Thursday, March 19, 2009

Lily Dapat Lesen

Buat pengetahuan korang, Lily Cartina Affendi telah pon berjaya memperolehi lesen memandu kereta beliau sebentar tadi.

Beliau telah memberitahu saya selepas tiga kali membuat misscall.

Beliau sungguh gembira kerana telah mendapat lesen tersebut seolah-olah tiadak ada hari esok.

Sangat2 gembira sehingga menghubungi saya menggunkan alat canggih Abad 21 yang bernama telefon bimbit dan memberitahu saya berita ini dengan galak sekali.

Lebih gembira daripada diri saya yang lulus ujian memandu semasa ujian ulangan kerana ujian pertama terkandas di jalan raya akibat terlanggar lampu isyarat.

Kecewa dengan diri, saya hampir2 makan nasi tiga pinggan pada hari tersebut tapi dihalang oleh personaliti saya yang kedua. Pelik bukan?

Lily Cartina juga telah berjaya memaksa saya berjanji akan mengumumkan perkara ini didalam blog saya. Dan sekarang ini saya sedang menunaikan janji saya kerana bimbang dijatuhkan hukuman munafik dan menerima azab seksa di akhirat kelak.

Beliau telah berazam untuk mendapatkan lesen van dan lori pula selepas ini.

Kata beliau lagi, faktor umur dan jantina bukanlah penghalang, namun yang penting ialah semangat dan keazaman.

Beliau juga menyatakan yang tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan mempunyai lesen helokopter dan lesen kapal terbang apatah lagi lesen perniagaan atau lesen hiburan

Beliau nampaknya begitu komited dengan perkara-perkara berlesen ini berkata bahawa beliau akan cuba mendapatkan semua lesen yang ada di Malaysia ini.

Beliau juga katanya; bercita-cita untuk kerja di Jabatan Pengangkutan Jalanraya untuk menguji bakal-bakal pemandu kelak.

p/s;
Buat pengetahuan kalian; lima ayat terakhir itu hanyalah pembohongan sahaja yang direka sebagai perencah dalam kisah ini.

Nasihat saya kepada orang-orang Kuantan; Berhati-hatilah dijalan raya selepas ini. Buatlah wasiat dahulu sbelum memandu. Wakaka. =D

_

4 comments:

bawangmerah said...

kongratulasi pada lily.
yok, mai ke KMS!
boleh bawakkan aku gi jln2

Wan Harun said...

kecah gle

Lord Hosni the Wise said...

kepada bawang;
sabar dulu...biar die mahir kat kuantan dulu..

kepada wan;
setuju!~

Lily Cartina said...

ahehahhehhehahehheh!!!
BAGOS!!

walaupun 70% drpd post ini adalah rekaan semate2, tetapi janjimu kau tunaikan.

BAGOS!!

p/s: name aku Lily Cartina binti Affendi.

kau salah eje name papa aku. baek btolkan.