Friday, January 2, 2009

Mudoh jah..

Islam itu mudah. yang jadi leceh dan susah tu pasal kita. suasana pengamalan islam di malaysia sering dipenuhi dengan ayat-ayat dibawah. maka jawab Lord Hosni.....


“Biar lah aku tak pakai tudung, aku bukan kacau orang. Ape ingat orang yang pakai tudung tu semua baik? Yang berjubah labuh tu semua masuk syurga? Nampak je pakai jubah labuh tudung labuh, entah-entah nak tutup perut da de isi!”

Memanglah perempuan yang pakai tudung tu tak semestinya baik, tapi perempuan yang baik itu semestinya memakai tudung. Dah kalu bangga sangat tak tutup aurat, bogel je lah! Takpe la..asalkan hati baik kan? Kalau tak sedia nak pakai tudung, cakap je lah tak sedia. Paling2 kurang yang menegur tu bolehlah lega pasal dah lepas tanggungjawab. Nape perlu hentam orang lain pulak? Haiz..

“Ko ni nak tegur-tegur aku ni apsal? Ko tu sape? Ke hulu kehilir dengan seluar pendek, ade hati nak tagur aku bab agama konon!”

Apa kena mengena teguran tu dengan sifat penegur yang suka pakai boxer tu? Kita nak dengar nasihat ke nak tengok boxer dia? Kalau betul teguran die tu, kenape tak terima? Takkan nak tunggu pak haji berjanggut berserban tegur dulu baru nak berubah? Lihat apa yang dikata, bukan orang yang berkata! Kecuali lah soal hukum yang tidak ada putusnya dalam Quran.

“Ko ni sape nak bagi tazkirah kat aku? Ko ingat ko tu baik sangat ke? Jage dulu amal ko tu. Diri sendiri tu betolkan dulu, ni nak tegur2 orang, nak nasihat2 org..sedar la diri tu siket! ”

Budak tu tegur kita pasal dia sayang kat kita. Dah jadi tanggungjawab kalau dia ada ilmu. Kalau kita dah tau kita salah, yang pergi herdik orang buat apa? Kata orang tak sedar diri, tapi dia sendiri yang tak sedar diri. Orang macam inilah yang menghancurkan usaha dakwah. Kalau yang menegur tu ada salah, beritahulah die dengan cara baik, die pun perlukan nasihat jugak. Saling masihat-menasihati, kan bagus. Macam lagu Waheeda, Wassinni! (nasihatilah aku)

“Suke hati aku la nak dress macam ni. Suke hati aku la nak gi mane2. Ape ko ingat budak yang gi surau tu sume baek2 ke? Diorang tu taklid buta je tau! Kitorang yang banyak mengkaji ni lagi banyak tau.Media skang dok bukan main lagi label2 kitorang ni tak guna la, sampah la..kitorang de ilmu tau! Diorang yang gi masjid gi surau tu tau pe pasal falsafah-falsafah ni? Diorang tau main ikut je. Pak turut!”

Tak semestinya yang pegi surau tu semuanya baik, tapi yang baik semestinya yang pergi surau. Kita tak nak dilabel orang, tapi kita dah pun melabel orang yang konon-kononnya melabel kita. Kalu dah kononnya banyak ilmu tu, kongsilah dengan orang ramai. Apa salah pergi surau jugak. Budak surau boleh dapat ilmu, budak macam korang pon bole dapat ilmu. Sama-sama bertukar ilmu. Orang mungkinlah mengata kita ini menda buruk yang macam2. Media memang macam tu. Prove them wrong then! One way to prove you right is to prove them wrong! Mana kita tau budak2 surau tu pak turut? Mungkin mereka boleh berhujah lebih baik dari kalian, maka berkongsilah ilmu. Tidak salah. Kita semua kan bersaudara. Hanya kerana kita punya minat lain2, maka kita saling tidak suka? Masing-masing mempunyai nilai keislaman dalam diri. Maka tonjolkanlah. Biar dengan cara masing2 pun.

“Eeeesh, taknaklah aku kawan dengan diorang. Perangai macam gila2 sangat. Macam liar je. Kang aku pulak yang terpengaruh! Senang aku kawan dengan budak2 baik je, budak2 surau je. Boleh gak ada member kejut subuh, boleh gak de member nak Tanya soal agama. Budak2 riuh tu tau pe? Maen game, melalak,fly je lah. Dok oversea pon aku ingat nak duk ngan orang malysia je, senang siket. Ni duk ngan orang mane2 tah2 nanti masuk kristian pulak aku. Duduk ngan orang kita jugak senang. Tak la bimbang terpengaruh.”

Sebelas tahun belajar pendidikan islam kat sekolah tu dulu sia2 je kalau tak boleh cerita kat orang. Stakat nak buat amal diri sendiri, selfish namenye. Da de ilmu tu kongsi la. Nasihat la. Ajak la member kearah kebaikan. Buat apa belajar islam kalau tak boleh cakap pasal islam, tak boleh kenalkan islam pada orang bukan islam. Asyik nak kawan dengan orang sama spiesies je, jadi watak bundar lah kita. Penah dengar cite satu ulama tengah berzikir, then de satu suara bitau beliau jiran beliau di syurga nanti. Beliau pun pergi cari orangnya, bile da jumpe, tekezutlah die tengok bakal jiran die tu tengah mabuk2. Bile da die sedar, die pun beritahu yang ada suara yang bitau pasal kedatangan ulama tu. Die pun cerita yang dulunya orang2 kat situ ada 80 orang muslim fasik. Die pun berkawanlah dengan fasik2 tu dan Berjaya menarik 40 orang kembali ke jalan benar. Then die pass on lagi 40 org tu kat ulama tu sbelom die memulakan perjalanan. Dapat iktibar?

_

9 comments:

-miyn- said...

im the first? wow.

i totally agree about the first one. but u should include phrase popular zaman kini ; nanti bila mati kubur masing masing. which is sgt menyampahkan. menampakkan macam org tu bersedia sgt untuk diazab nanti.

n yeahh, aku memang suka tengok lelaki yg pegi surau. entah kenapa bila tau mana2 lelaki x pegi surau, akan ada sedikit pandangan yg kurang baik. lagipun aku penah dgr yg lelaki wajib pegi surau bila ada surau/masjid berdekatan. fatin pun penah ckp, zaman nabi dulu, kalau x p masjid, rumah dia akan dibakar.

bawangmerah said...

"Prove them wrong"

this one reminds me about our sociology subject. ikut kate karl popper (1963), something has to be falsified.

if only sesape yang penah berdialog macam kau tulis tu, bace entri ni, kan bagus. bior tersedak sket.

btw, pliz check my answer regarding ur riddle in ur chatbox.
lame benar tak merase duit ko. hahaha.

zafree said...

Hosni!

aku nk permission ko nk copy post ko nie bley?

lagi bagus kalo ramai org bley bce

aku post kat blog aku, of coz aa aku tulis aku amik dr ko

boleh?atau ader cdgn lain?

eisya said...

banyak iktibar daripada kisah ni..
lagi bagus kalau orang2 yang membaca tu diri dia macam tu..
asyik nak cari alasan jer..
biar terbuka sikit minda..

saya linkkan blog kamu di rumah saya ok??

Lord Hosni de Croquignolet said...

buat miyn;
apa maksud dikau dengan perkataan "wow" itu?

btw..x silap aku..bukan nabi bakar rumah die..nabi cakap

"aku adalah antara orang yang berlari membawa jamung untuk membakar rumahnya"

dari sudut budaya org arab, dorang bile rse marah sgt kt sorag tu, dorang ckp nk bkr rumah org tu. kire macam satu bentuk kecaman la. bukan betul2 bakar..kecaman yang mnunjukkan amarah..

ni kalau x silap aku la..pi tanya ustaz sofi klu nak tau lebih tepat.


buat bwg mera;

bukan tersedak..tp tersedar..same2 amek iktibar..

buat zafree;

permission granted..amek la mane2 post pun klu nk copypaste..just bitau dulu da la..plg2 kurang ble gak kembang kempis hidung aku ni ha..kui3

buat eisya;

silakan2...tapi paling2 kurang pun knal2 kanlah diri anda..

Syazwan Harun said...

nice post~

Lord Hosni de Croquignolet said...

buatwaan fook;
thnx mate..

Lily Cartina,18 said...

feedback to issue yang last tu.
yang pasal pilih kawan tu.

don't judge a book by it's cover.
jgn igt bdak2 band tu sme tak smayang.
jgn igt bdak2 art sme tak tahu menahu pasal agame.
jgn igt bdak2 music sme tak kenal tuhan.

physically,
mmg orang-orang liar mcm aku yang jenis cakap lepas,
suke pegi gig,
kawan dengan laki,
nampak mcm tak igt tuhan dah ah.
mmg tak amek kisah ah pasal agame.

silap.
silap besar.

kau kenal hujan?
kenal vocalist dia Noh?
dia itu aku respect.

solat 5 waktu mmg dia CUBA tak tinggal.

ye, aku tak tipu.
pegi ah gig mane pon,
gig pkol brape pon,
kalo waktu solat,
dye solat.

there.

then sue anna joe and yuna.
photography,artist,musician.
social,social gak.
nyanyi, nyanyi gak.
main guitar, main guitar gak.
tapi smayang, smayang gak.
dakwah, dakwah gak.

nasihat aku,
jgn judge org esp kalo ko tak kenal org tu.

1st impression is important but it's not necessarily correct.

and,
who do you think you are to decide whether or not that person is "good" or "bad"?

u too are a normal human being,
a sinister.
yes, we cant escape that for we all commit sins.

so to "label" a person to "good" or "bad",
we don't have that kind of ability.

For only Allah can do that.

Allah, Kau memang cool.

Lord Hosni de Croquignolet said...

labelling has became a virus in the malaysian muslim..we always think that we are better than everybodyelse. only the mufti with big turbans are right and anybody else who dare to speak about islam will be considered as memandai-mandai..oh Malaysia..