Friday, December 25, 2009

Haloba

Suatu masa dahulu. Ada tiga orang sahabat mengembara. Sampai petang hari ke empat puluh pengembaraan, mereka lewati satu tempat penuh batu kerikil. Lalu mereka bertembung dengan seorang tua yang agak misteri lagaknya.

Orang tua itu pun berpesan, "Ambil lah sebanyak mana pun batu kerikil ini. Pagi besok kamu akan gembira."

Tercengang juga tiga pengembara itu, namun fikir mereka, apalah salah kalu dituruti sahaja. Sebelum orang tua itu hilang dari pandangan, dia berkata lagi,

"Ya, kamu akan sangat gembira. Dan kamu juga akan sangat menyesal."

Tiga pengembara itu tanpa mengendahkan orang tua itu, terus mengutip batu-batu kerikil yang dilihat. Masing ambil sekampit kecil seorang. Tidak mahu terbeban. Perjalanan diteruskan.

Senja melabuhkan tirai, dan mereka pun mula bermalam. Bangun dari tidur esoknya, mereka teringat akan batu kerikil mereka.

Terkejutlah mereka apabila didapati batu-batu itu telah bertukar menjadi ketulan permata.

Ya, mereka merasa sangat sangat gembira.

Tapi mereka juga sangat sangat menyesal.

Kerana tidak ambil lebih banyak.

Benarlah kata orang tua itu.

_

6 comments:

bLaDe said...

lumrah manusia...x penah cukop...nasen baek ko panda...:DDD

Lord Hosni the Wise said...

Sepanda-panda blade melompat..akhirnya berpeluh juga...HAHA

Mohd Muzamel Zainal said...

agak2 ko, kat mane tmpat tu? teringin plak aku nak pg. mane tau turn aku plak dapat diamond.

emy said...

what gives!!

bunyi cam kat gelora ja??

emy said...
This comment has been removed by the author.
lordhosni said...

mujus;
menyesal pulak aku tak tanye tukang penglipur lara tu..ko sebar2kan la cite ni kat org rusia mujus..

emy;
gelora ade pe?? cina buat taichi?