Friday, June 6, 2008

Minyak Naik Lagi

[amaran- artikel ni ditulis oleh seorang yang kurang ilmu di dalam hal ehwal ekonomi dan semasa. Mohon maaf diatas sebarang kesilapan dan sebarang pendapat atau teguran sangat di alu-alukan. artikel juga ditulis dalam bahasa melayu untuk memberi kefahaman yang jitu buat pembaca dan juga penulis sendiri]




Kenaikan harga minyak sebanyak 78sen baru2 ini yang diumumkan oleh kerajaan disambut dengan pelbagai reaksi. sudah tentu kebanyakannya menentang kerana kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi impak pada harga minyak, sebaliknya turut memberi tekanan kepada kos barang di pasaran. Tariff elektrik yang turut dinaikkan oleh TNB setelah mendapat kelulusan kerajaan juga dilihat sebagai satu bebanan buat rakyat disamping penguatkuasaan pemasangan tali pinggang belakang untuk kereta.


Subsidi bukanlah satu fenomena baru kerana sudahpun diamalkan negara2 maju seperti USA. subsidi sebenarnya tidak efektif dalam menangani inflasi kerana ia hanya menyembunyikannya bagi membolehkan pengguna menikmati harga belian yang rendah tetapi apabila inflasi terus meningkat, tanggungan menjadi semakin berat oleh kerajaan seperti yang berlaku di malaysia. untuk membayar subsidi ini, kerajaan memperoleh wang daripada rakyat juga, iaitu melalui pembayaran cukai2 yang bermacam jenis, tol2, keuntungan syarikat2 kerajaan seperti petronas dll. secara simboliknya, rakyat mendapat harga minyak yang rendah, tetapi tetap terbeban kerana subsidi itu turut dibayar rakyat sendiri melalui cukai2 dsb.


Sebenarnya bukanlah isu subsidi yang menjadi tunjang dalam kenaikan harga ini, sebaliknya ialah keadaan ekonomi negara dan juga kuasa membeli (purchasing power) yang tidak tinggi berikutan nilai matawang kita yang rendah. sungguh merepek untuk membandingkan harga minyak kita yang lebih rendah daripada singapura dan thailand. ini kerana pendapatan rakyat singarura lebih tinggi dan matawang mereka juga llebih tinggi sekaligus tidak ada rakyat mereka yang menghadapi masalah untuk membeli petrol. Sungguh memalukan apabila Singapura yang sekangkang kera dan "gersang" itu telah maju jauh kehadapan daripada kita. Sebaliknya malaysia yang kaya dengan tanah dan pelbagai hasil bumi, masih ketinggalan jauh dibelakang baik dari aspek ekonomi, matawang, mahupun kemudahan pengangkutan awam sehinggakan rakyat kita tidak mampu membeli minyak meskipun tanahair kita begitu kaya dengan minyak!


Berikut adalah pembandingan harga minyak dengan NEGARA2 PENGELUAR MINYAK


UAE– RM1.19/litre

Eygpt– RM1.03/litre

Bahrain– RM0.87/litre

Qatar– RM0.68/litre

Kuwait– RM0.67/litre

Saudi Arabia– RM0.38/litre

Iran– RM0.35/litre

Nigeria– RM0.32/litre

Turkmenistan– RM0.25/litre

Venezuela– RM0.16/litre

MALAYSIA– RM2.70/litre



Malaysia yang kaya dengan pelbagai hasil kutipan seperti


-tol2 di setiap lebuhraya,

-cukai import kereta yang hampir menyamai harga asal kereta

- cukai2 pintu,

- cukai jalan yang tinggi dan dibayar setiap tahun (rakyat thailand hanya perlu membayar sekali sahaja cukai jalan seumur hidup tanpa mengira jenis kereta),

- keuntungan PETRONAS yang mencecah billion ringgit tanpa sedikitpon dijelaskan penggunaan keuntungan itu oleh kerajaan

- keuntungan TNB yang berjuta-juta ditambah pula dingan kenaikan tariff julai ini,

- keuntungan PROTON yang tinggi (ramai yang memiliki kenderaan malaysia kerana harga kereta import lbih mahal berikutan cukai iport yang tinggi)




dan pelbagai jenis hasil lagi. namun malaysia masih tidak mampu untuk membolehkan rakyatnya mampu untuk membeli minyak. Beras, tepung dsb terus dikawal harga dan diberi subsidi sedangkan bekalannya tidak dikawal dan tidak dipastikan kelangsungannya yang akhirnya memberi tekanan harga apabila bekalan makin kurang! Akhirnya harga barang tetap akan naik. Syarikat2 IPP yang telah mendapat keuntungan jutaan ringgit masih mendapat subsidi yang ditanggung oleh rakyat jelata. kemanakah hasil-hasil ini pergi? ia langsung tidak dijelaskan kerajaan sebaliknya rakyat terpaksa pula menanggung beban kos sara hidup yang semakin melambung tinggi saban hari. soal bagaimana rakyat malaysia hendak menghadap inflasi 6% yang dijangka bank negara sedikit masa lagi masih menjadi tanda tanya.


Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan aktiviti penyeludupan yang giat di sempadan thailand. sungguh menghairankan bagaimana pegawai kastam dan komando tentera yang begitu ramai disana masih tidak mampu membendung kegiatan tersebut sejak berpuluh tahun yang lampau. Betapa ramai bijak pandai dan gagah perkasa di Malaysia ini namun masih gagal membendung aktiviti ini. apakah ada dalang disebaliknya atau apakah pegawai2 korup yang ditempatkan disana yang menjadi puncanya? persoalan ini masih tidak terjawab dan tidak akan dijawab.


Pembangunan kemudahan pengangkutan awam yang sangat menyedihkan di negara ini menjadi punca mengapa hanya 10% rakyat dikota menggunakannya dibandingkan dengan UK, singapura, dan hong kong iaitu 50%. sejak kenaikan harga minyak pada tahun 2007, kerajaan telah berjanji untuk membaiki perkhidmatan kemudahan awam, namun hasilnya masih tidak kelihatan. sebaliknya semakin banyak aduan2 dibuat lantaran sistem kemudahan awam yang tidak efisien. keadaan sistem pengangkutan awam yang tidak bagus menyebabkan rakyat hilang minat dalam menggunakannya mengakibatkan kurangnya penglibatan syarikat2 swasta dalam sektor ini ditambah pula dengan tiadanya usaha dr kerajaa pusat untuk menggalakkannya. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa menggunakan kereta meskipun harga minyak semakin meningkat dari tahun ke tahun.


Sememangnya sudah menjadi lumrah dan sudahpun berada didalam jangkaan kita bahawa kerajaan akan menyeru agar rakyat mengubah gaya hidup, berjimat dan berbelanja secara berkhemah serta BERSYUKUR, namun seruan yang dilaung setiap kali ada kenaikan harga tidak pernah diikuti dengan contoh teladan yang baik. Akhirnya kemanakah wang subsidi dan dan hasil negara lain akan dibelanjakan nanti?




adakah untuk pengubahsuaian parlimen yang kemudiannya bocor semula ?? (100juta)



adakah untuk Program ANGKASAWAN Negara yang melahirkan PENUMPANG ANGKASA ?? (40juta)



adakah untuk Program Latihan Khidmat Negara yang berakhir dengan 16 kematian?? (anggaran tahunan 500juta) adakah untuk Eye On Malaysia?? (35.7juta)



adakah untuk indelible ink yang kemudiannya tidak digunakan?? (2.4juta)



adakah untuk lebih banyak projek2 dengan besan tersayang (patrick lim) untuk membina lebih banyak taman tamdun islam, masjid kristal, dan monsun cup ?? (anggaran 500juta)



adakah untuk menanggung 3 penasihat PM ?? (1.2juta)



atau untuk jambatan bengkok yang tidak dibina ? ? (berapa juta ntah!!)



atau untuk lebih banyak projek2 yang "BERMANFAAT" yang bernilai jutaan ringgit ??




Para menteri menyeru agar kita berjimat dan dan berkhemah ketika berbelanja. sebaliknya mereka menunjukkan contoh yang berlawanan. gaji2 para pegawai atasan yang terlalu tinggi. ditambah pula dengan pelbagai jenis elaun2 seperti elaun makan, minyak, duit kopi, elaun penginapan dan bermacam jenis elaun lagi. mereka langsung tidak mencerminkan sikap untuk membela rakyat sebaliknya hanya cakap2 kosong "demi kepentingan rakyat". kita disuruh ubah gaya hidup gaya hidup sebalinya para menteri dan pegawai2nya hidup dalam kemewahan yang dibiaya rakyat. bak kata pepatah, UMPAMA KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL.


disaat-saat genting, nik aziz dan para YB kelantan memotong elaun mereka untuk dimasukkan dalam tabung kebajikan negeri



lim guan eng tidak duduk di kediaman ketua menteri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk pengubahsuaian dan duduk di kelas ekonomi semasa menaiki kapal terbang



ustaz azizan MB kedah menolak pruntukan kerajaan negeri utk membaiki pagar rumahnya.para



YB pakatan rakyat berkongsi kereta untuk ke parlimen




Sebaliknya, orang yang sibuk melaung-laungkan seruan kepada rakyat untuk berjimat dan mengubah gaya hidup, duduk didalam bilik berhawa dingin bersama pegawai2 mereka diulit lembut oleh gaji yang tinggi serta elaun2 yang mewah yang dibiaya rakyat jelata dan dibaja dengan amalan rasuah,kronisme dan nepotisme sementara nun jauh di ceruk negara, ada insan yang meraba2 sakunya mencari ringgit-ringgit yang ada untuk membolehkan motornya terus hidup meniti hari mereka tanpa mengetahui, apakah dia mampu untuk menghadapi semua ini untuk hari2 yang mendatang.








"Apabila sesuatu urusan itu diuruskan oleh orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya" - HADITH

11 comments:

Fariz said...

eleh ko ni.
asik MB & YB opposition jek ko letak.

ni bukan isu harga minyak dah kalau ko dah start bias ngan political party nih.

hehe

bawang merah said...

last2 ko masok kn politik..aduh~!

Qeef said...

btul la hosni kate 2...last 2 cume nak wat perbandingan dan konklusi..bkan asbab politik..kalau pembangkang boleh buat,kenapa x kerajaan??duit minyak 2,adkah dgn kenaikan harganye,mnteri2 turut tanggung??aq x penah nampak menteri isi minyak kat stesen2 minyak yg kite salalu isi...

Qeef said...

copy from imp...

dia org kata prlimen x d bubarkn pda 13 Februari..
kita tunggu....
13 februari parlimen d bubarkn...
dia org kata hrga barg selain beras xkan naik..
kita tunggu....
hrga beras naik hrga barg dpur lain pn naik...
dia org kta dia org buat larangn jual minyk dkat knderaan asing..
kita tunggu...
lepas 2 hari larangan d tarik blik ( leps 3 hari minyk pn naik)..
sebelum pilihn raya org kuat dia jnji minyk xkan naik kalu depa meng..
kita tunggu.....
naik jugak.....
dia org kata kat kita minyk naik bulan ogos...
kita tunggu....
bru la ni dia org ckap minyk semlam ( kita dlm buln ogos ke skrg ni..??? PELIK )....
dia org KATA kenaikn hrga minyk x mlebihi 30 sen...
kita tunggu....
minyak naik 78 sen oooiii...
dia org kata hrga minyak naik hrga barg dapur x naik...
kita tunggu...
start semlam barang dapur dh naik ( seriously, x caya g giant or kdai runcit lain, tgok hrga barg yg biasa anda beli)...
dia org kata hrga minyk naik hrga tmbang bas skolh x naik ( d maintainkan )..
kita tunggu...
start isnin ni tmbang bas skolh naik rm10 - rm50...
dia org kata tarif elektrif naik beberapa percent start 1 JULAI 2008...
KITA TUNGGU DAN LIHAT...!!!!
DAN LEPAS NI APA LGI DIA ORG NK KATA DGAN KITA...??
.......?????

Lord Hosni de Croquignolet said...

to fariz: ni bukan bias..ni fakta..bg ak kpimpinan adalah melalui teladan. bukan kerajaan yg tanggung subsdidi, tp rakyat. igt.. kerajaan takkan wujud tanpa rakyat. kita dalah bos mereka..jd sebagai bos, kita layak mencela atau memuji "org bawahan kita"

Lord Hosni de Croquignolet said...

to bwg merah : harga minyak tdak dapat lari dari politik.

sadiqfadhil said...

purchasing power of our people is very low compared to other nations.

one example, a full professor in singapore earns 30000$sing, while a full professor in malaysia earns 13000rm.

petrol price, 2.70rm in Malaysia
in Singapore 4$

salary of Singaporean profesor as in the example is (30000*2.3)=69000rm which is 5 times higher than in malaysia

petrol price in Singapore is (4*2.3)=9.20rm which is only 3 times higher.. u all can think about that..

this shows that malaysians have low purchasing power from the petrol aspect.. pretty much everything here is expensive..

so, use ur brain la.. stupid government full of corruption. fuck corruption.

sadiqfadhil said...

to mok: someday u'll realize that u've been supporting the wrong crowd all this while.. wake up bro.. xkn nk sokong lg kerajaan..

Syazwan Harun said...

damn the oil price
but its true, the govn gets billions rm of royalties from petronas,and tax,tolls.how come the price rose.wtf is wrong wit the govn?stop wasting money on unnessacary things

Lily Cartina said...

takyah pki kete.
end of story.
:)

Lord Hosni de Croquignolet said...

diq..thnx fer supporting me..luv u from the bottom of me heart..as well as syazwan...


lily...xyah pakai kete is the end of story for everyone..i mean..it really END the story