Saturday, February 28, 2009

the Past

aku malas nak tulis..

pasal aku da tulis kat blog kelas aku..

klu nak bace jemput la..

http://506kitchen.blogspot.com/2009/03/i-am-still-living-in-d-past.html

klu xnak peduli ape aku..

klu nak komen tu komen kat sini..kat sane pon ok gakk
tp x manis la..

_

Friday, February 27, 2009

Otak Atas Rumput


just nak share ngan korang..ni ialah cendawan yang berbentuk macam otak! gile babi btol..i cant biliv it!~~ it is so fantastic!!~~bombastic!~~gigantic!~~menggeletik!~~
aku jumpe mase on d way nk g smayang jumaat..aku rse mnde ni bleh wat inspirasi la kat aku..rse cam best plak..
_

Lord Hosni Nafi Tertidur


Seremban, 27 Februari- Satu foto yang mengejutkan seluruh Negara telah disiar dalam salah satu akhbar aliran perdana yang memaparkan gambar Lord Hosni yang telah tertidur semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung.

Gambar yang mengejutkan itu telah dijual dari media ke media dengan nilai RM 2juta oleh seorang paparazzi misteri. Gambar yang mengundang kontroversi di seluruh Negara ini telah menyebabkan ramai pihak yang menyifatkan tindakan beliau tidur tersebut sebagai tidak wajar.
“Beliau tidak sepatutnya tidur. Beliau seorang yang berkaliber dan tampan, tidak seharusnya melakukan tindakan yang amat tidak wajar itu. Hukum mendengar khutbah itu wajib dan beliau telah melanggar hukum. Ini adalah perkara besar kerana beliau ialah ikon muda-mudi zaman ini. Jikalau beliau menunjukkan tindakan yang demikian, ini akan mempengaruhi remaja dan sebahagian besar penyokong dan peminatnya. Keadaan ini tidak mustahil akan membawa huru-hara .” Kata seorang ahli panel Majlis Mufti yang dirahsiakan identitinya.

Sementara itu, dalam satu sidang media khas di ibu Negara, Lord Hosni telah menafikan segala dakwaan yang kununnya beliau tertidur semasa khutbah Jumaat. Selain menyifatkan semuanya sebagai fitnah dan dusta, beliau menjelaskan yang mungkin gambar itu diambil ketika beliau sedang memejamkan mata bagi memahami dan mencerna perkara yang diseru mimbar Jumaat pada ketika itu.

“Saya hanya pejam mata sekejap. Bukan tidur. Saya berbuat begitu Cuma untuk apa nama..........lebih memahami apa yang mimbar cuba sampaikan. Kadang-kadang kita perlu pejam mata sikit untuk lebih fokus. Ini perkara biasa. Tidak perlu bising-bising. Ini tidak lain tidak bukan ialah kerja golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk apa nama................ menjatuhkan saya. Sudah beberapa kali reputasi saya cuba dijatuhkan, tapi Alhamdulillah, peminat dan penyokong saya masih melihat kebenaran.” Beliau berucap kepada lebih 100 wartawan tempatan, jurnalis bebas dan pengkritik antarabangsa.

Tambah beliau lagi, jika beliau tidur pun, mungkinlah tindakan beliau itu boleh dikira sebagai melanggar hukum, namun beliau menyatakan dengan tegas yang khatib itu juga melanggar hukum.

“Kalau betul pun saya tidur dan saya dikira langgar hukum, mengapa tidak dihebahkan kesalahan khatib itu yang juga melanggar hukum? Hukum menetapkan yang khatib kerjanya ialah berkhutbah. Namun yang mengecewakan pada zaman ini ialah tidak ramai khatib yang mematuhi arahan berkhutbah itu. Mereka semua kebanyakannya membaca teks, bukannnya berkhutbah. Jadi kalau ada sekalian makmum yang tertidur, maka janganlah pula salahkan sesiapa. Kerana mereka bukannnya mendengar khutbah jumaat, tetapi mereka mendengar “berita” Jumaat. Syarat menetapkan bahawa khutbah itu mesti disampaikan dengan bersemangat dan lantang, bukan sekadar baca teks daripada JAKIM dengan suara mendayu-dayu. Mereka masih tidak faham yang tugas mereka ialah BERKHUTBAH dan bukan MEMA}BACA TEKS. Ini semua sudah salah. Kalau salah konsep, maka tidak hairan kalau isi seruan mimbar tidak dapat meresapi pemikiran dan hati para makmum.” Kata beliau dengan penuh kekecewaan.

Namun begitu, beliau memuji isi khutbah itu yang bagus dan padat serta berguna kepada masyarakat kita, namun amat mendukacitakan jika seruan itu tidak disampaikan dengan baik. Menurut beliau lagi, kebanyakan teks-teks khutbah yang dikarang semuanya membicarakan isu-isu yang tidak panas dan berulang-ulang.

“Ini ada kaitan dengan kawalan orang politik terhadap badan-badan agama. Hatta mufti-mufti pun kena kawal dengan orang politik. Kununnya mereka takut isu-isu agama ini di olitikkan sesetengah pihak. Mereka perlu faham bahawa sudah menjadi kewajipan orang-orang berilmu atau alim ulama untuk menegur apa yang salah. Tidak ada istilah mempolitikkan Islam. Ini adalah mengislamkan politik. Kita tidak dapat pisahkan dunia dengan akhirat seperti kita tidak dapat pisahkan akhirat dengan dunia.” Kata beliau dalam mengakhiri sidang media khas tersebut.- BERNAMA


_

Saturday, February 21, 2009

Karipap, Crempuff, dan Choki-choki

Polisi kelas aku MD 41;

"Jikalau kami tidak dapat menghiburkan khalayak dengan muzik kami, maka kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakan maruah kami "
Polisi ini lahir selepas sahaja persembahan untuk Minggu Aprisiasi Sastera Dunia yang berlangsung kat dewan Nazak khamis baru ni. Dimana dalam persembahan Sing Me A Song, dimana kami dimestikan menyanyi lagu bertemakan salah satu novel dunia yang kami kaji. Dan sememangnya kitorang da pakat2 sangat da yang join cume Afiq, He, Danial, ngan Leman..Alih2 stengah jam sbelom persembahan, dorang suroh aku nari kat depan..
jadah haram..
dorang ingat aku ni pnah wakil umah sukan ke dalam tari-mernari ni..akhirnye selepas budi bcara, aku pon jadi la konduktor..cramp gak lengan aku 3 minit menghayun2 lengan macam orang tertelan penadol lebih..Baik yang main gitar, baik yang nyanyi, baik yang rapping, sekor pon x tengok aku conduct.
pe kejadahnye aku jadi konduktor? tapi member nye pasal takde hal la..
nak cite pendek..He tetibe melompat tak macam orang dan mule rap di tengah2 orang menyanyi...aku xtau la memang planning ke ape..da ak tak terlibat awalnye..
tapi He, dengan keadaan yang penuh sedar, bahawa tindakannnya yang menggadai maruah itu bakal mengundang umpatan2, kata2 sinis, ejekan2, pujian2, dan gelak ketawa berderai dan yang seumpamanya, namun beliau tetap rap dengan gaya yang penuh dengan unsur2 mengundang kontroversi.
hasilnye baik...isi dewan tu terhibur la gak..kire dapat la meng"UP"kan diri siket..dapat la menghiburkan penonton2..sebab tu la kami keluarkan POLISI kami tu!~
dan kami memang akan guna POLISI kami tu untuk malam jumaat keesokannya!
hakikatnye ; memang kami sme tak pandai muzik..yang pandai muzik leman, danial, n afiq je..tapi bab2 nk reka2 ni sorang pon xle harap sangat..tapi kami memang banyak akal kalau nak mengorbankan maruah ni..memang kami hebat dalam bab ni..
tu yg jadi keluar polisi tu
aku, nuar, he, ngan fik dah pon berlatih bagai nak rak kat bilek Danial Foo..sampai berpeluh2 aku..terkorban la jgak tenaga2 lebihan tu..
malam semalam akhirnye sampai lah malam Reminiscing P Ramlee Night...turn kitorang 2nd last..
mane tak spoilnye..
mse tu audien pon mmang da ngantok2..kitorang pon macam tak bawak kelainan sangat..haha..awal2 da spoil da..
alkisahnye mle2 aku bace intro, then lagu Aiya Cik Siti pasang, bru Leman n Fana masuk...skali teknikal prob da.. wayar untuk sambung laptop ak ngan speaker dewan macam bangang sket..nseb bek de Azhzurin yang comel..dapat dibaiki setelah 5-6 minit tertunggu2..
Spoil gle babi la..salah laptop ak gak noob sesangat..
Then berlengggang lenggok la leman dan fana memainkan perana..crowd mase tu agak da lengang..ramai pon bdak A Level..Bdak Ib da kluaq pi mana tah..memang tak dapat sambutan pon..
next song is Bunyi Gitar.. dan kami berempat telah pun mengorbankan maruah kami dengan menari macam orang x btol kat atas pentas..bile tgk vdeo balik kre agak klaka la..tapi memang tak dapat sambutan..aku joget takde roh pon..haiz..
gile babi spoil..
memang tak menarik mane pon..tapi aku agak bangga gak..cammpur lega la..
ramai gak la yang melahirlan rase simpati kat kami..haha..
memang btol2 mnggadai maruah..tapi takpe la..ak sbenanye tak down sangat pon..persembahan je pon..bukan pertandingan..pikir positif je
nampaknye, kami kene menyemak semula polisi kami...mungkin menggadai maruah itu tidak cukup..haiz..
da la..
banyak mnde nak tulis..tapi tak terkeluar..aku sejak masuk IB ni, kepala aku berpusing sket.. otak ngan lidah aku jadi jam kalau nak tulis atau cakap..pasal otak aku akan berbelit antara English, Bahasa Melayu, Loghat Terngganu, Loghat Kelantan, ngan dialek Kantonis.
da gila da...
aku pon da takde roh sangat nak blogging..
bosan bce entry aku? mampos la..spe suroh bace..
aku skang ni nak blog pon da takde roh..nak wat pape pon mmg takde roh..
haiz..
ni kene muhasabah balik diri ni..
keje bertimbun2..
ntah bile la nak ngadap..nak ngadap pon takde roh...nak bersukan pon takde roh..
aaiii~~
tensen
kalau korang bace blog kawan2 aku yg laen..mesti dorang akan salahkan IB, maki hamun IB dan yang sewaktu dengannye..
memang senang untuk kite salahkan orang lain...susah untuk kite salahkan diri sendiri..ni la die manusia..
macam aku la gak..aku salahkan kerajaan..i'm blaming the whole system..i'm blaming THE MAN !~~ who is THE MAN? i dunno..
haha..nape blame dorang? aku pon tak tau..mungkin aku terikut2 cakap gurmit singh yang brlakon dalam cite pua chu kang kot..beliau pernah berkata;
"When it comes to small problems in your company, blame your workers. When it come to big problems, then blame the government!"
trimas kerna membuang masa anda di blog ni..sila la pulak bazirkan masa dengan meng-komen
Salam
_

Friday, February 13, 2009

LCD

This week is another 7 days full of madness and insanity. The wound in my deep heart core is still bleeding due to my story with my dear HEP. My yin yang has been totally upside down. Like those mad girls having PMS, i started to use the same cliche of "imbalanced hormones" in my excuses.

Without any Extended Essay title managed to be thinked off, abundant homeworks, confusing and mind-tiring lessons, everyday is a bad day. Daniel Powter must be smiling as his song really potray my life. With those madness blowing my head off at the same time, i faound my self not ready for the second trip to the Taman Sinar Harapan to do community service there. We, the Entrepreneurship Club, had prepared nothing fer god sake! Azhzurin and his guys has been sewing handkerchieves and making souveniers fer them.

Thanks to Blade and Leman, they had already planned fer the enterteinment part and they did a good job. They knew what they are doing I suppose. Of course, in front of the supervisors, i came out with all the manipulated facts about how we had prepared for our trip there. Spiced up a lil bit u noe.

Last Wednesday witnessed how happy those kids are, greeting us, hugging us, playing with us, paper folding with us, singing with us and I can say that they had a good time. Those kids a good with songs. Thay can sing all those hit songs that me myself dont even know the title. They were not really good with paper folding though, but I manage to teach them how to make a jek ketah (paper aeroplane). That is the one and only origami that I still remember.

Well to said, the event went quite smoothly. We sang toghether, Chicken Dancing toghether, and we had a good time. Credit should be awarded to Blade, Leman, Tia, Tipah, and else who had work their asses off to conduct such activity. I still miss those kids now. The mural painted was superb. I managed to scribble my innitial onto the wall. Credit to Fikhri, Niza, Shak, Hazman, Zaki, and else. To kids of Taman Sinar Harapan, by Allah's will, we shall be back there again.

Friday was a disaster. Woke up as early as 7.45am, I found myself rushing to the toilet, bathing, brushing teeth and peeing and the same time, before getting my clothes on and performing my Subuh prayer within a minute, rushing to the class and arrived late for a minute. Luckily there was no Tamam or Paklan patrolling the gate as ussual.

Before I even warm the chair up, I was informed by He that I had been summoned by Pn Rohana. Dashed to ther room, i found myself being scolded by her, for only returning the LCD that morning, as according to her, i should return it yesterday. I borrowed it on last Wednesday and she did not even mention when should i return it. to make the whole thing seems more dramatized, she had banned me from borrowing any LCD from the Science Department. I left her room, speechless.


p/s; the good thing about this week is, I finally managed to flip tru my Campbell! I miss that guy so much!

Friday, February 6, 2009

HEP - Hal Ehwal Pelajar -


Aku bengang. Aku sangat bengang..aku bengang sampai aku x tulis post kali ni dalam english..jangan tanye aku nape..bese kalu aku bengang, kepala aku akan berfungsi dalam english...skang ni aku terlampau bengang..aku da plan elok2 nak wat CAS kat MRSM Tun Ghafar Baba yang tercinta..
semua ktiviti da plan...nama2 budak dr KMS sme da list...budak2 banting pon da konpemkan nama yang nak gi..even INTEC pon de bbrape orang yg nk ikot..
proposal da aku antar kat cikgu Suwandi..brape kali da proposal aku n surat aku kene reject...aku kluar masok pjabat ngadap Pn Shima untuk luluskan surat aku..ngadap untuk luluskan permohonan elaun dan tanggungan penginapan.. aku kluar masuk lab komputer untuk membetulkan proposal n surat aku yang direject Pn shima pasal format tak brape btol...aku da kol kaunselor MRSM Tun Ghafar Baba...kluar masuk pjabat gune telefin pjabat untuk kol kaunselor tu..
Cikgu AMir name beliau..baik orangnye n saiz die lebih kurang aku...aku ingat lagi die pnah blanje aku, farid apek, ngan nik amin bukak pose kat KFC jasin dulu...die mintak kitorang bayar ngan 10A.....aku da byar pon...aku kluar masuk pjabt nak gune fon n nak gune fax...da naek bosan Cik Kam nengok muke aku...
beberape kali aku ngadap cikgu suwandi supaya die semak proposal n surat aku..sampai aku ketuk pintu rumah cikgu Ikhwan pasal de cikgu Suwandi de kat situ. ahh..peduli ape kau korang nak watpe kat rumah cikgu ikhwan..janji aku dapat sign cikgu suwandi..
aku tak tido lpah subuh smate-mate nok siapkang surat tu..babi sungguh..ulang-alik aku gi bilik Nuar pasal nak gune printer Jhar...aku bersengkang mate malam2 try nak bukak email untuk dapt list name dari KMB...mase tu broadband Wawan meragam siket...memang kne sabar banyak..
aku ingat lagi ari Ahad aritu..aku gune fon Farahin si Bawang Merah untuk kol cikgu Amir..aku INGAT lagi..yang die kate daripada 13 feb sampai 15feb..bdak2 TGB memang free kcuali form 5 pasal dorang de kem fizik..n Cikgu Amir memang alu2kan kitorang datang! kitorang datang memang ngan niat baik...nak dedahkan budak2 tu pasal kehidupan pelajar SPM...nak dedahkan pasal isu umat Islam! nak dedahkan pasal isu penguasaan YAhudi di dunia ini!
then alih2...aku kol cikgu AMir tadi pasal die kire "agen" la kat sane..dan cikgu Amir pon memaklumkan yang GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR MRSM TUN GHAFAR BABA telah pon mereject permohonan aku!
alasan?
aktiviti dah penuh...semua aktiviti da dirancang..mungkinlah cikgu Amir tak tau yang hujung minggu tu da pnuh..sebab tu la die cadangkan kat aku supaya buat 13feb smpai 15feb tu..mase tu minggu aktiviti tau!!!!!
aku tanye ade slot lain tak? ade tarikh lain tak untuk kami?
cikgu AMir jawab, yang HEP kitorang yang tersayang tu kate; semua aktiviti da dirancang n SEPANJANG TAHUN ni memang da FULL da aktiviti..
BULL SHIT!!!
wahai HEP yang tersayang..aku da totally lupe pon pasal aku pernah berada dibawah pentadbiran ko...aku da terlupe pon yang ko memang tak disukai batch kitorang..aku da lupe pon yang ko memang asyek backup Form 4 je dulu...i already forgot that it was your idea to place us in the same dorm with the Form 4 students, and back their asses up, vanishing their respects to US! I already forgot bout that all...seriously! i forgot bout it all already!!!
dan nape la ko muncul kembali dalam hidupku, dan merunsingkan lagi hidup aku???????????????????
nape?
nape?
nape?
adekah pasal aku pnah ajuk care ko cakap kat morning roll call?
adekah pasal aku pnah gelakkan ko pasal ko pakai topi keledar mase bawak mtor dalam kawasan sekolah dengan kelajuan tak sampai 40km/jam????
adekah pasal aku dulu pnah datang lewat rollcall dulu??
atau pasal aku slalu pkai uniform lengan pendek? bukan lengan panjang??
pasal tu?
atau pasal aku conteng name aku kat siling kelas aku n kat tandas laki n pempuan malam2 laps bengang study?
atau pasal aku ngan kawan2 aku pnah baling2 kayu kelapa n batu kat atas bumbung kelas kitorang?
atau pasal kitorang pnah maen nyorok2 ngan Pak Guard The Ghostrider yang nak halau kami supaya jangan study kat BA???
atau pasal aku pnah bawak extesion kat maktab n ko rampas? (pakcik cleaner tu cakap ko yang suro rampas..aku tak tau la klu die tipu..pakcik tu bukan bole percaye pon)
atau pasal aku penah terlibat dalam mogok lapar pasal makanan DS tak sedap??
ke pasal aku pnah denda Form 4 macam2?
ke pasal aku pnah terlibat dengan perlawanan Pillow Fight antara blok dulu?
abeh tu psal?
apsal??
APSAL TAK BAGI KITORANG BUAT CAS ACTIVITI KAT TGB????
penginapan kitorang leh tanggung la..just arrange je..makan kitorang bayar sendiri la..MARA bagi kitorang 100 sbulan tau! jangan maen2..elaun bulan Jan aku tak sentuh lagi tau!!
aktiviti penuh sepanjang tahun konon...
BUUUUUUUUUULLLLLLLLLL SHIIIIIIIIIITTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!
ARGH!~~
aku memang tanak bengang ngan sesape tau..pliz la..bukan jenis aku ske marah2 ni..aku slalu cool n cute je tau...tapi kali ni mmg aku tensen!!!!
Tensen!
TENSEN!~~~
TAU LA BATCH KITORANG GAGAL DAPAT NO 1 MACAM SME ORANG HARAPKAN...TAU LA BATCH KITORANG GAGAL WAT HETRIK NO1 SPM DALAM MSIA UNTUK MRSM TGB..
tapi apsal la kami nak wat aktivit pon takleh..
aktivit baek tu..
niat ikhlas lagi suci..
haiz..
makin lame aku tulis..makin geram plak aku..
Orange house da la banyak nyamuk..grr...
aku geram..geraaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmm sangat2...
p/s; gambar kat corner tu la gambar HEP tersayang aku tu....haiz..aku da speechless da..tak tau nak cakap pe..nak nangis kang tak macho plak...haiz
_