Monday, December 14, 2009

20 Mutiara

1. Padah sungguh bile Sem 3 rilek baba, banyak kerja terbengkalai.

2. Bile banyak kerja terbengkalai, banyak jugak kerja menanti. Maken semput.

3. Dalam kelemasan itu, sifat malas itu tetap bermaharajalela. Makin lama makin malas. makin lama makin tak produktif.

4. Hidup macam tidak bermakna. Cuti yang panjang tapi kosong. Ohh, aku rindu Kuantan.

5. Aku rindu Zaman kecik-kecik dimana akal kreatif ligat berputar. Aku mahu cipta sesuatu, mahu bina helikopter. Tapi aku tak suka fizik. Aku cemburu pada mythbuster.

6. Aku tidak punya suara yang merdu. Tapi ingin sangat jadi penyanyi latar!

7. Aku takut obesiti, tapi terlalu suka makanan. Alangkah baik kalau boleh belajar ilmu Kulinari.

8. Aku baca Bible. Inggeris lama ditambah pepatah yahudi. Jadah haram tak paham. Mahu beli Bible For Dummies. Mahal lah pulak.

9. Aku dapat tahu Melayu dahulu handal bikin senjata api. Meriam, bedil, pemuras, rentaka. Aku sangat mahu jenguk zaman silam.

10. Berbual dengan rakan lama di alam maya. Cemburu lihat mereka bual pasal musim sejuk panas. Sini musim tengkujuh.

11. Aku kagum dengan ilmu tabib orang Tionghua. Aku kagum ilmu tabib orang Hindu. Teringin mahu belajar.

12. Aku sangat teringin memetik ukelele Wajidi. Aku mengidam mahu menuntut ilmu gesekan biola. Gitar? Aku dah lama putus asa.

13. Aku cemburu pada mamat Digging For the Truth. Juga iri pada Abang Duilding Da Vinci.

13. Aku mahu tidur awal dan bangun awal.

14. Ohh..Aku mahu buat banyak perkara di dunia ini.

15. Tapi harus berpijak di bumi nyata. Diriku walaupun besar, tidak boleh dibelah. Kita harus pilih.

16. Pilihan harus ikut keutamaan.

17. Dan keutamaan pada peperiksaan besar yang mendatang.

18. Oh, aku benci arus ini. Namun aku tidak jumpa jalan keluar yang sempurna.

19. Aku mahu buat banyak perkara.

20. Tapi harus berpijak di bumi nyata.

Oh, cuti yang tidak bermakna.

_

2 comments:

bawangmerah said...

[20 responsi]

1- pergi siapkan kerja
2- tenang2, buat selo2. barangkali takkan semput
3- itu lumrah
4- isikan kekosongan anda itu
5- fakta : helikopter berasal daripada Yunani - helix/helik- (ἕλικ-) = 'spiral' or 'turning' and pteron (πτερόν) = 'wing'
6- suara kau elok dilontar untuk memberi ceramah bukan nyanyian. ini pendapat aku
7- kau suka tengok rancangan masakan? aku minat rachel ray & martha stewart
8- jangan sampai goyah imanmu
9- aku pun ada impian begitu. mahu jumpa wordsworth
10- sini musim panas-hujan-panas
11- aku tak pernah tahu ilmu tabib dua etnik tu
12- kau mengingatkan aku akan senior ib yang pandai gesek2 biola. dia hensem kott.
13- aku dah jarang2 tonton program dokumentari
14- aku juga mahukan begitu
15- hidup mendesak kita untuk memilih
16- betul. setuju
17- alangkah indah peperiksaan dihapuskan
18- kita barangkali atas bot yang sama
19- aku mahu macam2
20- kerana kita hidup dalam realiti bukan fantasi

Lord Hosni the Wise said...

farahin;
responsi kamu buat saya terkedu..yang keenam terutama..namun ada betul juga