Friday, March 20, 2009

Obama Gay????

Sengaja letak tajuk diatas. Tak ada kaitan pun. Kalian ni, asal tajuk macam tu terus nak baca.

Haiz.

Masih tidak terlambat untuk menekan butang X berwarna merah di penjuru kanan atas.

Cerita bermula.

Lord Hosni de Croquignolet akan bertolak ke Seremban pada malam ini.

Baharu semalam saja menukar tiket yang sepatutnya Ahad.

Sengaja balik awal, bukan pasal Kem Rabbani, tapi lebih kepada ingin menyiapkan kerja rumah yang berlubang-lubang.

Saya memang hadapi masalah kali ni untuk siapkan kerja rumah. Malas yang amat

Saya cuma boleh buat soalan mudah-mudah sahaja. Ilmu Kimia memang saya lingkup. Ilmu Hisab apatah lagi.

Tapi satu kejayaan saya, saya berjaya habiskan dokumentari The Arrival of the Antichrist. Minda saya kini bebas!

Saya juga berjaya masak satu resepi cendawan yang dicuri dari kedai Popular di Terminal One Seremban. Curi guna kamera ok!

Seluar yang dahulunya terkoyak sudahpun dijahit. RM8 tukang tu caj saya.

Bedebah.

Dengan kebalikan saya yang awal ini, boleh juga mengembalikan imej baik saya di depan al Fadhil Brother Opie setelah banyak kali terkantoi di saat kurang manis.

Politik, pengaruh, dan imej.

Selain itu, boleh juga memulakan Internal Assestment Economy yang tak termula-mula lagi. Kajian Sekunder pun tak jalan lagi.

Sedih.

Inilah resam pelajar.

Bila hari kelas, tertunggu-tunggu hari minggu, tertunggu-tunggu cuti. Konon-konon nak ulangkaji, konon-konon nak sentuh itu ini, konon-konon nak search pasal itu ini.

Bila cuti hapah pon tak jadi.

Teringat pulak pada karya picisan nukilan diri dahulukala.

Bacalah kalau sudi.

Tak sudi tak apa.

Kita negara demokrasi.

_

4 comments:

Zafree said...

serious ke dier gay??

(aku x bace yg lain,haha)

Imran said...

Obama homo? wahh. tajuk yg menarik. picisan nyer hosni!

Syazwan Harun said...

wah fitnah

::aku budak baru belajar:: said...

sengal la ciko...hehe..obama mmg gay kot..gay gembira