Sunday, June 8, 2008

Mencetus Angin Perubahan

[Saya tertarik dengan artikel Mufti perlis baru2 ini di Majalah I yang mana beliau mengupas buku karangan Zaaba bertajuk PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI yg berbicara mengenai bahaya taklid buta dan keprluan berijtihad. berikut ialah petikan2 zaaba yg di ambil beliau dan ulasan saya ]


"Tuhan selalu mencela keras akan orang2 yg hanya mengikut dengan membuta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu2 dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya diatas neraca timbangan sendiri, bahkan tidak dikira walaupun berlawanannya dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya"

"Demikianlah dicela Tuhan dalam Quran jika orang hanya mengikut apa2 kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang shaja yang tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tidak dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan sekalian orang yg berakal, kerana banyak mudarat dan kuat kemungkinannya boleh membawa kepada tersimpang kepada jalan yang tiada betul da tiada kita perasan. Tuhan dan rasulNya tidak suka kepada orang yang bertaklid buta kepada pendapat orang lain. Imam2 mujtahidun dahulu kala tempat orang bertaklid itu sendiri tidak gemar akan orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekalian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid2 dan pengikut2 mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu."


"Sekalian imam besar Islam zaman dahulu itu walau imam2 mujtahidun pun dan walau bagaimanapun alimnya, tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat maksum itu. Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak dikira maksum pada apa2 yang mereka katakan dari Allah dalam hal agama. sungguhlah sebagai ulama' mereka sekalian menjadi waris kepada para nabi; tetapi itu tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan pada segala2 pendapat fahaman mereka. Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa sekalian pendapat atau fahaman yang telah mereka keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui sekalian orang, atau semuanya tetap layak dan sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga bila2 pun. Jangankan mereka mendakwa demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu berkata : kalau ada apa2 perkataan atau pendapatku yang didapati orang2 kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadis Nabi saw, maka lemparkanlah ke tembok!. Apa lagilah sekiranya bersalahan dengan Quran! Mereka tiada suka orang mengikut dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang sendiri barang apa jua yang mereka katakan dalam kitab2 karangan mereka; jika didapati betul bolehlah ikut; jika tidak betul dan tidak sesuai lagi; buanglah atau baiki akan dia"

"Kita semua berkehendakkan yang baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin membaiki akan segala hal ehwal kita yang berkurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segla sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal hal kita yang mundur dan ketinggalan., ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik. Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran2 baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan pemikiran yang lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan2 lama yang sudah berkulat dan bercendawan! . "


" Maka hanyalah pada zaman2 yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang2 alim Islam hampir semuanya diserata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor2 mereka yang dahulu kala. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri; atau berani bersendiri; melainkan dimana-manpun akan didapati mereka itu hanya biasa bertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang cuba berbuat seprti pakar2 Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak2 zaman dan hal2 keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata2 yang tidak selayaknya seperti sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah2 daripada jalan yang telah diatur pakar2 terdahulu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang2 dahulu, dan berbagai-bagai lagi. Yang sebetulnya duduklah juga membeku pada tempat yang ada itu!! Mungkin juga mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat."


________________________________________


Ulasan Saya :



Secara keseluruhannya, saya amat bersetuju pada kenyataan Zaaba itu walaupun idea beliau pada zamannya ditentang hebat ulama'2 dan mufti yang bersifat konservatif. Taklid buta ataupun menurut secara membuta tuli tanpa kajian mendalam adalah amat berbahaya baik didalam ilmu agama ataupun ilmu dunia. sejak berzaman-zaman dahulu lagi, umat melayu khususnya mudah sahaja bersetuju akan segala hal dan akhrinya terperangkap dalam kekeliruan apabila islam yang asli dan tulen itu sudahpun bercampur dengan adat dan keprcayaan warisan. Apabila ada orang yang tampil untuk berhujah membawa perubahan, maka orang ini secara langsung ditempelak dan dikecam, kononya membawa bidaah.


Hal ini turut sama dalam ilmu dunia seperti ilmu sains. sikap suka meredhai apa yang ada, menyebabkan umat melayu tidak maju kehadapan dan hanya menuntut ilmu untuk lulus pepriksaan dengan cemerlang. sebaliknya ilmu itu tidak digunakan dan dikembangkan untuk kebajikan ramai. hal ini ditambah lagi dengan tanggapan masyarakat yang suka "bersyukur". apabila ada orang yang melaungkan hak atau memperjuangkannya, atau membawa idea2 yang baru, atau ingin menambah baik keadaan ekonomi diri, maka orang itu terus dicap TIDAK BERSYUKUR. Sedangkan Islam sendiri menyeru agar umatnya sentiasa berusaha kearah kebaikan dan membaiki nasib diri. Bersyukur itu bermaksud berterima kasih, dan banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai cara menunjukkan syukur. Tetapi, berdiam diri dan berpeluk tubuh serta redha dengan keadaan itu bukanlah caranya!


Saya berikan contoh, apabila seorang peniaga, ingin memperbesarkan perniagaannya yang telah membawa keuntungan besar sebelum itu, adakah ini juga dikira sebagai tidak bersyukur?? sedangkan adalah sesuatau yang positif untuk dia mencari lebih banyak kekayaan tanpa melupakan agama. Begitu juga halnya mengenai kenaikan harga minyak baharu ini. ramai diantaranya hanya mengambil langkah untuk bersyukur dan orang yang mempersoalkan kenaikan itu dikira sebagai tidak bersyukur! Pemikiran seperti ini amatlah jumud, memandangkan kita sepatutnya sentiasa berusaha membaiki keadaan kita.


Turut sama berlaku di dalam bidang sains. Sikap bertaklid buta dan syukur tidak bertempat ini telah menyebabkan umat islam ketinggalan jauh dalam bidang sains ini. kita berbangga dengan pemilikan kereta2 mewah seperti mercedes dan BMW namun kita tidak tahu membuat basikal sekalipun! kita hanya mengikut apa2 sahaja yang diperturunkan para saintis terdahulu tanpa sedikitpun mempersoalkan salah betulnya atau menjalankan kajian mendalam. Kita mengagumi mereka tanpa sedikitpun hasrat untuk menjadi seperti mereka. bangga kerana menjadi pengikut, bukan pelopor. Saya bagi contoh mengenai petua nenek moyang kita menghadapi beguk iaitu dengan cara menyapu campuran cuka dan nila. Ramai cerdik pandai kita yang mengamalan petua ini namun tidak diikuti oleh kajian yang mendalam, menyebabkan pelbagai khazanah perubatan melayu kuno lain terbenam begitu sahaja! Lihat sahaja China yang begitu mengagungkan prubatan kunonya sehingga dibiaya pelbagai kajian untuk membuktikannya secara saintifik. Hasilnya prubatan mereka diiktiraf tinggi oleh dunia. Orang2 inilah yang digelar mujtahidun yang gigih berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang baru sesuai dengan kehendak zaman!


Sikap bertaklid buta dan bersyukur tidak menempat yang telah menebal dalam masyarakat melayu ini juga banyak mematahkan semangat pelajar2 yang berpotensi dan berdaya pemikiran tinggi. Contohnya; apabila seorang pelajar bangun bertanya kepada gurunya secara lantang mengenai persoalan2 yang tidak difahaminya, maka rakan2nya akan mula melemparkan bermacam gelaran yang tidak sepatutnya seperti "capub"(cari publisiti), "poyo", berlagak,menunjuk-nunjuk, dsb. Hal inilah yang menyebabkan kita tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa2 lain yang lebih proaktif.


Kita juga lebih gemar memilih jalan yang mudah dalam menghadapai cabaran ilmu. Hanya mahu bersekolah di sekolah belakang rumah, memasuki universiti yang dekat kerana mudah, memilih bidang ilmu yang mudah, serta segala-galnya yang mudah. Kita lebih suka memilih "comfort zone" seperti bekerja makan gaji dengan kerajaan berbanding dengan membuka perniagaan sendiri kerana takut menghadapi risiko, mengikut jejak langkah orang terdahulu, dan bersyukur dengan apa yanga da tanpa mahu melakukan pembaharuan! Hasilnya dapat dilihat sekarang, dimana umat Islam tidak dapat bersaing di pasaran dunia kerana kurangnya kemampuan lantaran penguasaan teknologi dan ekonomi yang rendah.


Akhirnya, kita hidup bergantung kepada orang lain, dan kita masih ditakuk lama, bersyukur dengan apa yang ada, bertaklid kepada kongkongan ajaran lapuk tanpa sedikitpun usaha membaiki diri, yang jelas sekali telah bertentangan dengan saranan Quran dan Hadis






"Sesuatu kaum itu tidak akan diubah nasib mereka melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"-HADITH


3 comments:

bawang merah said...

i once tertarik wif this sentence : apabila seorang pelajar bangun bertanya kepada gurunya secara lantang mengenai persoalan2 yang tidak difahaminya, maka rakan2nya akan mula melemparkan bermacam gelaran yang tidak sepatutnya seperti "capub"(cari publisiti), "poyo", berlagak,menunjuk-nunjuk, dsb.

slalunye, yg melemparkn ejekan demikian adlh pljr melayu (maaf sekirenye anda adlh brbangse melayu)..do u agree wif me,lord?

i think i had experienced it (kinda tuff to face it - lol)..
pd hemat aku, kalo kite rse kite ni ptt brtnye,tnye la..juz, forget it wht ppl wanna say abt u..kamu yg untung, depa yg rugi.kadang2, tk paham aku dgn org2 yg punye perangai camtu.bikin ak pns..

p/s:soal minyak pon disentuh? bgus2..

Lord Hosni de Croquignolet said...

ya..kebanyakannya pelajar melayu...pelajar lain pun pasti ada juga..besalah tu..minda yang tidak berubah..abih kmu tertarik ngan 1 sentence tu je la?

bawang merah said...

at least, ade gak line yg ak trtarik...drpd takde langsung, tol x?