Friday, February 27, 2009

Lord Hosni Nafi Tertidur


Seremban, 27 Februari- Satu foto yang mengejutkan seluruh Negara telah disiar dalam salah satu akhbar aliran perdana yang memaparkan gambar Lord Hosni yang telah tertidur semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung.

Gambar yang mengejutkan itu telah dijual dari media ke media dengan nilai RM 2juta oleh seorang paparazzi misteri. Gambar yang mengundang kontroversi di seluruh Negara ini telah menyebabkan ramai pihak yang menyifatkan tindakan beliau tidur tersebut sebagai tidak wajar.
“Beliau tidak sepatutnya tidur. Beliau seorang yang berkaliber dan tampan, tidak seharusnya melakukan tindakan yang amat tidak wajar itu. Hukum mendengar khutbah itu wajib dan beliau telah melanggar hukum. Ini adalah perkara besar kerana beliau ialah ikon muda-mudi zaman ini. Jikalau beliau menunjukkan tindakan yang demikian, ini akan mempengaruhi remaja dan sebahagian besar penyokong dan peminatnya. Keadaan ini tidak mustahil akan membawa huru-hara .” Kata seorang ahli panel Majlis Mufti yang dirahsiakan identitinya.

Sementara itu, dalam satu sidang media khas di ibu Negara, Lord Hosni telah menafikan segala dakwaan yang kununnya beliau tertidur semasa khutbah Jumaat. Selain menyifatkan semuanya sebagai fitnah dan dusta, beliau menjelaskan yang mungkin gambar itu diambil ketika beliau sedang memejamkan mata bagi memahami dan mencerna perkara yang diseru mimbar Jumaat pada ketika itu.

“Saya hanya pejam mata sekejap. Bukan tidur. Saya berbuat begitu Cuma untuk apa nama..........lebih memahami apa yang mimbar cuba sampaikan. Kadang-kadang kita perlu pejam mata sikit untuk lebih fokus. Ini perkara biasa. Tidak perlu bising-bising. Ini tidak lain tidak bukan ialah kerja golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk apa nama................ menjatuhkan saya. Sudah beberapa kali reputasi saya cuba dijatuhkan, tapi Alhamdulillah, peminat dan penyokong saya masih melihat kebenaran.” Beliau berucap kepada lebih 100 wartawan tempatan, jurnalis bebas dan pengkritik antarabangsa.

Tambah beliau lagi, jika beliau tidur pun, mungkinlah tindakan beliau itu boleh dikira sebagai melanggar hukum, namun beliau menyatakan dengan tegas yang khatib itu juga melanggar hukum.

“Kalau betul pun saya tidur dan saya dikira langgar hukum, mengapa tidak dihebahkan kesalahan khatib itu yang juga melanggar hukum? Hukum menetapkan yang khatib kerjanya ialah berkhutbah. Namun yang mengecewakan pada zaman ini ialah tidak ramai khatib yang mematuhi arahan berkhutbah itu. Mereka semua kebanyakannya membaca teks, bukannnya berkhutbah. Jadi kalau ada sekalian makmum yang tertidur, maka janganlah pula salahkan sesiapa. Kerana mereka bukannnya mendengar khutbah jumaat, tetapi mereka mendengar “berita” Jumaat. Syarat menetapkan bahawa khutbah itu mesti disampaikan dengan bersemangat dan lantang, bukan sekadar baca teks daripada JAKIM dengan suara mendayu-dayu. Mereka masih tidak faham yang tugas mereka ialah BERKHUTBAH dan bukan MEMA}BACA TEKS. Ini semua sudah salah. Kalau salah konsep, maka tidak hairan kalau isi seruan mimbar tidak dapat meresapi pemikiran dan hati para makmum.” Kata beliau dengan penuh kekecewaan.

Namun begitu, beliau memuji isi khutbah itu yang bagus dan padat serta berguna kepada masyarakat kita, namun amat mendukacitakan jika seruan itu tidak disampaikan dengan baik. Menurut beliau lagi, kebanyakan teks-teks khutbah yang dikarang semuanya membicarakan isu-isu yang tidak panas dan berulang-ulang.

“Ini ada kaitan dengan kawalan orang politik terhadap badan-badan agama. Hatta mufti-mufti pun kena kawal dengan orang politik. Kununnya mereka takut isu-isu agama ini di olitikkan sesetengah pihak. Mereka perlu faham bahawa sudah menjadi kewajipan orang-orang berilmu atau alim ulama untuk menegur apa yang salah. Tidak ada istilah mempolitikkan Islam. Ini adalah mengislamkan politik. Kita tidak dapat pisahkan dunia dengan akhirat seperti kita tidak dapat pisahkan akhirat dengan dunia.” Kata beliau dalam mengakhiri sidang media khas tersebut.- BERNAMA


_

5 comments:

Wan Harun said...

xske blog ko
panjang
:))

Lord Hosni the Wise said...

leave it to those who like it then

Imran said...

HAHAHA. gaye penulisan x BLEH BLAH! bravo2.

anwar azhari said...

hahha..

smart post nih.

agree on u bout d khatib baca text thingy.

Hazieqa Hamzani said...

ahhahahahahhahahahah.......ko buat aku macam orang gila tau tak depan laptop,tersengeh-sengeh...lawak