wajidi pun dengan tergopoh-gapahnye melarikan diri pulang ke kolej bagi mengelakkan Brother Opie ternampak mereka.



Sambil ketawa terbahak-bahak, mereka dengan bersusah payah memanjang pagar Gate C. Sekujur tubuh mereka bergetar-getar menahan ketawa. Brother Ciko telah pun mengoyakkan punggung seluar jeansnye secare tidak sedar! Tahniah Brother Ciko!~~



Sambil mengutuk dan mengumpat makhluk berempat tadi yang sememangnye sungguh lucu, berlari dengan penuh semangat seperti tiada hari esok, walhal Brother Opie yang berHonda Cup hanyalah 20 meter di belakang mereka dengan wajahyang penuh kegembiraan dan keghairahan mengejar mereka. Brother Wajidi dan Brother Ciko selepas itu tiba di court Volleyball dengan muka innocent bagi mendengar taklimat Fellow.



p/s; klu nak tau kesah lanjut, bace blog jidi..tu pon klu die nak cite..wakaka..bwah ni plan tempat kejadian



anak panah biru -> Brother berempat melarikan diri sekuat hati sepeti tiada hari esok, menuju jauh kedalam Taman MPS

anak panah merah -> Brother Opie tiba muncul saat kemudian dengan muka penuh girang sambil berteriak "HAAA!~~ ITU DIA!~ ITU DIA!~ KEJAAARRRRR!~~ KEJAARR!~~"

Brother Ciko dan Brother Wajidi pastu lari masuk kolej panjat Gate C

untuk makluman;
- Brother Opie ialah nama cool ketua Fellow (Chief Warden) Kolej MARA Seremban..nama beliau sebenar ialah Ustaz Saufi
- Brother Ciko merujuk pada penulis
_

9 comments:

myrnnss said...

hahaha... serupa nk kejar pencuri je brother opie...

Anonymous said...

brother ciko tu kau ke? haha.

Miyn Amin said...

nama borther opie tu kedengaran hensem sekali..

nurulfana said...

tahniah kerana berjaye mgoyakkan suar jeans anda.

Lord Hosni the Wise said...

to innessa;
sbenanye mereka berempat tu konpius nape mreka lari..mereka x sedar pon yg ustaz tgh follow dorg..tp tu mnurut mereka la..

to mokti;
yup..ciko tu name femes ak kat sini..sila jangan termuntah..

to miyn;
benar2...beliau tampak remaja dengan panggilan trsebut

to fana;
trimas2...sekarang ini tgh mencari jalan menampalnya kembali..

blade said...

huaaa...nape name ku pon ade???...
nh cek x pueh ati nh!!!!...ashita...

pja_chan said...

waha!
suar koyak2!
suar koyaK!

Lord Hosni the Wise said...

to blade;
lorh..bukan mase aku tulis post ni ko beria suoh aku masukkan name ko ke? ak pn masukkan la..kang x masuk kang nanges..

to pja;
weh!! jgn bitau org laen tau..ni rahsia kite berdua..

Lily Cartina said...

suar ko koyak yea??

muahahahahahahhaha