Monday, March 30, 2009

Hablu mina an Nas

Kadang-kadang, apabila kita di dalam perjalanan, kita hanya akan terus berjalan dan berjalan tanpa memandang kiri dan kanan atau atas dan bawah. Sedikit pun perkara yang kita anggap itu kita kisahkan walaupun sekelumit.

Macam lah jugak hidup kite ni. Kadang-kadang kite terlalu menumpukan pada matlamat kite sahaja tanpa sikit pun mengambil kisah hal orang lain. Kita jarang2 sekali menunjukkan kasih sayang kita mahupun keprihatinan kita pada orang di sekeliling kita sekalipun hanya dengan senyuman.

Mungkin kerana malu, mungkin kerana segan. Takut die ingat kite ni nak ngorat die. Takut2 nanti dicop gay. Ataupun takut elaun MARA kite dipotong walaupun alasan ini agak tidak munasabah.

Ingat, pepatah cina ada menyebut; apabila seseorang itu terus berjalan menegakkan dadanya dengan hidung meninggi keatas, tanpa sedikitpun memandang ke bawah, dia akan tersadung dan jatuh.

Jika diperhatikan sekeliling, kita, insyaallah dan Alhamdulillah, dikelilingi oleh orang2 yang sangat menyayangi kite. Ibubapa, rakan taulan, guru-guru, pekerja-pekerja asrama dan DS, hatta pembayar-pembayar cukai yang bergelimpangan di jalan. Mereka-mereka inilah yang acapkali menghidangi dan mewarnai hidup kite dengan senyuman-senyuman lebar dan sengihan-sengihan perasan lawa ataupun gelak-gelak cover macho.

Dan acapkali juga hidangan-hidangan kita ini dipulangkan dengan raut wajah sombong, muka statik, kening terangkat ala2 The Rock, dan yang sekumpulan dengannye.

Mungkin kite ini bukanlah jenis yang ambil peduli hal orang lain. Mungkin juga kite rase kite tidak perlu pada itu semua. Tapi bagi saya, seboleh-bolehnye layanlah orang disekeliling kite dengan baik dan sopan, hatta kite bad mood sekalipun.

Seringkali kite marah pada sesuatu tetapi meluahkannya pada sesuatu atau seseorang yang lain tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya sehinggalah kite ditimpa perkara yang membuat kan kite berfikir dan akhirnya menyesal.

Saya juga bukanlah manusia istimewa yang boleh menjaga hati dan hubungan dengan semua orang. Banyak juga hati2 yang pedih terluka disindir mulut saya yang boleh tahanla jugak pedasnya.

Mungkin kerana hegemoni saya selaku orang pantai timur yang suka berkias, maka bahasa berbunga-bunga yang dipilih sewaktu “menegur” itu kadang2 terlebih pula dos nya.

Mungkin juga kerana muka saya sebegini yang kadang2 nampak masam dan kurang frenly bak kate orang putih. Orang coklat cakap kurang ramah. Sungguhpun banyak testimony mengatakan muka sayer cute macam Orlando Bloom, namun setiap kali orang yang berjumpa saya kali pertama mesti akan kate saye sombong. Mampuslah, takkan sayer nak senyum sampai telinge sepanjang masa. Karang orang kate gile pulak.

Mungkin juga kerana cuaca yang semakin panas dan membuatkan sesiapa sahaja hilang kewarasan maksimum dan pertimbangan akal. Ataupun kerana gelas2 DS yang kadang-kadang bau sabun kuat.

Apa pun, mungkin kite patut muhasabah dan muhasarawak diri kite supaya hablu mina an nas kite terpelihare baik . bak kata pepatah Parsi; Karipap jikalau terlampau lama digoreng, akan hangus juga.

moga2 beroleh sesuatu
_

8 comments:

pja_chan said...

btul ke pepatah2 ko bg tuh??

Imran said...

Oi. orlando bloom. aku x pernah sedar pown ko cam orlando boom. Barangkali raut wajah ko sudah berubah? barangkali? bagaimane pula ngan lemak anda?

Lily Cartina said...

"Sungguhpun banyak testimony mengatakan muka sayer cute macam Orlando Bloom"

hosni,
nk gelak sbb mmg kelakar lah!!
nk nangis sbb sian kat ko kempunan nk muke mcm orlando bloom.

DaNiaL FOo said...

Dear hosni,

Sometimes its good for us to show some love. Even if its little....People adore true love because it leads to truth. In this world, only at the precipice, would people realise that love is the one that make ourselves better than who we are yesterday. Today, love is only based on deception, based on lies, and finally, love breeds hatred among ourselves.....

So, go on....smile and know that the world would smile along with you... ^_^

DaNiaL FOo said...

Dear hosni,

Sometimes its good for us to show some love. Even if its little....People adore true love because it leads to truth. In this world, only at the precipice, would people realise that love is the one that make ourselves better than who we are yesterday. Today, love is only based on deception, based on lies, and finally, love breeds hatred among ourselves.....

So, go on....smile and know that the world would smile along with you... ^_^

Lord Hosni de Croquignolet said...

pja;
yang pepatah cina tu bunyi die lbey kurang la..tp yg parsi tu tipu je..

imron;
ko x pnha sedar? man..its time for u to have an eye checkup..

lily;
gelak la sambil nangis..takpon nangis sambil gelak..haha..sbenanye ak x kempunan pon nk muke cam orlando bloom..orlando bloom je yg kmpunan nk muke cam ak!~~

danial;
my lil bro..i do agree with u but u sound so "brokeback"...wakaka!!~~

DaNiaL FOo said...

Hosni;
Kamu noob kot.....hahaha....its a fact of life...and sorry to say, my head is full of them. That's why some people say I'm a 30 year-old mentally, but 17 year-old physically....tapi physical aku pun dah mcm 30 tahun....kakakakkaa....sengaja aje buat physical camni....supaya dpt keep up dgn kematangan aku yang cepat....hahahahahahhahahaahaha

Lily Cartina said...

pepatah Parsi tu aku pon ragu2 bile aku bace..

ye ah,
aku dok pk,
kat negare2 belah sane ade karipap ke?
karipap dalam bahase Parsi amende?

naseb baek ko cakap ko tipu.