Friday, November 21, 2008

Keraguan-keraguan Yang Nyata

Keraguan ini merujuk pada keraguan yang timbul terhadap fakta yang diterima umum selama ini yang menjelaskan bahawa Hosni ialah seorang manusia yang normal dan tidak pelik. Namun keraguan ini timbul kerana banyak asbabnya. berbagai teori telah dikemukakan untuk memangkah fakta2 yang mengatakan bahawa Hosni itu normal. Hosni sendiri merasakan bahawa beliau adalah manusia normal walaupun disangkal banyak pihak di sekelilingnya. namun begitu, kebelakangan ini, beliau sendiri turut meragui fakta Hosni normal itu. Berikut adalah hujah2 yang menimbulkan gharar pada kenormalan Hosni :

#1 - Apabila beliau menaiki tangga berpilin di Seremban IB World School, beliau senantiasa merasakan ada sepucuk pistol di belakang seluarnya dan sering kali mengilaskan tangannya ke belakang sambil menggayakan bentuk pistol, diikuit dengan imaginasi beliau sebagai anggota CIA yang sedang mengejar mafia dadah.

#2 - Apabila beliau sedang melipat baju, pastinya beliau terbayang drama2 melayu dan cerekarama2 TV3 lantas berlagak seperti seorang ibu yang sedang melipat kain sambil membincangkan masalah anak dengan suaminya seraya mengujarkan ayat2 umum drama melayu seperti - "awak tu bang, cube2 la awak tu berlembut siket dengan anak kite tu, ini asyik nak marah je..".

#3 - Apabila beliau sedang berjalan dengan tegap dan laju ala2 berkawat bersama2 sekalian rakan beliau, beliau senantiasa terbayang drama Gerak Khas dan beliau mula merasakan diri beliau seperti A Galak dan berlagak seperti polis Gerak Khas seraya mengujarkan dialog umum Gerak Khas - " Tuan ade bace surat kabar semalam, tuan?"

#4- Apabila beliau memegang sebatang kayu/ranting yang kelihatan seperti wand (tongkat sakti), beliau sering terbayang beliau adalah salah seorang auror dalam siri fiksyen Harry Potter seraya menggumam mantera2 seperti wingardium leviosa dan expelliarmus.

#5 - Apabila beliau minum secawan teh O di dewan selera KMS, beliau sering kali menikmatinya dengan penuh perasaan, sambil terbayang2 iklan teh BOH (bukan yg de Zahid AF tu!! yg lame nyer) . Kemudian lagu tema iklan itu akan tengiang-ngiang di benak beliau tatkala beliau membayangkan dirinya berada didalam suasana iklan tersebut. "....teh dikongsi bersama, umph, jelas terasa..."

#6 - Apabila berbual dengan Azhzurin Awang, pastinya beliau akan bertutut dalam telo sabah yang agak pekat sehinggakan tidak difahami Azhzurin sendiri. Pun begitu, beliau masih suka bermain three second dengannya.

#7 - Apabila beliau berjalan bersama-sama rakannya He (atau lebih kepada hewan peliharaan) menaiki atau menuruni tangga2 Farabi, beliau sering berlagak seolah2 beliau ialah pengawal keselamatan yang unggul, seraya memastikan kawasan tersebut selamat dan berkata - "The area is secured" ala2 The Pink Panther.

#8 - Apabila beliau sedang bersiap-siap memakai baju dan segala yang perlu sebelum ke kelas atau lebih2 lagi ke majlis2 penting, muzik dram tentera sering terngiang-ngiang di benak beliau, pastinya beliau akan terbayang bahawa beliau adalah seorang perajurit.

#9 - Apabila beliau memasak sekaligus menyepahkan dapur ibu tuanya, pastinya filem Rattatouille terbayang2 di alam imaginasi beliau dan beliau pun akan berlagak seperti seorang chef yang terkenal. Quote dari filem yang sama juga akan berbunyi2 di telinga beliau - "Everyone Can Cook!". Dan apabila masakan beliau tidak berkesudahan baik, maka beliau akan berkata "I had enuff!!" seolah-olah beliau adalah Chef Ramsays dalam siri Hell's Kitchen.

#10 - Apabila beliau berjalan dengan payung, beliau sering merasakan beliau ialah lagenda Wong Fei Hung yang sering beraksi kungfu dengan payung hitam. Beliau juga kadangkala merasakan beliau ialah watak Hagrid dalam siri Harry Potter yang mempunyai payung yang boleh berfungsi sebagai tongat sakti (wand).

#11 - Walaupun beliau dihujani dengan 10 fakta yang cukup untuk meragukan seseorang itu mengatakan - Hosni normal - namun beliau tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa Hosni tetap normal walaupun jauh di sudut hatinya, beliau sendiri berpendapat bahawa beliau sepatutnya mendapatkan khidmat pakar psychiatric yang bagus. Dan beliau menegaskan bahawa beliau NORMAL dan TIDAK PELIK.


_

11 comments:

KiteKamu said...

hahaha...
aku pon nk tmboh gok...

"dikala ak trnmpak hosni brjalan dan brlari ktka UKJK,ak trbyng wtak Fei mau dalam drama cina d TV2 dahulu kala.....

Wan Harun said...

u have a mental problem my fren

nurulfana said...

hosni pasan!!!

Ahmad Safwan bin Idrus said...

woi hosni...sumer fakta tuh buat ko nmpak lbih pelik r.

Miyn Amin said...

hosni perasan macho dan hensem.

serta suka buat2 comel spt kuceng kiut.

Lily Cartina said...

ko unik.
bukan pelik.
u should be proud.

yeah!!

pyan said...

ko kne sedar hakikat yg ko mmg xnormal!!!!

Lord Hosni the Wise said...

to ahmad : err..how come i cant open ur blog after clicking on ur name? u shud have it checked out..

to wan run: i hav ni mental problem..i am in complete health, thank u

to fana : hosni x pasan pon..fana laaaaagik pasan!

to wawan : err..mne ak plik la!! ak normal!!

to miyn : haha..mana plak sy slalu wat kiut..hehe

to lily :thnx lily..u r d man.. :)

to pyan : ak normal la!! insurgent nye budak!

bawangmerah said...

ko memang pelik. aku sangat menentang classmates aku yang slalu berkate begini :

"hosni tu memang sesuai la jadik doktor"

"hosni tu memang ade muke jadik doktor kan?"

"kalau dia jadik doktor mesti patients suke"

"kalau dia jadik doktor mesti dia tu seorang yang tenang..bile duduk kat kerusinya, patient mesti selesa dengan dia"

bla bla bla

dan bermacam pujian dorang limpah kan ke atas ko terhadap telinge aku hinggakan aku rase telinge ni nak bernanah.

pon gitu, aku kenal sapa ko yg sebenar. ko adalah manusia PELIK!

p/s: tolong jangan sangkal statement yang last tu, ok?

Lord Hosni the Wise said...

demi persahabatan,aku telah sedaya upaya menahan diri ku dari menyangkal kenyataan terakhir itu, namun jiwaku yg dahagakan kebenaran ini tidak dapat mengawal kemahuan ku dari menyangkal saudari bawang merah dan dengan ini, saya ttap dengan pendirian saya menyokong fakta HOSNI NORMAL

ceria seindah suria said...

ngahahaha