Wednesday, December 31, 2008

Lord Hosni Tidak Bertanding

Kuala Terengganu, 1 Januari – Lord Hosni telah mengesahkan kepada para wartawan semalam bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang dijadualkan berlangsung Januari nanti. Beliau juga enggan mengulas pendirian beliau mengenai calon-calon yang terpilih seraya memberitahu, bahawa beliau hanya akan menjadi pemerhati bebas pada kali ini. Beliau yang merupakan ketua kumpulan pemerhati Suruhanjaya Keadilan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada pilihanraya umum ke-12 Mac lalu menyatakan; bahawa beliau terkilan dengan sikap penyokong yang tidak mematuhi etika berkempen.

“Mereka ini kadang-kadang memang langsung tidak ada adab. Mereka ingat tiang pagar saya itu mereka yang punya, mereka pun suka-suka hati mengikat bendera dan menampal poster. Rumah saya dah macam ada hari sukan! ” beliau bercakap di satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan rumahnya semalam.

Lord Hosni juga turut mengumukan bahawa beliau akan mula berangkat ke Kuantan dan bermalam disana pada 3hb Januari untuk satu sesi bertemu peminat beliau di sana, sebelum bermalam di sekitar Kuala Lumpur keesokannya. Beliau enggan mengulas lanjut tentang tempat yang bakal beliau diami di sana, kerana khuatir beliau diganggu peminat. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa beliau dijadualkan sampai di Seremban pada tengahari 5hb Jan.

“Saya memang lah sedih jugak nak meninggalkan rumah ni, maklumlah, dah lama cuti. Tapi perjuangan harus diteruskan dan matlamat kita harus apa nama…….. diteruskan.” Beliau bercakap dengan nada serius.

Apabila diminta untuk mengulas mengenai tindakan tergempar biadab seorang blogger yang menghina Nabi Muhammad, beliau hanya mengatakan bahawa masyarakat tidak harus melayannya.

“Orang2 macam ni tak pakai otak. Mereka kata sahaja mereka ini kununnya………………. open minded, tapi merekalah yang paling sempit akalnya. Mereka terus-terusan menghina nabi tanpa sebab yang munasabah. Mereka kata Muhammad itu babi, padahal semua orang tahu Muhammad itu manusia. Mereka cuma pandai menghina dan mengejek, macam budak darjah satu. Jadi tidak ada sebab untuk kita layan budak darjah satu macam dia. Kalau betul Islam itu tidak benar, maka buktikanlah. Jangan dok apa nama…….main ejek sahaja..”

Lord Hosni juga mengulas mengenai keganasan terbaru rejim Zionis, dengan menyifatkan rejim itu sebagai binatang. Selain mengecam tindakan Israel, beliau turut mengecam semua pemimpin Arab dan Islam yang hanya tahu mengecam dan mengeesa sahaja, sebaliknya bersembunyi bagaikan pondan yang takutkan lipas.

“Mereka ini hanya tahu bercakap sahaja, sebaliknya mereka sepatutnya bertindak. Mereka seharusnya memboikot segala urusan dengan Israel dan Amerika. Mereka ini ada minyak, ada duit, tapi mereka tak ada otak. Israel sudah jelas2 kejam dan tidak berperi kemanusiaan tetapi dunia seolah-olah tunduk padanya. Hanya kerana beberapa orang askar mereka mati, maka mereka bunuh beratus-ratus rakyat tidak berdosa dan menghancurkan beratus-ratus bangunan. Hamas pun satu, sudah tahu roket mereka hanya akan membunuh beberapa orang Yahudi dan mengorbankan ratusan orang mereka sendiri, mereka masih meneruskan provokasi yang tidak berguna itu. Itu bagi saya hanyalah membazir peluru. Sebaliknya mereka harus apa nama……………bertindak bijak dalam merancang serangan bagi membunuh seramai mungkin musuh-musuh Allah.” Kata beliau dengan penuh berang.

Beliau juga, menyeru kepada sekalian orang Islam, supaya bersatu demi mengembalikan kegemilangan Islam dan mengambil semula Baitulmaqdis yang dicemari.

Dalam akhir sidang medianya, beliau sempat mengucapkan salam Maal Hijrah dan Salam Tahun Baru pada semua pengunjung blog beliau. Lord Hosni juga memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang tahun lepas, baik Masihi ataupun Hijriah. Beliau juga mendoakan semoga azam tahun baru para pembaca akan dapat dilaksanakan.- AFP

_

8 comments:

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

tu..ah..apa nama.....haha..clap ur hand said yeah to mahathir..haha

bawangmerah said...

owh...ape name tu trademark doktor M ke...aku baru nak...ape name..bertanya hang napa gune "ape name"

Syazwan Harun said...

btol2
sial dow yahudi
nmpk sgt diorg yg teroris sbnr
pak2 arab and oic lak tgk je xda tolong
ape da~

"MENGUTUK"
"MENGGESA"
"MENGECAM"

lots of talking and no action
padahal diorg tau yg israel xkan dgr cakap
sengal~

-miyn- said...

hai. saya peminat no 1 tuan sri.

IBNUSIS said...

hebat33

apa pekerjaan tuan hosni sebenarnya?
politician or artist?

hiperbola sungguh article ni

Lord Hosni de Croquignolet said...

buat jidi;
err..i doewan..saya bukanlah apa nama..........minat sangat dengan mahathir. tp beliau jelas lebih baik dari apa nama.......paklah.

buat bwg merah;
tu la..len kali kene slalu tgk oprah winfery show..

buat waan fook;
mereka memang apa nama.....bodoh.

buat miyn;
haha..terima kasih atas sokongan anda..datanglah ke jamuan maal hijrah saya di PWTC nnt..

buat ibnusis;
tuan hosni tu banyak pekerjaannya..maklumlah..beliau takda kerja..

pja_chan said...

ape nama tuh hosni...

but gud article though
haha, u r always full of creative ideas, tergelak2 jgk ak bca tp msg smpi..wel done!

ape nama...erk, terpuji lak >_<

Lord Hosni de Croquignolet said...

buat pija;
kembang kuncup hidung ku ini mendengar apa nama.......pujian ko..trimas2